Singapore Trip using Bus from JB

Seperti dijanjikan, DN akan berkongsi dengan kalian pengalaman DN bersiar-siar di Singapore. Dulu DN dah berkongsi "How to go Universal Studio (USS) using MRT", kali ni DN nak share macam mana kalau naik bas pula ye...

Sampai ke JB Sentral, ambil bas CW2 ke Queen Street berharga RM2.40. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam termasuk dengan nak melepasi imigresen. Pastikan lepas dari imigresen, naik bas yang sama ye. Jangan gatal naik bas lain pula tau...

Sampai di Queen Street, tak perlu ambil bas lain. Jalan kaki je ke Arab Street dan Bugis Street.


DN di Bugis Street. Jalan-jalan shopping, dapat la case Iphone DN. Jauh kan cari case Iphone. Hihi....


Dari Bugis Street DN ambil MRT ke Marina Bay. So macam mana nak ke Marina Bay? Senang je... Boleh rujuk map kat atas tu. Dari Bugis (line hijau) tuju ke Raffles Place untuk tukar train (line merah). Kemudian menghala ke Marina Bay. Mudah bukan! DN perlu bayar $0.88, deducted dari ezlink card. Kalau bayar cash tak silap DN lagi mahal. 



DN di Marina Bay. Alamak, tiang lampu kacau lah...


Haa... Yang ni ok. Nampak tak belakang DN tu? Cantik kan... Diorang kata malam-malam lagi cantik tau. Tapi DN tak sanggup nak tunggu sampai malam so dapat gambar siang pun jadi lah....


Sekarang DN sudah berada di Marina Bay Shopping Mall. Di sini semua jual barang-barang branded. Gucci, LV, Coach... Tell me. Semuanya ada di sini....


Dalam mall ini pun boleh naik boat jika tengok kat belakang DN tu. Sama macam dekat The Mines cuma bezanya air disini jernih dan bersih. Kagum!


Errr.... He called me from Shenzen, China so I have to answer him. Sorry..... Both international, confirm bil telefon menggila bulan ni. Huhu....


Done! Sambung semula jalan-jalan ye. Keluar dari mall ni boleh nampak view yang sangat cantik tau. Contohnya seperti belakang DN ni, apa yang kalian nampak? Percaya tak kalau DN kata, bangunan ini adalah berbentuk tapak tangan manusia? Percayalah!!!! Sesungguhnya ia benar belaka.


Dan ini pula kapal di awang-awangan. Support by three building. Boleh berdiri di atas kapal tu tau tapi DN tak pasti macam mana nak naik ke atas tu.


Berjalan-jalan petang disini, orang tu boleh pula berjogging panas-panas ni. Tergamam DN dibuatnya. Tapi yang pasti jambatan dibuat ni sangat cantik dan menarik. Boleh dijadikan contoh untuk projek-projek DN, macam mana installation of the lighting di tempat sebegini. 


Sama macam Eye on Malaysia tapi bezanya ini di Singapore. Mula-mula tengok ingat tak bergerak, rupanya slow je pergerakannya. Memang beri peluang mereka yang naik ini untuk menikmati pemandangan Singapore keseluruhannya. DN tak naik pun... Insyaallah, ada rezeki datang sini lagi DN akan naik benda ni.


Dah penat berjalan so bersandar jap. Tengok orang sebelah DN ni makan aiskrim sedap je. Tapi DN tak boleh nak makan sebab penjual aiskrim ni adalah China. Sobsob... So tengok je lah. Huhu....


Kembali ke Marina Bay Mall, pergi lah ke Food Court dalam ni. Tak boleh nak makan apa-apa kerana diragui halalnya maka minum sahaja di sini. Untuk makluman semua, nak cari makanan halal agak susah di sini except di Arab Street dan beberapa tempat lain yang DN belum survey lagi so berhati-hati ketika berjalan-jalan di sini ye. 

Dari Marina Bay, DN kembali ke Bugis dengan menaiki MRT berharga $0.88 juga. Kemudian DN jalan kaki ke Queens Street dan menaiki bas CW2 kembali ke Johor berharga $2.50. 

Peringatan : Cuba elakkan dari balik ke Johor menaiki bas hari Jumaat atau pukul 7 malam kerana pasti perlu beratur panjang. Apapun, rancang perjalanan anda! :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

15 Blue Komen:

  1. padahal s'pore tu ramai jugak melayu kan..tapi susah jugak nak cari halal food ek..emm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... even kfc pun xde logo halal tau kat sana...

      Delete
    2. yes dear... kwn DN beritahu sbb brother dia Singaporean..

      Delete
  2. huuu..ira ms g uss naik terus bas y g sn..hee..

    xda tukar2 mrt..sbb pening.kekeke..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lh dah jejak kaki ke USS... :) DN saje nak feel macam pengembara. best gak tp penat jalan. huhu...

      Delete
  3. best berjalan kat sana tapi bab nak cari makan tu yg susah kan DN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe so kena makan kenyang2 dulu b4 masuk ke sana...

      Delete
  4. hi Dn..nk tnye ezlink card 2 ape ek..mne nk dpt ek..-lily-

    ReplyDelete
  5. @Anonymous ezlink card tu mcm touch & go.. naik MRT or bus boleh guna. nak beli kt 7eleven je.. nak topup boleh kt 7e atau kt MRT.. :)

    ReplyDelete
  6. emm leceh juga kan. susah cari makanan halal.

    Cik DN pergi sorang je ke?

    ReplyDelete
  7. nak tanye if nak tkt mrt tu... kna byr lagi tak?

    ReplyDelete
  8. @Ladfe Amir xsusah jika tahu di mana makanan halal. DN ke sini dgn kawan kerja... :)

    ReplyDelete
  9. @Anonymous Kalau nk naik MRT kena bayar di stesen MRT.. :)

    ReplyDelete
  10. bugis street memang tempat belanja untuk oleh-oleh
    informasi menarik terima kasih

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^