Senjyu Sushi e@Curve


"Welcome to Senjyu Sushi. We are Japanese Restaurant located at e@Curve, Damansara", kata pekerja yang tidak bergaji ini. Kehkeh.... :p 

Siapa suka makan sushi macam DN sila angkat tangan! Sori, DN tak nampak so komen je lah kat bawah nanti ye. Hehe...


Begini lah suasana tempat makan di Senjyu Sushi ini. Nak ke meja kami kena naik atas para ini, kemudian duduk di sini. Terasa pendek lah pula sebab tiba-tiba tempat makan lagi rendah dari tempat lalu lalang. Hmm.... Mungkin mereka ada reason tersendiri yang DN pun tak tahu. Layan~


Bila nak makan sushi pastinya semua ini perlu ada... Chopstik, piring nak letak sushi dan mangkuk kecil untuk letak kicap sushi. Lengkap semuanya, DN sudah bersedia untuk makan. Nyum... Nyum... 


Kebiasaannya bila makan tempat sebegini DN akan memilih hot green tea. Rasanya minuman ini adalah perfect match bila makan sushi. Itu pendapat DN, kalian tak tahu lah kan.....


Kita mula dengan partner DN lah ye... Sebab beliau makan makanan yang DN tak pernah makan. Huhu... Namanya Salmon Ikura-Jyu berharga RM22. Terdiri daripada salmon slices, salmon roe dan sushi rice. Rasa? DN tak tahu sebab DN tak rasa pun....


Ini pula lauk tambahan partner DN. Tiga ekor ikan kecil (grilled smelt fish) tersadai di atas pinggan. Hee...  Namanya Shishamo berharga RM8. DN pun tak tahu rasanya sebab DN tak makan...



Sampai ke makanan DN pula. Penggemar sushi, of course DN akan makan sushi kan. Lain-lain confirm DN tak pandang. Dari kiri, Salmon RM3, Tamago RM2, Inari RM2 dan Lobster Salad Inari RM4. DN tak boleh makan lobster sebenarnya tapi bila dah jumpa sushi ni susah betul nak kata. Confirm pantang nampak. Hee.... 


Ini pula adalah Senjyu Dragon Maki berharga RM24. Ia terdiri daripada prawn, avocado, Japanese cucumber dan juga fish roe. Salah satu favorite DN bila makan sushi adalah sushi yang disaluti dengan avocado... Marveles!


Haaa.... Ini yang special tau. Siapa kata guna Foursquare hanya untuk check in sahaja. Ramai yang menyampah bila kita asyik beritahu check in dekat sana sini tapi mereka tak tahu apa yang specialnya Foursquare ini. Salah satunya adalah ini.... Flash this message then DN dapat free Green Tea Ice Cream tau...


Bukan tipu ye semua tu. DN memang dapat free ice cream sebagai pencuci mulut. Terima kasih Foursquare kerana dalam DN menggunakan service anda, DN turut mendapat free ini. Harap makin banyak special venue dalam Foursquare yang akan tawarkan free seperti ini. Pasti ramai yang akan terus setia menggunakan khidmat anda... :)

Ok, DN dah kenyang. Nak ke tempat lain pula. Daaaaaaa.....

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. nasib baik x suka sushi ni..kalau mengidam..abislah DN kena hntr sushi ke trgnu..hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wida nye pasal sanggup DN hantar tau.... boleh soping kt ganu terus. hee...

      Delete
  2. hee...ezad pun baru je lagi minat makan sushi ni..tapi tak semua la..ada jenis2 yg tertentu je yang boleh masuk...hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome to the club! boleh kita bersushi sama2 nanti... ^_^

      Delete
  3. errr..aku tak berapa nak feveret sushi tapi aku nak green tea ice cream tuuuu...kyaa~~~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish, camne nk bersushi dgn dn ni.... hee...

      honestly, green tea ice cream kt sushi zanmai lg sedap

      Delete
  4. Tapi deqnoor dah x pakai foursquare dah sekrang kan...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^