Erti Sebuah Persahabatan

Sudah lebih 10 tahun kita meninggalkan SMKA Simpang Lima yang tercinta tetapi persahabatan kita tetap utuh sehingga kini. Alhamdulillah.... Bersyukur mempunyai sahabat seperti kalian. Dari kalian bujang dan nakal, sehingga lah sekarang sudah berkahwin dan mempunyai anak, kita masih bertemu dan berbual mesra seperti biasa. Gembira bila dapat berkumpul dan berjumpa seperti ini walaupun untuk seketika....

Selepas berkaraoke di Superstar, Wangsawalk Mall, kami ke Nasi Kukus Ayam Dara di Taman Melati. First time DN ke sini. DN tak makan pun sebab sudah kekenyangan so cuit-cuit Khamisah nye nasi je. Komen DN? Ok lah.... Sedap lagi Nasi Kukus sebelah ofis DN....

Jom berkenalan dengan sahabat-sahabat DN ni...


Dari kiri...

Farid... Seorang yang nakal dan bersahaja serta berterus-terang. Gurauannya agak kasar tetapi tak perlu risau, tak simpan dalam hati pun.... 

Muhaimeen... Anak Salam & Lili yang baru beberapa bulan pandai berjalan. Sangat comel dan dah mula nakal serta dah pandai bergurau...

Anuar... Mamat ni paling susah nak jumpa antara yang lain-lain sebab busy memanjang tapi bila dapat berkumpul, ada je cerita yang ditimbulkannya... Lelaki hot lah katakan... Hee...


Dari kiri...

Lorn... Start tahun lepas baru mamat ni join kami... Welcome Lorn! Makin bertambah sahabat DN untuk berkumpul dan berbual pasni. DN suka!! :) Harap lepas ni lagi ramai yang sudi berkumpul bersama kami...

Salam... Mamat ni biasanya akan jadi Mr. Organizer dan penunjuk jalan. Cakap je ceruk mana kat KL ni, confirm tahu. Tempat ni pun beliau juga lah yang bawa... Sedap wooo suara mamat ni. Sebijik Jayjay tau.. 

Khamisah... Ini housemate DN yang boleh lah dikatakan manja dan gediks. Oppsss!! Haha... Takde beliau kat rumah rasa sunyi je. Kesian beliau selalu kena tinggal dengan DN. 


Sebelah kiri tu kalau tak kenal tak tahu lah kan.... Tuan punya teratak usang ni. Huhu... Kami sangat rapat sehingga kan family semua kenal kami tau. Sebelah DN ni adalah mother & sister in-law Salam... Kami semua dah macam adik-beradik dan bila keluar dengan family dan in-law siapa-siapa pun kami tetap rapat. 

Sebenarnya ada satu lagi gambar tapi tak tahu camne boleh terdelete pulak. Gambar Lili (wife Salam), Hanim (wife Farid) dan Faris (anak Farid & Hanim). Walau dah beranak-pinak, itu tidak bermakna kami tak boleh berkumpul. Begini lah kuatnya perhubungan persahabatan kami. Paling kurang pun sebulan sekali mesti kami akan berjumpa. Rasa macam ada kekurangan bila tidak berbual mesra dengan mereka ni.


Biasanya bila dah berkumpul, kami akan bergilir-gilir menjaga budak kecil Muhaimeen ni. Dulu tak pandai jalan lagi, bergilir-gilir dukung. Sekarang... Bergilir-gilir kena kejar budak kecil ni nak pergi mana-mana. Letih wooo... Tunggu lagi sorang budak kecil Faris ni besar. Confirm lepas ni tak menang tangan nak jaga. Hehe....

Thanks to all my friends for your support and presence. I love you with all my heart... Muahhh!!!

Berkawan lebih baik dari duduk bersendirian dan duduk sendirian lebih baik dari berkawan dengan yang jahat, dan mengutarakan kebaikan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. and i'm glad that i am one of your friend :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. me too... thanks 4 being my friends.. :)

      Delete
  2. p.s back on top commentator of this blog ;D

    ReplyDelete
  3. kawan sejati ni DN..susah nak cari kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah... bersyukur ada sahabat seperti mereka & wida juga... :)

      Delete
  4. ko ni lemah lembut je kan. dari ayat ko pun dpt tau. hehehe.. *padahal dah jumpa* ..

    best la korg dah beranak pinak pun hang out lagi. happening gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrr... lembut xde lh sgt tp sopan itu ada. haaaakkttuuihhh!! :p

      itu lh... seronok bila dpt berkumpul camni... :)

      Delete
  5. gediks dan comel kan? thanks.....muah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya2.... (majuk pulak nanti klu xngaku) hehe.... :p hugs~

      Delete
  6. heee..mmg utuh sungguh persahabatan korang ni..:)

    smpai dah kahwin pon leh bw anak, wife keluar sekali..best..sbb jarang jmpa org y sporting camni kan..

    heee..DN..next time jmpa lama2 k..hee..aritu terpaksa blk awl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lh... true friends bring out the best in each others.. :)

      sebab tu syg sgt dgn mereka ni...

      next time jumpa kita boleh borak lama2... haritu xsempat kan... xpe2. insyaallah hari itu akan dtg jua.. :)

      Delete
  7. yeapp, persahabatan biar sampai ke akhirnya kan? baguslah DN! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... bukan senang nk jumpa sahabat sejati ni... :)

      Delete
  8. yang lain aku xnak comment, yg muah tu je... muah u balik....wakakakaka

    ReplyDelete
  9. Bro dalam golongan kawan yang mana satu ek deqnoor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro pastinya kawan alam maya yang baik. walaupun baru hampir setahun kenal bro, gembira dapat kenal dan berkawan dengan bro.. :)

      Delete
  10. saya pun nak jadi kawan DN yang baik dan cemerlang.

    sokong apa yg DN buat dan suka.


    semuanya kerana Allah Taala.

    jika ada kekurangan dan gurau senda yang melampau, saya mohon maaf pada DN.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^