Penang Butterfly Farm


Hari ini kita bersiar-siar di Penang Butterfly Farm pula ye.


Penang Butterfly Farm dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Untuk masuk ke sini, dewasa perlu membayar RM18.00. Nanti mereka akan bagi notebook dan cerita-cerita tentang rama-rama.


Begini lah susun atur di dalam Penang Butterfly Farm ini. Jom kita follow route yang telah diberi ini.


Masuk je melepasi pintu, dah nampak unggas berbulu-bulu ni. Eeeee.... Geli-geleman dibuatnya. Huhu...


Kemudian, nampak kepompong rama-rama ni. Ada yang besar, kecil, macam-macam warna.. Menarik sungguh. Indahnya ciptaan Allah... :)


Eh, ada buku cerita lah kat sini. Jom kita baca. Ooo... Kisah rama-rama rupanya... Kalian nak baca? Nah, jom baca sama-sama...


Apakah itu rama-rama?
Rama-rama ialah sejenis serangga yang berterbangan. Sayapnya diselaputi oleh sisik kecil yang berwarna-warni. Rama-rama dan kupu-kupu merupakan serangga daripada kategori "Lepidoptera" yang bermaksud "sayap yang bersisik" dalam bahasa Greek.

Kitaran hidup rama-rama
Rama-rama akan melalui proses metamorfosis sempurna yang meliputi 4 peringkat (Telur - Beluncas - Pupa - Rama-rama).

Fakta menarik
Sebelum abad ke-12, rama-rama dipercayai gemar mencuri susu dan mentega, oleh yang demikian mereka menamakan rama-rama sebagai "butter-fly" dalam Bahasa Inggeris.


Di manakah rama-rama betina bertelur?
Ibu rama-rama akan bertelur pada tumbuhan pemakanannya sahaja.

Berapakah bilangan telur yang dapat dihasilkan oleh rama-rama?
Secara puratanya, seekor rama-rama betina dapat menghasilkan 100-300 telur.

Bagaimanakah rama-rama betina bertelur?
Ibu rama-rama menggunakan kakinya untuk merasa tumbuhan tersebut bagi memastikan tumbuhan pemakanan yang dicarinya adalah betul sebelum ia bertelur.


Apakah yang dilakukan oleh beluncas selepas ia menetas?
Selepas menetas sahaja, ia akan makan kulit telurnya.

Bagaimanakah beluncas membesar?
Pada peringkat tumbesaran, beluncas mengamalkan proses penyalinan kulit. Kemudian, ia akan mula makan tumbuhan pemakanannya. Sekumpulan beluncas mampu makan seluruh tumbuhan pemakanannya dalam satu hari. Ini bermaksud lapisan kulit lama akan tertanggal dan kemudiannya diganti dengan lapisan kulit baru yang membenarkan tumbesaran seterusnya. Beluncas akan bersalin kulit sebanyak 5 kali sepanjang tumbesarannya. Selepas penyalinan kulit yang terakhir, kulit luaran pupa akan terbentuk.


Apakah yang terjadi di dalam pupa?
Transformasi yang misteri sedang berlaku di mana beluncas akan bertukar menjadi rama-rama. Sebelum rama-rama menjelma dari pupa, corak sayap dan badan jelas kelihatan dari luar. Semasa penjelmaan, ia akan terhuyung-hayang sehingga kulit pupa terbuka.

Bagaimanakah rama-rama menjelma dari pupa?
Rama-rama akan merangkak keluar dari celah pupa dan mencari ranting pokok yang selamat untuk mengeringkan sayapnya. Selepas beberapa jam kemudian, ia bersedia untuk memulakan aktivitinya.


Tarian mengawan
Misi rama-rama adalah untuk membiak dan menghasilkan generasi seterusnya. Apabila rama-rama jantan menemui temannya dari spesis yang sama, ia akan terbang berdekatan dan mengeluarkan sejenis bau-bauan yang dikenali sebagai "Pheromone". Kemudian si jantan akan menari untuk menarik perhatian si betina. Sekiranya si betina berminat, ia akan turut menari dengan si jantan.

Mengawan
Ketika waktu mengawan, si jantan akan mencantumkan hujung abdomennya dengan si betina sambil menghantar spermanya. Sperma ini kemudiannya akan disimpan dalam karung yang terletak pada hujung abdomen si betina.

Persenyawaan
Persenyawaan hanya berlaku sekiranya telur disalur melalui karung yang mengandungi sperma.


Perbandingan di antara kehidupan manusia dengan kehidupan rama-rama
Istilah kehidupan merangkumi maksud yang luas, sehingga ia mengambil lebih dari seumur hidup seseorang untuk memahami ertinya. Oleh yang demikian, kami ingin berkongsi pandangan kami mengenai erti kehidupan dengan anda.

