Sebagai seorang jurutera elektrik, salah satu perkara yang perlu diambil tahu adalah bagaimana untuk menentukan saiz breaker (pemutus litar). Penentuan saiz breaker ini penting di dalam sesebuah rekabentuk supaya breaker yang ditentukan itu bersesuaian dengan beban yang diperlukan.
Gambar di atas adalah salah satu contoh saiz breaker yang telah ditentukan dalam salah satu projek yang DN handle. Bagaimana untuk menentukannya? Jom DN berkongsi dengan kalian...
Dari formula tiga fasa ini;
P = (√3)VIcosŃ„ .......... wattage (W)
di mana;
V = 415V
cosф = 0.85 (power factor)
maka;
I = P / (√3)VcosŃ„ .......... ampere (A)
Kita ambil contoh dari gambar 1 di atas, beban maksima (MD) untuk MSB.FPP adalah 60kW. Oleh itu, untuk menentukan saiz breaker yang perlu digunakan bagi beban sebanyak itu adalah :-
I = (60 x 1000) / (1.732 x 415 x 0.85)= 98.2056 A
25% spare dari 60kW adalah 15kW maka;
I = (15 x 1000) / (1.732 x 415 x 0.85)= 24.5514 A
Oleh itu;
Total I = 98.2056 + 24.5514= 122.7570 A
Kesimpulan : Saiz breaker yang disyorkan adalah 150A.
Ada soalan?
- Kenapa perlu x 1000? (Jawapan : Ini kerana beban maksima dalam kW tetapi formula dalam W sebab itu perlu darab 1000)
- Kenapa disyorkan saiz breaker 150A bukan 125A atau 130A? (Jawapan : Ini kerana mengikut pasaran pemutus litar di Malaysia, tiada rating breaker untuk 125A atau 130A. Jumlah arus 122.7570A ini terletak antara rating 100A dan 150A, untuk itu disyorkan 150A kerana jika memilih 100A, ia terletak di bawah jumlah arus seperti kiraan yang ditunjukkan)
Ada soalan lagi? DN akan cuba membantu. DN pun masih belajar lagi walau telah bekerja. Hidup ini sentiasa memberi ruang kepada kita untuk terus belajar dan belajar so, grab the chance!
DN tengah berusaha untuk menyiapkan entry sepanjang minggu depan kerana minggu depan adalah minggu yang sangat sibuk untuk DN bekerja di luar kawasan. DN juga masih tiada laptop sendiri lagi. Lagi menyukarkan DN untuk update. Sobsob... Sekarang ni pun pinjam laptop housemate. Baik kan
housemate DN. Hee... Seeya!
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
bab ni onie tak pro g,haha...mohon DN ajaq pasai controller,contactor....MCCB...RCCB...switch fuse....nak detail lagi :)
ReplyDeletefuiyooo!! banyaknye.. kena bukak kelas ni. hehe...
Deletecalculation ni digunakan untuk menentukan saiz MCB, MCCB, RCCB... cuba onie try nanti ye... :)
fuhhh! nak kena blajaq dengan orang hebat letrik ni,hehe...onie dulu mang anti gila letrik...bila kerja dapat lak bahagian letrik,senyum tak perlu kata apa-apa la jawabnya,aha
DeleteBeli lap top satu..baru senang buat kerja...
ReplyDeletetengah dalam proses pujuk bos bg laptop baru... ;)
Deletetak paham langsung...huhu
ReplyDeleteluasnya ilmu alam... :)
Delete98.2056 x 1.25=122.7570 A
ReplyDeleteits easier to calculate.
atau 60kWx2.5(rule of thumb)=150A..kah kah kah..
Still... They will asked you how you get the 2.5...
DeleteTry the SSB.KG, did you get approx. 400A?
DN..xfhm laa..hee..bkn bidang ira..hee
ReplyDeletebtw, bagus sbb DN aplikasikan n masih gunakan apa y blaja dl..nt mst xlupa kan..ilmu mmg kena amalkan br bguna..
pss : okee DN nt ira LIKE..janji!nt cek tau ira like ke x..kalau ira tlupa, incase laa..igtkan lagi..hee :D
berkongsi ilmu yg xseberapa ni & untuk menjadi rujukan di masa akan datang.. :)
Deletep/s : okies ira... tq... really appreciate ^_^
hye DN..cmne klu nk tentukan saiz CTs drpd MSB...?hrp DN blh tunjuk ajar...=)
ReplyDeleteHi! Boleh rujuk disini.
Deletehttp://deqnoor.blogspot.com/2012/06/menentukan-saiz-alatubah-arus-cts.html
Harap membantu... :)
salam . hai DN . nak bertanya . macam mana nak buat pengiraan MD pada feeder pillar yang mempunyai beban 35 tiang lampu jalan berkadaran 150watt setiap satu tiang . dan boleh ke DN ajarkan pengiraan total current load ?
ReplyDeletesalam DN . nak tanya . macam mana nak kira maksimum demand dan total current load ?
ReplyDeletew'salam... insyaalah DN akan tunjukkan nanti. ada beberapa rakan lain bertanya tapi DN masih belum dapat membalasnya. harap bersabar ye.. :)
DeleteSalam..deq noor...tanya sikit...knapa kita perlu ambil yg 25% spare tu yer?..tq..
ReplyDelete@mohdazuan boleh buka contract, setiap design perlu ambil kira 25% spare...
ReplyDelete25% spare 2 mksdnye?mnx terang lbih teliti...
ReplyDeleteSalam deq noor..blh trangkn secara lbh detail ttg 25% tu..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletebiasa nya orang tulis zct je tak tulis pun nilainya
ReplyDelete