Suria City Hotel Johor Bahru

Haritu hotel berhampiran Pasir Gudang semua fully booked so no choice, DN perlu mencari hotel di sekitar  bandaraya Johor bahru. Selepas minta tolong seorang rakan mencari hotel untuk menginap, akhirnya DN memilih untuk menginap di Suria City Hotel Johor Bahru.


Suria City Hotel Johor Bahru terletak di Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, Johor. Betul-betul bersebelahan dengan Grand Bluewave Hotel, Johor. 



Registration counter betul2 berhadapan dengan Bunga Padi, iaitu tempat makan di hotel ini. Disebabkan DN demam pada hari tersebut, DN hanya makan malam di hotel ini sahaja.



Sijil halal telah ditampal pada kaunter Bunga Padi. Bagus kan! Sebab tu DN dinner kat sini je. Lebih yakin dari makan kat luar tu.


Semasa DN menginap disini DN telah mendapat bilik non smoking room. Lega sungguh DN, takde bau rokok dalam bilik. Jom kita jenguk dalam bilik ini pula ye....


Masih ada hotel yang menggunakan TV begini rupanya. Kebanyakan hotel yang DN pergi semua sudah guna LCD TV tapi di sini masih menggunakan TV begini. Tak kisah lah, yang penting channel Astro especially ESPN ada. Hehe...


Walaupun kecil, ruang minum kopi ini tetap disediakan di dalam bilik. Tapi kan, bilik ni takde carpet lah. Hmm... Bila carpet takde, terus DN tak berminat untuk datang ke sini lagi. If selipar disediakan, boleh lagi dipertimbangkan. Sorry....


DN cuba untuk mendapatkan katil queen tapi dah takde so grab je lah bilik 2 katil single ni. Mana lagi DN nak cari hotel lain kan malam-malam tu. Layan je lah...


Almari bertutup dan turut tersedia cermin besar di sisi almari. Err... Abaikan beg merah gabak kat tepi cermin tu ye. Hee...


Toilet dia kecil tetapi bersih. Cumanya air kejap laju, kejap perlahan.... Hmmm... Tak best betul...


Lagi-lagi bila mandi, tak tahu dah camne nak control air. Bila laju sangat, kena dinding, bila perlahan, perlahan sangat sampai susah nak mandi. Stress dibuatnya...


Tapi yang bagusnya hotel ini, sejadah disediakan. Rasanya ini first time ada sejadah dalam bilik hotel sepanjang DN menginap di hotel sekitar JB. Bagus!

Berminat untuk menginap di hotel ini, boleh lah pergi ke website Suria City Hotel Johor Bahru untuk book bilik atau hubungi mereka di 07-2231791. Bilik yang DN menginap ini berharga RM144 per night. 

Ok, ini entry schedule last DN. Awal pagi DN nak ke Penang sampai hari Isnin bersama housemate. Kalau rajin, DN update guna Iphone ye. Doakan keselamatan DN dan  housemate di sana... :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

8 Blue Komen:

  1. Replies
    1. Harus begitu.. Sementara masih bujang lg. Hehe..

      Delete
  2. bestnyee DN.. zuan rasa DN dah patut dapat sponser dari hotel tu sbb mana2 je hotel DN pergi mesti DN akan kongsi pasal hotel tu kat orang ramai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb ramai org selalu tanye DN,

      Hotel ni ok x.. Hotel tu ok x.. So DN selalu kate boleh jenguk kat sini.. ;)

      Delete
  3. baguslah DN buat camni. at least kami boleh tahu ttng hotel tuh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. just sharing.. harap boleh membantu.. :)

      Delete
  4. skrg diaorang dah pasang kapet kot. atau letak selipar jepun . lepas baca komen blog berpengaruh DN ni

    ReplyDelete
  5. @Ladfe Amir hopefully.. DN pun dh lama xduduk hotel ni... huhu..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^