Battleship


First of all, thanks to Nuffnang for the invitation. 


Pastinya filem ini memang dinanti-nantikan oleh orang ramai. Alhamdulillah DN diberi peluang sekali lagi bersama-sama segelintir Nuffnangers yang terpilih untuk melihat filem ini lebih awal sebelum ditayangkan di seluruh pawagam tanah air Khamis, 12 April 2012. 


Premiere screening Battleship ini telah berlangsung di GSC Mid Valley jam 9.00 malam. Secara ringkas yang boleh DN katakan adalah "Two thumbs up". Jika kalian meminati filem transformers, kalian harus tengok filem ini. Pastinya setiap saat itu berharga untuk dibazirkan. So layankan trailer di bawah ini ye.


Apa yang ingin DN katakan mengenai filem ini...

Segalanya bermula dari chicken burito, 

1. Alex Hopper (Taylor Kitsch) bertemu dan bercinta dengan physical therapist Sam Shane (Brooklyn Decker). Sam Shane merupakan anak kepada Admiral Shane (Liam Neeson) yang merupakan superior abang Alex Hopper.

2. Stone Hopper (Alexander Skarsgard), abang kepada Alex Hopper memarahi tindakannya dikenakan renjatan elektrik oleh pihak polis sehingga menyebabkan Stone Hopper memaksa Alex Hopper menyertai Angkatan Tentera Laut sepertinya.

3. Admiral Shane mempertimbangkan lamaran Alex Hopper untuk mengahwini anaknya.

Kerana ketaksuban untuk berkomunikasi dengan planet lain, bumi telah didatangi oleh makhluk yang tidak diundang. Pesawat makhluk ini telah jatuh di lautan di mana pasukan tentera laut sedang menjalani latihan dan sebuah pesawat lagi tersasar ke Hong Kong yang menyebabkan berlaku banyak kemusnahan. Para pelatih beranggapan mereka masih di dalam misi latihan sehingga apabila kapal USS Sampson di bawah kelolaan Stone Hopper musnah, baru mereka sedar mereka berhadapan dengan sesuatu. Stone Hopper maut dalam petempuran itu dan menyebabkan Alex Hopper terpaksa mengambil alih menjadi kapten kapal USS John Paul Jones. Pelbagai usaha dan strategi telah dirancang untuk memusnahkan makhluk itu dan berkat kerjasama ramai pihak, akhirnya makhluk tersebut berjaya ditewaskan dari menguasai bumi.

DN boleh bagi 5 star untuk filem ini. Apa lagi? Terjah pawagam berhampiran anda! :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

9 Blue Komen:

  1. wohooo zuan ada dpt invitation filem ni, tapi bagi kat kawan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh sgt.. klu x boleh jumpa kan...

      Delete
  2. bestnye.. DN selalu dpt free tiket :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.... reenee pun cuba lah lagi.. :)

      Delete
  3. memang nak tgk sgt Battleship ni DN..hee~

    ReplyDelete
  4. wawawawa..jeles seyh kat korang korang yang dah tgk..aku sabtu ni baru nak gi tgk. huhuuhu

    ReplyDelete
  5. xrugi pun layan cerita nie...

    bro tengok 2x he..23x

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^