Safe House



8hb Februari 2012 lepas DN telah mendapat tiket untuk menyaksikan premiere screening Safe House di Cathay Cineplex e@Curve, Kota Damansara. Terima kasih kepada Nuffnang kerana telah memilih komen DN untuk melayakkan diri mendapat 2 tiket menonton cerita Safe House lebih awal sebelum ditayangkan di seluruh pawagam pada 9hb Februari 2012.



Hari ini dah 10hb. so confirm dah ditayangkan. Apa lagi? Terjah lah pawagam berhampiran tempat kalian ye.... 


Peneman setia DN seperti biasa adalah Cik Housemate ye.... Kenapa beliau pegang sampai 4 tiket???? Hmmm.... Sebabnya kami menonton sekali bersama Bro Framestone tau... DN kebetulan datang awal so DN ambilkan sekali tiket untuk Bro Framestone dan partner...


Meh DN cerita serba sedikit menganai cerita ini....

Mengisahkan tentang seorang penjenayah (Denzel Washington) yang sangat dikehendaki (bekas CIA). Dia telah dibawa ke sebuah rumah persembunyian yang hanya diketahui oleh CIA sahaja dikenali sebagai Safe House. Rumah ini dijaga oleh seorang lelaki (Ryan Reynolds) di mana semasa penjenayah ini tiba bersama kumpulan CIA yang ditugaskan, rumah tersebut telah dicerobohi menyebabkan semua tewas di tangan penceroboh tersebut kecuali penjaga rumah dan penjenayah tersebut. Mereka berdua berjaya melarikan diri dan penjaga rumah tersebut cuba untuk membawa penjenayah ini kembali ke CIA dengan pelbagai rintangan yang harus ditempuhi. Akhirnya, penjenayah tersebut memberikan maklumat yang dikehendaki oleh CIA sehingga dia diburu kepada penjaga rumah kerana dia cedera parah dan tidak dapat hidup lama. Penjaga rumah tersebut telah membongkarkan maklumat yang diingini oleh CIA kepada pihak media...


Seronok cerita ni tau sebab sentiasa banyak aksi yang mendebarkan. Tembak-menembak sangat banyak dan mereka yang sukakan cerita aksi sesuai untuk tengok cerita ini... Pengajaran yang DN dapat dari cerita ni... Jangan mempercayai orang lain selain diri kita sendiri kerana orang yang kita percayai juga boleh jadi orang yang paling tidak boleh dipercayai. Amacam??? Layankan trailer di atas ye....
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

18 Blue Komen:

  1. ehemmm amek untuk bro skali ek..hehe

    btw dpt screening untuk the descendants? ops DN xde time tu..lalala~

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro xnak beratur panjang2. hehe....

      menci!!! DN xde time tu... sobsob... dapat ke?

      Delete
    2. enjoy d muvi nanti... ada nearby boleh jumpa tp malangnya jauh d perantauan. hukhuk... :(

      Delete
  2. tgk trailer macam menarik je ni DN...hee..nak kena terjah pawagam jugak ni nanti..hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. best & cerita ni almost 2 hrs... penat duduk lama2. hehe...

      terjah... jgn xterjah ye.. hehe... ;)

      Delete
    2. semalam da ada kat wayang rupanya...ingatkan minggu depan...kalau tahu da terjah da semalam...hee..

      #20 sen mmg kaler gold la DN..hee~

      Delete
    3. ler... next week cite lain plak....

      tgk gambar td mcm color silver. hee...

      Delete
  3. bestnye.. i penah try jugak msk contest nuffnang. belom ade rezeki lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe.. cuba lg. don't give up ye... :)

      Delete
  4. Replies
    1. minat cerita aksi tembak-tembak boleh pegi tgk... :)

      Delete
  5. wuwuw.. nuffnang tak sayang saya... tak pernah pun dapat pe2.. cuma duit je. tu pun tak cukup 50hengget lagi.. sodehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syaz pun sama tak pernah dapat lagi tiket dr nuffnang. wuuwuwwuw

      Delete
    2. hee... don't give up. try your best ok... :)

      Delete
  6. selalu dengar org dapat tiket dari nuffnang.. jeles..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah hantar entry yg best2 ke nuffnang setiap kali ada peluang utk tengok movie free ni... ada rezeki boleh dapat.. :)

      Delete
  7. saya ni boleh dipercayai tak? kotlah saya ni spy CIA ke..Superhero yg menyamar ke

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^