"Permulaan bagi kehidupan yang baru"
v
"Beluncas membesar" 
v
"Individu membesar"


"Pada peringkat pupa, transformasi terjadi"
v
"Dalam pertengahan kehidupan, transformasi berlaku"
v
"Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan, barulah seseorang itu akan lebih menghayati nilai dan erti sebenar kehidupan"

"Perubahan merupakan hakikat kehidupan, sekiranya anda masih menoleh ke belakang anda akan ketinggalan jauh dalam menuju ke masa hadapan"
- John F.Kennedy


Lepas dah penat berjalan-jalan membaca, berahat sebentar di buaian ini.


Done! Jom sambung jalan-jalan dalam Penang Butterfly Farm ini ye. Apa lagi yang ada di sini?


Wahhh! Uniknya pokok ni.


Ooo... Namanya Native Orchids. Baru DN tahu.


Sedang kami syok berjalan-jalan, jumpa rama-rama sedang menghisap manisan dari nenas ini.


Selain nenas, bunya raya ini juga turut menjadi kegemaran rama-rama.


Dan pelbagai bunga-bungaan lagi.


Patutlah banyak bunga kat sini. Rupa-rupanya rama-rama memang sukakan bunga. Ingat manusia je suka bunga, haiwan pun suka tau.


Eh, apa ni?


Ooo... Ini lah pokok periuk kera rupanya. Selalu tengok kat gambar je. Harini boleh tengok depan-depan. Macam ni rupanya warna pokok periuk kera ni. DN ingatkan warna ungu macam terung tu. Huhu..


Mmmuuuahhh! Alaaa... Kenapa tak bertukar jadi prince ni. Taknak kawan. Sobsob... :(


Tiba-tiba ternampak haiwan ni. Eh, patung ke apa ni? Mula-mula ingat patung tau tapi tiba-tiba bergerak. Hidup lah. Jakun tak pasal-pasal. Iye lah, cantik dan colorful sungguh haiwan ni kan. Rasa macam nak bela satu.


Namanya Mandarin Duck. DN baru tahu. Ish, banyak sungguh DN tak tahu kan. 


Ok, rehat untuk kali kedua pula sebelum meneruskan perjalanan. Bunyi macam jauh je kan padahal kecil je tempat ni cuma kami berhenti dari satu tempat ke tempat lain tu lama.


Haa.. Ini kalau tak tahu tipu lah kan. Tapi yang bestnya, bila kita angguk-angguk, dia ikut tau. Comel je tengok dia ikut apa yang kita buat. Hee...


Iguana ni sendirian dalam balang kaca tu. Mesti sunyi kan.


Lepas dah jalan-jalan di luar, kali ini jalan-jalan di dalam pula. Boleh tengok video, cerita tentang rama-rama dan banyak lagi ada dalam ni.


Ini semua adalah rama-rama yang telah diawetkan. Hmm... Mula-mula ada niat di hati nak beli keychain rama-rama betul yang mereka jual. Tapi bila tengok lama-lama, kesian lah pulak. Terus tak jadi nak beli.


Selesai sudah kita bersiar-siar di dalam Penang Butterfly Park ini. Babai Orni! Eh, lupa nak beritahu. Nama dia Orni tau. Say hi to her. Hee... Ada rezeki kita jumpa lagi nanti. Insyaallah.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. woahhh cantik tmpat tu! zuan suka! nak g laaaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik. pergi lah jika ada peluang.. :)

      Delete
  2. eee.. gelinya tgk pic yg dalam sarung dia tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... bila dh jadi rama-rama xde pula geli nak tengok

      Delete
  3. Replies
    1. mmg comel. DN beli magnet peti ais orni wat kenangan. hee...

      Delete
  4. rm18. berbaloi tak kak DN? tengok kat dalam macam menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanye DN, berbaloi sgt2 sbb dpt benih bunga & pokok tapi xtau nak tanam katne. huhu...

      Delete
  5. Replies
    1. mmg best. nanti dtg penang pulak ye... ;)

      Delete
  6. beza sikit dengan taman rama rama kat kl kan. aku gi penang ari tu tak sampai pun sini. huhuuuhuu...cantik cantik rama rama tu. mandarin duck tu nasib ko tak kidnap.

    syok la katak tu dpt free kiss. bukan prince yg kene sumpah rupany...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg beza dgn taman rama-rama kl. cantik kan mandarin duck tu. first time tengok..

      haha... tu la pasal. bila lah prince DN nak muncul ni. haishh...

      Delete
  7. Tak kan geli dengan bnde berbulu kot huhuhu

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^