Empat Bulan Pertama

Empat bulan pertama... Apa yang kalian dapat dan lakukan? Kalau tanya DN, semuanya ada di dalam organizer DN. DN dan organizer memang tak boleh dipisahkan. Hilang buku ni boleh bikin nangis woo...


Inilah schedule DN bulan Januari. Sila abaikan tulisan cakar ayam tu ye. Hehe... Merujuk kitab DN ni so far DN lapang sebanyak 9 hari. Banyak tu... Mungkis sebab cuti Raya Cina. Sebab tu tak banyak meeting sana sini.


Bulan Februari pula DN lapang sebanyak 5 hari. Cuti Raya Cina dah berlalu kan so masing-masing perlu bekerja keras untuk menyiapkan kerja-kerja yang ditinggalkan. Time ni lah ramai yang kejar DN untuk approve macam-macam.


Bulan Mac pula DN lapang sebanyak 7 hari. Walau hari lapang agak banyak, DN tetap sibuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh di ofis. Banyak sangat keluar, kerja di ofis jadi banyak tertangguh. Masa ni lah nak selesaikan semuanya. Walau tak semuanya boleh selesai, berkurang juga lah dokumen-dokumen, surat-surat dan drawing-drawing atas meja DN tu.


Bulan ini aka April DN lapang sebanyak 2 hari sahaja. 2 hari je? Sobsob... Walaupun bulan April belum habis, schedule DN dah penuh sehingga hujung bulan ye so nak booking DN kena bulan depan dan booking awal tau jika tidak mahu dikecewakan. Kehkeh.. Macam hot DN ni. :p

Terbukti DN dan organizer tak dapat dipisahkan kan. Hee... Ada sesiapa macam DN? Semua kena tulis dalam ni. DN dah sebegini sejak berumur 9 tahun lagi. Masa darjah tiga. Segala homework, aktiviti dan macam-macam lagi DN akan tulis dalam organizer. Kalau DN susun organizer dari DN berumur 9 tahun sampai sekarang mesti dah setinggi DN kan.

 Sikap DN tu terbawa-bawa sehingga kini dan secara jujurnya DN suka dengan apa yang DN lakukan. Kalian bagaimana? Macam mana kalian menguruskan hari-hari kalian? Share dengan DN ye. Nak tahu juga.. :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. bagus la buat mcm ni DN..kita nak ingat semua benda..mmg tak la kan..sbb tu kena catat kat mana2 kan...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe... DN lebih selesa catit di buku dr di dlm phone. masih old school. hee...

      Delete
  2. Dulu dulu rajin jugak menulis.. sekrang dah malas sangat.. Diari yg office bagi pun hanya buat nota bila ade training jer.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh organize time tanpa organizer ok lh tu... :)

      Delete
  3. organize sungguh DN ni..bagus.

    ReplyDelete
  4. penuhnya jadual DN .. fiza ada jugak tulis dlm diary tugasan yg kena buat , tp tk sedisiplin DN la . ada yg tulis , ada yg tak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lh tu... kadang perlu tulis semua ni sbb kita xboleh nk ingat semua perkara.. :)

      Delete
  5. Arisha juga seringkali praktis apa yang sedang sis buat. hehe banyak kebaikannya bila amalkan ini selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... teruskan buat organizer ni supaya perancangan terurus.. :)

      Delete
  6. errrmmm...schedule harian aku tak banyak macam ko DN. plus task tak byk due date. jadi tak perlu rasanya..hheheh..

    tapi ko hari hari meeting. woooaa...stress wooo..

    besa la bos mesti mau dikejar untuk approve macam macam. hekhekhek..

    bos.bos.approve cuti dua minggu boss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lh tu boleh plan sendiri tanpa bantuan organizer...

      meeting dh jd sebahagian dr life DN. xde meeting baru pelik. hehe..

      smpai dah habis office hour or weekend pun cari. apa kes? huhu..

      2minggu? cannot.. cannot.. seminggu boleh.. :p

      Delete
  7. Zaman jd pemimpin pelajar dulu ada la benda nie.. tapi bukan bro yang tuliskan untuk bro :)

    Zaman koje gomen dulu pun ada juga...

    Kalau korang buka.. satu haram xfaham.. bro je yang faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. best lh ada PA... biasanya kita je yg faham apa yg kita tulis... :)

      Delete
  8. sy biasa tulis dlm kelender sebab kalo buku payah sikit..perlukan kelender yg ada ruangan utk tulis info aka benda yg perlu di lakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lh tu... still perlukan sesuatu untuk menulis bagi mengingatkan kita.. :)

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^