Fort Cornwallis Penang


Welcome to Fort Cornwallis Penang! Untuk pengetahuan mereka yang tidak tahu atau belum pernah menjejakkan kaki ke Penang, tempat ini terletak di Padang Kota Lama. Mana letaknya Padang Kota Lama ini, boleh google map Penang ye. (DN malas nak googlekan. Hee... :p)


Dewasa perlu membayar RM2 manakala RM1 untuk kanak-kanak jika mahu masuk ke Fort Cornwallis ini. Tempat ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga jam 7 malam.


Mengikut sejarahnya, Kota Cornwallis berbentuk bintang ini terbina di atas tapak pendaratan Francis Light bersama pengiring-pengiring beliau pada tahun 1786 untuk mengambil alih Pulau Pinang. Pada mulanya kota ini diperbuat dari batang nibung dan tidak lama kemudian diganti dengan batu bata. Bentuk kota ini dapat dilihat pada lukisan-lukisan dan poskad lama yang memperlihatkan benteng dan beberapa buah bangunan di dalamnya. Diantaranya ialah gereja kecil dan gedung peluru yang masih kekal sehingga kini. Kota Cornwallis merupakan satu-satunya contoh kota yang terpelihara dengan baik di Malaysia. Kota ini telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Benda Purba bil. 168/1976 pada 8 September 1977.


Tahukah kalian apakah bangunan ini?


Jom ikut DN jenguk dalam ni.


Penjara kah?


Hee... Bangunan ini bukan penjara. Ia merupakan kawasan simpanan serbuk senjata api. 


Meriam Seri Rambai Ini terletak berhampiran dengan kawasan simpanan serbuk senjata api tersebut.


Kami tak duduk atas meriam ye. Kami duduk sebelah je. Boleh kan.....


Ha... Tak jauh kan... Mesti orang zaman dulu berlari-lari ulang-alik dari tempat simpanan nak ke meriam seri rambai ni. Kenapa dinamakan meriam seri rambai, DN tak tahu pula. Hmm.. Kenapa ye? Ada sesiapa yang tahu?


Dulu-dulu pun ada tangga bertingkat-tingkat camni ke? Ke ini yang baru? Nampak cantik je kan macam baru buat. Err... Yang duduk tu pun cantik apa. Haha... :p


Ok, kami takde pergi tempat kat belakang tu sebab macam jauh je nak ke sana. Belakang kami ini adalah benteng-benteng yang masih kekal sehingga kini.


Fort Cornwallis ini berhampiran dengan pantai dan meriam-meriam tersebut memang dihalakan ke pantai. Ini menunjukkan bahawa mereka berperang antara darat dan laut suatu ketika dulu. Bunyi meriam tu pasti menakutkan semua orang kan. Hmm... Tak dapat nak dibayangkan macam mana suasana perang ketika dulu. Syukur alhamdulillah, kini segalanya sudah berakhir.


Selesai sudah heritage trail untuk hari ini. DN akan sambung lagi nanti ye. Seeya!
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

  1. tak pernah sampai sini lagi la DN...teringin nak pergi tempat2 bersejarah mcm ni..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin2 tengok tiket Air Asia, ada yg murah grab je. boleh heritage trail camni.. :)

      Delete
  2. tak pernah sampai sini lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi lah jalan-jalan penang wida. best! :)

      Delete
  3. hari tu gi penang tak sempat jelajah tempat ni... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki ke penang lagi pergi lah ke tempat2 sejarah ni.. :)

      Delete
  4. tak pernah sampai penang lagi. hukhuk :\

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi lisa! pergi lah penang nanti. best tau.. :)

      Delete
  5. pahang ek? stylo giler pahang ada tmpat mcm tu :D

    ReplyDelete
  6. masa aku sampai padang kota lama ri tu dah petang. pas makan mee sotong sedap kat situ ingat nak masuk la cornwalls ni tapi macam seram je. tak jadi..hihii aku kan penakut. btw DN sgt berani nak masuk tmpt simpanan serbuk meriam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fort cornwallis ni xseseram war museum... perasaan nak tahu tu lg kuat dari seram, sebab tu terjah je...

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^