Atas jemputan yang DN terima dari Bro Framestone, beberapa minggu yang lepas DN telah menyaksikan pratonton filem "Berani Punya Budak" bertempat di Cathay Cineplex, e@Curve Damansara. Terima kasih diucapkan kepada saudara Bro Framestone atas jemputan ini. Jangan serik ajak DN lagi ye. Hee...
Berbalik kepada filem "Berani Punya Budak", filem ini mengisahkan tentang Pairote (Mike B) dan Tong (Afdlin Shauki) telah ditahan di imigresen Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kumpulan Mafia di Thailand. Semasa sesi soal jawab bersama pihak Interpol, Detektif Azlan (Johan Raja Lawak) dan Detektif Azman (Adlin Aman Ramlie), Tong menceritakan apakah sebenarnya yang berlaku di sana. Pairote yang telah kehilangan kakaknya, berusaha menyelamatkan abang iparnya Tong daripada dibunuh oleh sekumpulan Mafia tersebut. Pairote diberi satu tugasan iaitu perlu mencuri data pelanggan di sebuah syarikat kredit terkemuka, Bank Wealthy yang diselia oleh Lita (Supaksorn Chaimongkol) lalu diserahkan kepada kumpulan Mafia tersebut jika mahu Tong selamat. Apabila berjaya mendapatkan data tersebut dan diserahkan kepada mereka, Tong berjaya diselamatkan tetapi mereka masih diburu oleh pihak Mafia tersebut. Dalam usaha untuk menyelamatkan diri, Pairote dan Tong perlu berlawan dengan mereka sehingga akhirnya Pairote hampir terkorban.
Selanjutnya dan ingin tahu apakah kesudahannya, boleh tonton filem ini ye. Pembikinan filem ini telah diadakan di Bangkok 3 tahun yang lepas, manakala di Malaysia diadakan pada tahun lepas. Merujuk kepada pengarah filem (Afdlin Shauki), filem ini diutamakan untuk pasaran Thailand dahulu, kemudian baru dipasarkan di Malaysia dengan dilakukan alih bahasa. Perbezaan filem di Thailand dan di Malaysia, filem di Thailand merupakan serius movie, iaitu tidak banyak komedi tetapi untuk filem pasaran malaysia, dibuat pembaharuan yang agak ketara untuk melebihkan aksi komedi dan juga sesuaikan pergerakan mulut mengikut bahasa Thai. Skrip memang ada, tetapi hanya 20% sahaja mengikut skrip kerana ingin sesuaikan dengan cerita supaya tidak merapu dan pergerakan mulut yang sesuai. Itulah cabaran yang dihadapi oleh pengarah ini.
CAST LIST
TONG : AFDLIN SHAUKI
B : MIKE B.
LITA : SUPAKSORN CHAIMONGKOL
DETEKTIF AZMAN : ADLIN AMAN RAMLIE
DETEKTIF AZLAN : JOHAN RAJA LAWAK
JOHN : AWIE
ADIK JOHN : NABIL AHMAD
MEAW : SHARIFAH SOFIA
INFORMER : RIEZMAN KHUZAIMI
Pendapat DN tentang cerita ini, memang kelakar dan terhibur kami dengan aksi yang membuatkan kami gelak ketawa di dalam panggung. Pastinya Afdlin Shauki dan komedi tidak dapat dipisahkan. Cuma bila dialih bahasa, cerita ini agak meleret dan sedikit merapu. Tiba-tiba sebut perkara yang tidak berkaitan dengan apa yang berlaku. Selain itu, aksi berlawan itu terlalu lama menyebabkan agak bosan menunggu bila aksi lawan ini hendak berakhir. Alih bahasa itu kebanyakannya adalah menggunakan suara Afdlin Shauki jadi agak kelakar bila perempuan yang sedang beraksi, keluar suara lelaki yang cuba menjadi perempuan. Inginkan cerita yang tidak ada masalah dan hanya untuk gelak ketawa di dalam panggung, cerita ini sesuai untuk anda. Keseluruhannya DN bagi 2.5/5.
Disini DN sertakan informasi dan trailer berkaitan filem "Berani Punya Budak" ini untuk makluman kalian;
Tarikh Tayangan : 26 April 2012
Pengarah : Afdlin Shauki
Penulis skrip : Afdlin Shauki
Nat Nualpant
Penerbit Eksekutif : Dato’ Ismail Abdur Rahman
: Afdlin Shauki
Penerbit : Noradyman Sulaiman
Terbitan : Vision Works & Ismail Holdings
Pelakon : Afdlin Shauki, Awie, Johan Raja Lawak, Nabil, Adlin Aman Ramli, Mike B, Supaksorn Chaimongkol, Riezman Khuzaimi, Sharifah Sofia.
Klasifikasi : 18
Durasi : 145 minit
Promosi & Pengedaran : Alternate Pictures
Fan page : http://www.facebook.com/beranipunyabudak
tgk trailer mcm best je DN..tapi full movie tak tahu la kan...
ReplyDelete> mmg mcm pelik je yg alih bahasa tu...hee~
hmm.. nk release tension dgn gelak2 di panggung ok lh...
Deletepembaharuan yg dibawa oleh Afdlin dalam filem beliau.. :)
kalau nk tgk movie pun nak serius sgt pun tak boleh jugak kan DN..ok la ada filem2 mcm ni...keluar2 panggung pun boleh happy lagi...:D
Deletebetul tu... sekali2 tgk ok tp kalau dh meleret bosan gak...
Deletewwooaaa.....sama data release dengan teh avengers la.tapi mcm lawak je. sume pelawak feveret aku ada dlm ni.
ReplyDeletemmg lawak. suka cite lawak boleh tengok movie ni.. :)
Deletealamak sikitnya bintang.
ReplyDeletehuhuhuhu
hmm... aksi yg meleret menyebabkan kami yg menonton agak bosan. Apapun, afdlin tetap lawak & boleh bg bintang utk lawak tu..
Deletefilem memang meleret...tp komedinya terbaik...afdlin oh afdlin...
ReplyDeletekomedi & afdlin mmg xdapat dipisahkan.. :)
DeletePoster filem mcm ciplak Grand Theft Auto punya je...
ReplyDeletehmm... ada iras tp masih dgn versi tersendiri...
Deletearghhh kak sha dah lama x g movie....kad keahlian MBO dah menang dah! huah3
ReplyDeletelaa.. yeke.. pegi lh tgk movie skali-skala kak... rugi tau
Deletesampai sekarang pun tak tgk cite ni.
ReplyDeletetapi kan, 'budak' pemilik blog ni pun berani jugak.
@Ladfe Amir download je.. hee...
ReplyDeleteBro ajak DN ke tengok cerita nie?
ReplyDelete