4 Days 3 Nights Trip to Penang : Day 1

Halo3! DN in the house! Lama kan DN menghilangkan diri. Rindu tak? Hee... DN pergi bercuti-cuti selama 4 hari sebenarnya. Niat hati memang nak update guna phone je tapi kemalasan melanda so dah balik bercuti baru DN update disini. Jom DN nak berkongsi dengan kalian pengalaman trip DN kali ini.


Flight Air Asia DN pagi hari Jumaat yang lepas jam 9.55pagi. Kami tiba sejam awal so breakfast dulu di sini.


DN memilih untuk breakfast nasi lemak dan milo ais. Selepas selesai breakfast, kami terus masuk ke boarding room.


Destinasi DN kali ini adalah Penang. Nak tahu kenapa DN memilih pergi ke Penang? Sebab DN dapat tiket RM1 sehala. Haha... Menarik kan! Total pergi balik RM40 sahaja. Drive lagi mahal tu dari naik flight. Berbaloi-baloi kan. Makanya, rajin-rajin lah jenguk website Air Asia kalau nak dapat tiket murah macam DN dapat ni.


Sempat lagi tangkap gambar dalam flight. Excited terlebih nak sampai Penang. Hee...


Yeay! Dah sampai Penang! Kami tiba di Penang jam 10.50 pagi. Turun je dari flight kami ambil bas Rapid Penang No.102 menuju ke Komtar. Bas memang banyak tersedia di airport so tiada apa masalah bila kami hendak ke sana. Harga tiket bas dari Airport ke Komtar ialah RM2.70.


Layan je lah gambar kami dalam bas ni ye. Hee... Kami memilih bas sebagai transport utama di sini memandangkan Rapid Penang merupakan best bus transportation di Malaysia. Nak tahu betul ke tidak, kalian boleh follow perjalanan cerita DN ini sehingga hari DN kembali ke LCCT ye.


Selepas perjalanan hampir 1jam 30 minit, kami tiba di Komtar.


Dari Komtar kami meneruskan perjalanan untuk mencari makan tengah hari sebelum check-in. Lokasi yang kami tuju adalah di Nasi Kandar Line Clear, Jalan Penang. Bila tiba di sana, kedai masih tutup kerana mereka menghentikan segala urusniaga untuk solat Jumaat. 


Disebabkan dah lapar, kami makan di kedai bersebelahan dengan Nasi Kandar Line Clear. Harga nasi yang DN makan ini adalah RM5.50.


Selepas makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan ke hotel. Dalam perjalanan, sempat lagi kami singgah di sini.


Warung Kopi Yusuff.


Untuk membeli kuih-kuih ini buat alas perut dan kudap-kudapan sementara sampai ke hotel.


15 minit perjalanan dari Jalan Penang, tibalah kami ke Tune Hotels.com yang terletak di Jalan Burma. Kenapa DN memilih Tune Hotels.com ini? Memang DN nak mencuba hotel yang sedang meluas dan berkembang di serata dunia ini. Daripada mencuba di Tune Hotels.com KL, lebih baik DN mencuba di Penang ni. Lepas sudah hajat nak menginap di Tune Hotels.com.


DN memang dah siap-siap booking sebelum sampai ke Penang so bila sampai, tunjuk IC terus dapat card untuk access ke bilik. Suasana di dalam bilik DN akan update di entry yg berbeza di bawah label hotel review ye. Harap sabar menunggu.


Bertukar! Selepas merehatkan diri seketika dan membersihkan diri, jom ikut DN berjalan-jalan ke Penang. Sekarang ni DN sedang dalam perjalanan menuju ke stesen bas berhampiran.


Kusyuk tengok map sambil menunggu shutter bas free yang disediakan di Penang ni. DN difahamkan shutter bas akan datang 30 minit sekali. Sebelum sampai ke station bas ni, kami dah terlepas shutter bas so kena lah tunggu 30 minit lagi.


