Ikan Bakar Alai Melaka


Kerja cari makan, datang pastu balik. Haha... Lama tak buat kerja camni. Mujur naik kereta kelajuan berganda dari kereta DN so takde rasa penat sangat. Hee... DN mencuba ikan bakar di Crystal Bay, Sungai Punggur, Alai, Melaka...


Orang kata kat sini lepas pukul 9 malam selalu ramai orang so kami datang agak awal di sini. Pukul 8.30 malam kami dah sampai. Memang betul, masa kami sampai banyak lagi tempat kosong, siap xtahu nak pilih kedai mana satu. Bila lebih kurang pukul 9 je, berduyun orang datang dan penuh meja. Kami telah memilih untuk makan di kedai Rose & Ali Ikan Bakar...


Kailan ikan masin.. Tester DN kata cukup rasa masin ikan tu. Puas hati dengan rasanya...

  
Sotong goreng tepung. Appearance tak cantik tapi rasa sedap. Rangup je bila makan. Puas hati gak...


Rasanya kami order butter prawn tapi yang ini bukan butter prawn. Ini adalah udang goreng butter. Lain ke DN? Lain sangat2 ok. Tapi bila tester DN rasa, hmmm.... acceptable. Memang rasa butter dan boleh dimakan. Pass!...

Siakap bakar sambal ini adalah lauk terakhir yang sampai atas meja kami. Lauk2 lain kat atas tu sekejap je sampai, ikan bakar ni kami kena tunggu lebih kurang 20minit. Bila tester DN rasa, hmmm... sambal tak pedas dan agak tawar sedikit.


Tapi bila cicah dengan sambal kicap ini baru sedap. Hmm... Mungkin memang kena makan ikan bakar dengan cicah sambal kicap ni kot. Layan....

Boleh pilih nak makan dengan nasi lemak atau nasi putih so kami memilih nasi putih sebab last kami makan burger McDonald tengah hari tu je. Harus lah malam kami kelaparan lagi.  

Keseluruhannya, sedap dan boleh recommended kat kalian untuk singgah di sini. Pergi Melaka, ingat-ingat lah Ikan Bakar Crystal Bay ini ye...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. ni dekat area mana ek? zuan nama nye kampung kat melaka.. tapi tak tau pn jalan..hahaha
    dekat umah makwe(nenek) zuan ada tmpat mkn best nye, umbai.. prnah g?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umbai pernah pegi tp sejak dah commercial ni kurang sedap ikan bakar kt sana. sebab tu bertukar tempat ke ikan bakar Alai ni. Alai katne? Hmm... DN hala ke muar, dekat dengan duyong. Duyong katne? Errr... fail! :D

      Delete
    2. haha.... kita kena explore lg melaka ni...

      Delete
  2. Replies
    1. harus... sebab tu kerja pun kena jalan2. hee...

      Delete
  3. hee..nmpk sedapp..hee

    alai pn not bad utk ikan bakar..hee..rsnya reasonable kot banding ngan umbai sbb umbai dah jd mhl bila rmai org tumpu kat sn..ngeee

    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ira.... total kami berdua mkn ni dlm RM52. Mmg reasonable harganya dan rasa lebih sedap dr umbai

      Delete
  4. wahhh..nampak sedap je...da lama tak jalan2 cari makan mcm ni...nak pergi tapi rasanya mmg boleh sesat kalau nak explore tempat yg tak pernah pergi ni DN...hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna GPS la ezad.. haritu pun DN guna GPS gak nak dtg sini...

      Delete
  5. salam,nk ucap terima kasih kt penulis blog ni kerana memberikan komen untuk kedai mak saya ,segala yang kekurangan akan di perbaiki dan mutu servis akn dipertingkatkan ,dan akhir sekali ribuan terma kasih kpd kamu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. Terima kasih sudi singgah di sini. Semoga perniagaan terus success dan berkembang maju. Ada rezeki insyaallah datang lagi.. :)

      Delete
  6. DN,terima kasih banyak atas komen yer,
    Saya anak pemilik kedai makan ni,
    ^_^
    yg mana kurang kami akn perbaiki yer,hehehhe

    ReplyDelete
  7. as salam DN
    tq atas segala komen,
    saya ank pemilik kedai makan tuhhh,
    sgala kekurangan akn kami tambah baik kan yerrr

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^