The Vow


 Hari selasa lepas DN telah diberi peluang untuk menonton Premiere Screening The Vow dengan watak utama dibintangi oleh Channing Tatum dan Rachel Mc Adams. Thanks Nuffnang untuk dua tiket menonton filem ini.


Premiere Screening The Vow ini bertempat di Cathay Cineplex e@Curve dengan tayangan pada jam 9.30malam. DN suka sangat bila Nuffnang buat tayangan di e@Curve tau sebabnye DN boleh singgah Ikea. Terbang duit haritu beli meja sebiji. Huhu...


Sambil-sambil tunggu tayangan start, sambil-sambil juga urut badan kat kerusi urut berbayar ni. Dah jadi acara wajib setiap kali ke sini. Hee...


Macam biasa, tak lain tak bukan housemate terpaksa menjadi peneman setia. Kalau kalian nak tahu, last DN jumpa housemate Isnin minggu lepas. Lepas seminggu baru jumpa semula tau iaitu masa hari tayangan The Vow ini lah baru kami berjumpa. Nama je housemate kan kami ni tapi nak jumpa selalu punya lah susah. Hihi...


Komen DN tentang movie ini... Waaaa!!! DN sangat touching tau. Honestly, gugur jua air mata DN bila tengok cerita ni. Mana tak nye. Bila DN letak diri DN sebagai seorang suami, betapa luluhnya perasaan DN apabila si isteri tidak mengenali suami sendiri. Bila letak sebagai seorang isteri pula, terasa tekanan bila didesak dengan pelbagai perkara yang asing dengan diri sendiri. Tetapi sang suami sangat-sangat mencintai isterinya. Sobsob... Wish I will find someone like him someday. Huhu...

Cerita ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan mengakibatkan isterinya hilang ingatan. Si isteri tidak mengenali suaminya sendiri tetapi dapat mengingati masa silam sebelum mereka berkahwin iaitu keluarga, rakan-rakan kolej dan bekas tunangnya. Suaminya merasa sangat kecewa apabila melihat isterinya berubah kepada seseorang yang berbeza tetapi kerana terlalu sayangkan isteri, beliau sanggup berkenalan dengan isterinya semula, bawa ke tempat-tempat kenangan, bagi ruang untuk isterinya berfikir dan banyak lagi walau hakikatnya diri sendiri merana. Kerana desakan keluarga, mereka berpisah tetapi akhirnya mereka bertemu kembali setelah bekas isterinya itu mengetahui kisah disebalik apa yang berlaku sebenarnya.

Mereka yang suka cerita romance memang disarankan untuk menonton cerita ini. Cumanya DN tidak setuju cerita ini dibawah kategori U kerana banyak adegan kiss dan ada juga part naked dalam tu. Camne boleh U ye? Hmmm.... 


Owh, lepas ni DN update pasal entry ini ye... Heee.... Sayang Nuffnang tau... ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

13 Blue Komen:

  1. hee...best bila dpt pass free tgk wayang ni kan DN...:D

    > huhh..curious jugak tu..mcm mana boleh dikategorikan U kalau ada adegan2 mcm tu..aihhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... xyah nk beli tiket wayang dh. hee...

      tahu xpe. confuse je tengok haritu U ke 18sx. rupanya mmg betul U

      Delete
    2. nak beli tiket da kena keluar fulus lagi kan..hee..

      > takkan salah rating kot kan..?

      Delete
    3. itu lh.... budget! hee.. :p

      hmm... harap bukan lh. xsesuai sungguh utk tontonan umum

      Delete
  2. pernah pegi premier screening dua kali. tu pun zuan bagi tiket.. hahaha..dia dpt tp tak dapat pegi dia pas kat aku. aku jugak yg untung.. hahaha..maceh zuan..kemain DN siap pegi urut urut. Lawo baju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti suruh zuan dapatkan lg tiket free. hanie gak yg untung. hee...

      harus tu.. sbb tiap kali dtg sini kaki mesti penat. haha...

      baju ni buat DN nampak gemuks lh. huhu... :(

      Delete
  3. tak minat cite jiwang2 mcm ni. saya suka cite perang. sometime, cite perang dan gaduh2 juga ada part yg buat penonton sebak menangis.emmm

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^