Bila dah dapat naik shutter bas, di sini lah destinasi kami yang pertama.


Penang City Hall.


Layan....


Sambil-sambil meneruskan perjalanan bersiar-siar di sini, sambil-sambil jugalah tangkap gambar sebagai kenangan. 


Tiba lah kami ke Taman Kota Lama. Orang asyik sebut Padang Kota Lama, ini lah tempatnya ye. So apa yang ada di sini?


Terletaknya Ford Cornwallis di Padang Kota Lama ini. Apa yang ada di dalam? DN akan berkongsi dengan kalian kemudian ye. Yang pasti untuk masuk ke sini perlu bayar RM2.00 seorang.


Selepas penat bersiar-siar di dalam Ford Cornwallis, kami berhenti makan di sini. Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama.


Kami memilih untuk makan di Gani Famous Pasembur.


Pasembur yang berharga RM8. Makan dua orang, jadi RM4 seorang. Rasa... Hnmm.. Biasa je kot.


Laicikang RM4.00. Selepas selesai makan di sini, kami mengambil semula shutter bas Penang menuju ke Jeti. Sampai ke Jeti, kami tukar bas. Masih lagi menggunakan shutter bas Penang menuju ke Komtar.


Sampai di Komtar, kami singgah di Komtar Walk untuk ke sini.


Teo Chew Chendul.


Terkejut kami bila dapat tahu kedai ini akan tutup jam 8.30 malam sedangkan kami tiba jam 8.15 malam. Hmm.... Pekan Georgetown akan sunyi selepas jam 8.00 malam rupanya. Baru kami tahu. Walaupun mereka hampir hendak menutup kedai, mereka masih lagi terima kami sebagai tetamu.


Tengok tu? Kosong je kan. Tinggal kami dan beberapa orang je yang tinggal di dalam kedai ni.


Order Chendul Aiskrim dan air ice lemon tea je untuk menghilangkan dahaga setelah penat berjalan. Total harganya adalah RM6.00.

Setelah selesai menikmati chendol di sini, kami bersiar-siar di pekan mati Georgetown di waktu malam dan kemudian meneruskan perjalanan ke bilik hotel. Total trip DN untuk hari ini termasuk makan adalah RM29.20 sahaja. Murah kan! 

So nantikan update entry DN untuk hari kedua dan berikutnya. Banyak lagi tempat-tempat dan perkara yang menarik untuk dikongsikan bersama. Tunggu tau...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. hee...mesti penat berjalan ni kan DN tapi puas...:D

    > wahh..murah tu flight ke Penang sehala cuma RM1...kena booking awal ke tu DN ? tak selalu masuk web AirAsia..tu yg tak tahu..hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat tapi best! :)

      yup, kena book awal. DN book a month before. kena gak rajin2 jenguk website Airasia untuk update promo.. ;)

      Delete
    2. heee..nanti akan rajin2kan diri jenguk web AA tu..mana tahu dpt tiket murah...hee~

      Delete
    3. rajin2kan diri ye... ada tiket murah, share lah dgn DN. Hee... ;)

      Delete
  2. wah..bestnya.
    patutlah senyap jer..dah smpai penang.
    nak jerukkk...hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best wida.. hee..

      jeruk ade tapi camne nak bagi ye. wida jauh sangat. hmm....

      Delete
  3. baru nak tanye... " ada test tak nasi kandar line clear".. tahu2 dia dah pi dulU!. wahhhh... pi tak ajak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukak web Air Asia, tengok tiket RM1 terus beli. xdan dah nk ajak orang. hee... jom plan cuti ramai2. mesti best! :)

      Delete
  4. Cik DN..esok Air Asia buat tambang murah. jom bercuti sama jom. wife saya ajak pegi Bandung or China.

    ReplyDelete
  5. emm..saya suka part bila DN bercuti dan mengembara. tak ramai anak dara yg berani mcm Cik DN.

    paling penting tahu jaga diri semasa bercuti

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^