4 Days 3 Nights Trip to Penang : Day 2

Seawal 8.00 pagi kami dah keluar dari bilik hotel menuju ke stesen bas di seberang jalan sahaja. Pagi ini kami telah merancang untuk ke Penang Butterfly Park. Kami menaiki bas No.101 - Teluk Bahang yang berharga RM3.40 untuk menuju ke sini. Apa yang ada di dalam Penang Butterfly Park? DN akan update di entry yang berbeza. Kalau tak, berjela kalian nak baca nanti. Penang Butterfly Park entrance berharga RM18.00 untuk dewasa.


Sebenarnya bas No.101 - Teluk Bahang tidak berhenti di Penang Butterfly Park. Bas tersebut akan berhenti 1km jauhnya dari Penang Butterfly Park. Tetapi atas keprihatinan pemandu bas Rapid Penang tersebut, beliau hantar juga kami sehingga ke depan pintu masuk Penang Butterfly Park. Baik kan! Terharu dibuatnya tau..


Selepas selesai berjalan-jalan di dalam Penang Butterfly Park, kami mengambil teksi untuk ke Penang National Park yang terletak di Teluk Bahang. Kami perlu membayar RM8 (RM4 seorang) untuk khidmat pakcik teksi menghantar kami ke sini. Sampai ke Penang National Park dan mendaftar diri, kami meneruskan perjalanan bersiar-siar di dalamnya. Tiada cas yang dikenakan untuk masuk ke Penang National Park ini.


Selepas selesai berjalan-jalan di Penang National Park dan lunch di gerai berhampiran tepi jalan, kami mengambil bas No.101 menuju ke Komtar dengan harga yang sama seperti masa kami datang ke sini. Boleh lihat di belakang kami, foreigner pun naik bas. Kami pun foreigner di dalam negara sendiri apa. Hee...


Sampai sahaja di Komtar, kami berjalan kaki menuju ke Pasar Chowrasta untuk shopping-shopping. Pasar Chowrasta ini terletak di Jalan Penang. 15minit berjalan dari Komtar, dan 10 minit berjalan dari Tune Hotel.com tempat kami menginap.


Bila dah sampai Penang, haruslah shopping jeruk. Kami memilih untuk membeli jeruk di Nasir Jeruk.


Macam-macam jeruk ada disini so pilih je. Disebabkan DN tak ada beli extra luggage, DN had kan pembelian jeruk sebanyak 2kg sahaja. Itu pun berat gak bag DN. Tahu beli 1kg je. Huhu...


Selepas selesai shopping, kami singgah di sini dahulu sebelum kembali ke bilik hotel untuk merehatkan diri. 


Ice kacang with Ice Cream RM3.80.


Chendol normal RM2.50.


Penang Road Teochew Laksa RM4.50. Sedap wooo... Sehingga habis kuah kami makan lagi-lagi ikan yang digunakan adalah ikan sardin. Tetiba teringin nak makan laksa. Waaa! Mana nak cari kat Shah Alam ni. Nak laksa ikan sardin gak. Sobsob...


Balik hotel, merehatkan diri, malamnya kami menaiki bas No.101 - Teluk Bahang untuk ke Night Market Batu Feringgi.


Di sini kami hangout dan sambung aktiviti shopping-shopping dengan adik kawan kami yang memang menetap di Penang.


Kami... Dari kiri Kay, Lidia & DN.


Kemudian, kami menuju ke Rudy's of Penang yang terletak di Tanjung Bungah. Katanya Char Koay Teow disini sedap. Jom kita cuba...


Nyum2... Memang terbaik! Teman DN siap bungkus bawa balik untuk makan di bilik hotel tau.


Kami juga turut mencuba Nasi Lemak ini yang berharga RM2 sebungkus. Sedap juga. Hmm... Memang gemuk kami datang Penang ni. Asyik makan je kan. Huhu... 

Selepas selesai makan, kami kembali ke bilik hotel untuk merahatkan diri. Esok kami akan meneruskan perjalanan hari ketiga kami ke tempat-tempat lain pula di Penang ni. Perbelanjaan kami pada hari ini adalah RM46.40 sahaja tau tidak termasuk shopping. Masuk shopping of course lah lebih RM100. Hee...

Hari ketiga? Nantikan update DN ye. Seeya!
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

8 Blue Komen:

  1. sdapnye ABC tuuuu...da abis pantang ley mkn dak dnor???huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh!! orang tu dah habis pantang ye. bila lah nk g tengok firan's junior ni. hihi...

      Delete
  2. wah..jalan sakan.
    cepat2 sambung cite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err.... Nak sambung tapi... hmm. esok je lah ye wida. hee... :)

      btw, thanks sudi baca. ^_^

      Delete
  3. Teksi pegi taman negara rm4 per pax. Not rm2

    ReplyDelete
  4. ha yang ini baru la dikategorikan sebgai "cuti2 malaysia" .. mmg nampak keenjoyan dia! hahah.. sejuta kali jeles ni!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best & enjoy! dah jeles tu harus lah pegi cuti2 malaysia gak. hee..

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^