Jom2 ikut DN masuk ke sini. Mana ni ye..... Inilah Platinum Movie Suites, Cathay Cineplex e@Curve, Damansara. Balik dari kerja tadi DN terus ke sini meredah jam yang sangat lama, hampir 2 jam di NKVE dari Shah Alam menuju ke Damansara. Huhu.....
Yeay!!! Tiket dah dapat. Ini bukan tiket ye tapi tempat letak tiket je....
Ini baru lah tiket yang diletak dalam sampul ni. Cehh... Punya lah DN ingat tiketnya lain, rupanya sama je macam beli di kaunter tiket biasa. Bezanya diletakkan dalam sampul je. Huhu.... DN tengok cerita John Carter. Harga tiket ni RM40 sahaja. Murah RM10 dari Gold Class di One Utama Damansara.
Dah lah DN agak keayuan harini. Boleh pulak nak pegi tengok wayang. Tak plan pun sebenarnya. Redah je ni. Pasal tu pakai macam ni sebab ingat harini duk ofis je. Huhu.... Tak kisah lah kan. Jom kita jengah apa yang ada dalam Platinum Movie Suite ni...
Ruang menunggu yang super selesa... Kalau kat luar tu kena berdiri je kan sementara nak tunggu movie start... Kat sini boleh duduk sambil borak-borak...
Kalau taknak borak, boleh lah melayari internet di sini. Nak berfacebook ke... Bertanyakan mr.google ke... Nak update blog pun boleh. Tapi DN takde lah update blog di sini ye. Segan la. Hee...
Siap disediakan mesin air ni tau. Free je..... Minum lah sampai kembung perut tu ye....
Taknak buat semua di atas, boleh lah tengok TV atau baca magazine. Everything your choice... Semua ada di sini kan. Selesa sangat-sangat...
Tapi DN tak pilih semua di atas, DN lebih berminat kerusi urut ni. Lepas penat sangkut kat jam hampir 2 jam dan dengan guna heels 5 inci, jumpa kerusi urut ni memang syurga dunia betul lah. Set 15minit, lepas tu urut dari kepala sampai kaki. Manyak syiokkk!
Sebelum masuk melayan cerita John Carter, DN bergambar dulu dengan mereka. Cute kan mereka ni. Lagi besar dari DN tu. Si garfield tu, tak larat DN nak angkat tau. Memang dasar pemalas sungguh. Huhu....
Beginilah suasana di dalam cinema. Kerusi adjustable yang super selesa. Kalau keletihan, sure boleh tertidur duduk di sini. Nak apa-apa, tekan je bell kat atas meja tu. Confirm akan ada yang datang melayan karenah kami yang macam-macam. Mana tak macam-macam, bilik tu dah lah sejuk, tapi takde blanket and pillow pun. Rupa-rupanya kena sewa, RM5/person. Kehkeh... Rasa macam naik flight Air Asia pula. Tak kisah lah. Asalkan boleh tengok dengan selesa tanpa menggigil lesejukan so confirm DN sewa blanket and pillow tu.
Finally, baru lah boleh tengok John Carter dengan selesa. Berbaring melunjur kaki sambil berselimut. Memang syiokk kau! Hehe.... Cerita pun best so kalian pergi lah tengok cerita John Carter ni. Confirm berbaloi-baloi. Hmm... DN malas nak buat review cerita ni sebab dah ngantuk lah. Huarghhhh!!! So kalian tengok lah orang lain yang ada buat review ye. Hee.... Chiowwww!!!! ^_^















16 Red Komen:
Waaaaaaa bestnyaaaaaaaa #___# Berbaloi gila bila service pun terbaik macam tu...tak rugi. One day nak pegi sana gak...hehe
best! lg berbaloi kalau tgk movie 3jam
pergi lh... memang berbaloi2... :)
itu lh... tapi skrg mana ada lagi movie smpai 3 jam. 1jam 45min tu pun dh dikira lama dh...
40 tu murah ke DN? :(
bila service dia sangat memuaskan, kita pun turut merasa puas hati aite. :) eheh garfield looks so very funny, but still cute. :)
err... murah rm10 dari gold class OU. Hehe... :p
betul tu farra... :) garfield tu memang penunggu setia kt sana. xde gerak mana2 pun. hehe...
kalau aku pegi ambik platinum movie suite ni kompen ras acam xnak bangun. err..second movie plisss...hahhahaha
tp kena bgn gak. bukan kt rumah ye hanie. huhu... 2nd muvi? errrr... :p
memang sesekali kena try ni...nampak betul2 selesa je ni kan DN..hee~
betul tu.... sesekali cuba mmg best.. :)
wahh DN!
tgk dgn cpe tu..hee
bestnyaaaa...mmg 1st class la kan..:)
ira cuba lh nanti... pasti puas hati.. :)
Hi DN! sy nk ajak awk join segmen ni : http://reeneeraaid.blogspot.com/2012/03/megagiveaway-by-penmerahcom.html
Datang singgah bila free :)
Hi reenee! Memang nak join pun cuma belum start buat entry lg. japgi DN singgah ye. Thanks invite DN... :)
Post a Comment