4 Days 3 Nights Trip to Penang : Day 3

Psstt! DN sudah hari ketiga di Penang ni. So hari ini nak pergi ke mana ye? Jom ikut DN. Ke mana?


Ke mana lagi kalau bukan Stesen Bas Komtar. Nak tunggu bas Rapid Penang No. 204 untuk ke Penang Hill. Tengok dekat ICIS (Intelligent Commuter Information System) tu, bas No. 204 masih lagi di Jetty so kena lah tunggu. Bila dah bergerak dari Jetty, ICIS akan update berapa minit lagi bas akan sampai dan begitu juga bila dah sampai atau ada apa-apa obstruction. Bagus kan! Memang DN puas hati dengan servis bas Rapid Penang ni.


Ok, sekarang DN sudah berada di dalam bas menuju ke Penang Hill. Tambang bas hanya RM2 dari Komtar ke Penang Hill. Perjalanan kami ke sana agak terganggu kerana jalan sesak dengan kaum Cina yang hendak pergi sembahyang. Takpe lah. Biar lambat, asal selamat. Tak gitu?


Sekarang DN sudah berada di Penang Hill. Tiket berharga RM8 pergi dan balik. Apa yang ada di Penang Hill ni? Hmm... DN rasa takde apa yang menarik sangat pun tapi DN tunjuk juga dengan kalian nanti ye.


Turun je dari Penang Hill, kami kembali ke Komtar dengan harga tiket bas yang sama. Lunch di Komtar sekejap, then kami ambil bas No. 302 ke Batu Maung pula yang berharga RM4. Perjalanan yang dijangka mengambil masa 1jam 30minit ini terganggu apabila bas rosak. Mujur ada sepasang newly wed sedang honeymoon dan nak pergi ke tempat yang sama, so kami kongsi satu teksi je.


Teksi cas kami RM10 (RM2.50 seorang) dan akhirnya kami sampai juga di War Museum yang terletak di Batu Maung. Untuk masuk ke muzium ini perlu bayar RM20 seorang dan juga tambahan RM2 untuk kamera. Masih ada lagi cas berasingan camtu sekarang. Macam-macam kan. Layan je lah... Berjalan-jalan di sini memang macam pergi perang tau. Nak tahu tak? Apa yang ada dalam ni? Hmm.. Macam-macam ada tau dan DN akan update dalam entry berbeza ye. Tunggu... Selesai di War Museum kami ambil teksi untuk kembali ke Komtar berharga RM40 (RM10 seorang). Sampai sahaja di Komtar terus kami balik ke bilik hotel untuk merehatkan diri. Penat wooo...


Selepas dah recharge energy, malamnya kami ambil bas Rapid Penang no. 101 - Teluk Bahang menuju ke Jalan Gurney untuk makan di sini. Tiket bas RM1.40 sahaja. Kalau ada Free Shutter Bas memang kami dah ambil tapi tak lalu pula di sini so ambil lah bas berbayar. Huhu...


Haa... Ini lah kedai pasembur rojak yang kata shuffle2 tu. Pasang lagu hindustan tak ingat punya kuat, then menari sambil potong rojak. Memang terhibur dibuatnya...


Bukan sahaja menghiburkan, rojak ini pun sedap. Orang kata nak ambil rojak ni jangan banyak-banyak, silap-silap mahal harganya so kami ambil berpada-pada. Harga rojak ini RM8 (RM4 seorang). Cukup lah untuk kami makan berdua..


Selain itu kami juga mencuba Char Koay Teow yang dijual di sini. Hmm... Tak sesedap yang kami makan hari sebelumnya. Harganya RM3.50 sahaja.


Selesai makan-makan, kami bersiar-siar di Jalan Gurney menikmati suasana waktu malam. Kami tak lama di sini sebab takut terlepas bas so sekitar 9.30 malam kami meninggalkan Jalan Gurney.


Dalam perjalanan menuju ke stesen bas, sempat lagi kami tangkap gambar. Risau gak bas takde sebenarnya tapi alhamdulillah, selepas lebih kurang 15minit kami menunggu, bas pun sampai. So kami kembali ke hotel.


Hmm... Rasanya malam masih muda so kami ber'coffee' di Segafredo Espresso yang terletak satu building dengan Tune Hotel.com ini. Disebabkan kami menginap di sini, kami telah mendapat diskaun sebanyak 20%. Sambil minum coffee, sambil tengok bola. Terbaik! Habis bola, kembali lah kami ke bilik hotel...

Trip hari ketiga kami menelan perbelanjaan sebanyak RM84.30. Hari keempat? Kami kembali ke LCCT awal pagi so tiada apa aktiviti selain ke Lapangan Terbang Bayan lepas dengan menaiki teksi. 

Total perbelanjaan sepanjang berada di Penang adalah RM184.90 sahaja. Yeay! Destinasi budget DN berjaya. DN bawa RM300 je tau nak ke Penang ni. Siapa kata perlu duit yang banyak untuk pergi bercuti? Yang penting rancang perbelanjaan dan aktiviti dengan sebaiknya. Pasti percutian kita akan berbaloi dan memuaskan. 

Last entry trip DN. Lepas ni DN akan update tempat-tempat yang DN pergi tu ye. Insyaallah... :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

  1. penang best ! 3 tahun duk sana memang rindu dah ni,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila lagi nk turun penang? dah rindu, baik pergi jenguk penang tu. hee..

      Delete
  2. mmg murah...pas ni jalan2 ke terengganu pulak yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah... nanti wida kena bawak jln2 tau. hee... ;)

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^