My Pinky Moment



Wait a minute... Kenapa mesti pink? Itulah yang bermain di fikiran DN bila terjah ke blog Alyzafisol kemudian ke eyriqazz dan seterusnya ke madammondoq. Berangkai-rangkai tu... Disebabkan DN sangat tidak sibuk harini makanya boleh lah DN blogwalking dengan jayanya. I like!


Berkira-kira nak join ke tak... Nak join ke tak... Sambil kat kepala ni duk fikir ada ke DN bergambar baju pink. Hmmm.... Buka gambar koleksi lama-lama then finally, DN decided untuk join. Yeay! Big clap untuk DN... grin~


Sebabnya kan.... DN dah jumpa gambar pinky DN tau. Tadaaaa!!!!


update : suka gambar ni boleh like disini.  Thanks dear... 

Inilah gambar pinky DN tu. Dress code malam itu adalah pink so semua orang wajib memakai baju pink. Tahu tak DN yang mana satu? Tak tahu? Sampai hati korang tau. Sobsob... DN yang kiri sekali lah.... Boleh korang tak kenal DN yang chumel ni. Haishh... pengsan~ haha... :p


Untuk pengetahuan kalian, gambar ini diambil pada 17 Mac 2006 di Dewan Jamuan HEP, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor seperti yang tertera di belakang kami. Gambar 6 tahun yang lalu masih lagi dalam simpanan DN. DN pun tak ingat DN masih simpan gambar ni tau. Thanks kepada penganjur contest sebab tanpa kalian, takde lah DN selongkar gambar-gambar lama dan jumpa gambar ini. Hmmm... Tiba-tiba DN rindu dengan mereka semua. Sobsob... Luckily ada Facebook menghubungkan kami semua. 


Masa ni kami telah diraikan oleh pihak kolej kerana berjaya mengharumkan nama kolej dalam sukan SUKAM yang dianjurkan setiap tahun. DN sebagai pemain bowling kolej telah mendapat tempat pertama pada tahun tersebut. Jangan tak percaya DN atlit dulu tau. Sekarang... Errr... Bola DN tersimpan elok kat ofis dan tak tahu bila nak bergolek semula. Hee... Kawan-kawan DN yang lain pula merupakan pemain basketball. Kalau tak silap DN, mereka menang tempat kedua pada SUKAM 2006 yang lalu. 


update : suka gambar ni boleh like disini. Thanks dear...

Inilah sebahagian barisan X-Lead kolej DN dulu yang berusaha menjayakan majlis ini. DN dulu merupakan Naib Presiden X-Lead kolej dan ini merupakan program terakhir yang dianjurkan oleh kami. Ia jadi program terakhir kerana kami sudah ada pelapis yang akan menerajui tonggak kepimpinan kolej dan kami hanya bertindak sebagai penasihat sahaja. Sebab tu lah kami digelar sebagai X-Lead. Program terakhir ini merupakan pendedahan kepada bakal pemimpin kolej yang baru untuk mereka menerajui dan memimpin kolej dengan lebih berjaya dari kami dahulu.


Hmmm... Cukup-cukup lah rasanya DN mengimbas kembali kenangan di zaman U DN ni. Makin DN menulis, makin rindu dibuatnya untuk kembali ke zaman belajar. Boleh bikin air mata mengalir tu.... Banyak sangat kenangan nak diimbas kembali. Sobsob....


Chill DN! Apa yang telah berlalu, jadikan ia sebagai kenangan ye DN. Hee.... Jom ramai-ramai join contest ni. Mana tahu rezeki kalian dapat hadiah dari mereka, kalian juga yang akan senyum sampai ke telinga nanti. Jom! 

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

19 Blue Komen:

  1. Replies
    1. yg xpernah2 pakai pink pun kena pakai. hihi...

      Delete
  2. good luck..
    comel jer pakai baju pink..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks wida. join lah. mane tahu ade rezeki...
      pink dgn perempuan kn memang serasi... :)

      Delete
  3. Good luck, so sweet pink3 gitue.

    * tak kisah lah yunk, sponsor brg or money. YY terima dengan hati ikhlas :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq YY... ^_^

      okies... nanti DN email YY ye... ;)

      Delete
  4. wah mmg lain sgt DN dulu kan
    masih lawa mcm skrg weh! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tak reti make up... skrg make up ber inci tebal. ;p

      mane ade jue... dulu kurus melidi, skrg dh gomok lh. huhu....

      Delete
  5. hee..tema pink ye masa tu..patutla semua pakai pink..hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. honestly... DN lg suka merah dr pink. huhu...

      Delete
  6. good luck ye DN. Saya skang ni tengah menyelongkar gambar nak cari pinky pinky. hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa... jom join contest ni. mana tahu ad rezeki dpt duit baru... hee..

      Delete
  7. wwoohhoooo..heaven aku kalau ada kat majlis tu. last time berjimba dengan pink kat pipnk party lipice bersama lisa surihani. best gilos.

    good luck DN. aku nak vote ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok tu dpt jumpa lisa surihani life.. DN xpernah jumpa lg...

      thanks hanie.. Really appreciated.. ^_^

      Delete
  8. Tahniah, anda Finalist My Pinky Moments Contest http://www.eyriqazz.com/2012/04/finalist-my-pinky-moments-contest.html

    ReplyDelete
  9. Tahniah, anda salah seorang pemenang hadiah sampingan :

    http://www.eyriqazz.com/2012/05/pemenang-hadiah-sampingan-my-pinky.html

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^