Penang Hill


Sekarang DN sudah berada di Penang Hill atau Bukit Bendera. Keretapi Penang Hill sekarang dah bukan macam dulu. Lebih laju dan moden. Jom kita cuba. Nak naik ke Penang Hill ni kena bayar RM8 untuk dua hala.


Tiket sudah di tangan so DN boleh naik keretapi baru ni. Tapi, kenapa kena berdiri? Sebab dalam keretapi ni sangat sesak. Selagi muat, selagi tu diorang nak sumbat. Dengan bau macam-macam, pening DN dibuatnya. Hukhuk..


Selepas perjalanan lebih kurang 5minit, sampai lah kami ke atas. Begini lah pemandangan dari Penang Hill. Keretapi memang laju sehingga tidak sempat menikmati pemandangan dalam perjalanan ke atas. Dalam keretapi sesak dengan orang lagi, macam mana lah nak tengok pemandangan kan. Hmm...


Jom kita jalan-jalan di sini. Tengok apa yang ada...


Cuaca sangat terik semasa kami berada di atas tapi no choice, kami redah juga. 


Tak jauh dari DN berdiri di map ini ada tangga untuk naik ke tempat-tempat dalam map ini. Seperti arrow yang ditunjukkan, mula-mula akan pergi ke Murugan Temple, kemudian melalui taman kanak-kanak ke Masjid Bukit Bendera dan berakhir di Guard House.


Dengan cuaca yang terik dan anak tangga yang tak terkira banyaknya, memang penat ok so kita duduk dulu. Tarik nafas.... Fuhhh...


Ok sekarang kita sudah berada di depan Masjid Bukit Bendera.


Akhir sekali kami di depan Guard House.


Itu sahaja? Ya... ya... Itu sahaja yang kami jumpa di Penang Hill. Hmm... Honestly, tiada apa di Penang Hill ni so kami layan tangkap gambar je lah di sini.


The Owl Museum sudah mula beroperasi tapi kami tak masuk pun. Tak rasa nak masuk lepas dah penat berjalan di bawah terik matahari. Nak masuk ke sini kena bayar tau. Berapa RM DN tak ingat pula so standby je lah duit kalau rasa nak masuk The Owl Museum ni.


Masih terdapat pembinaan di atas ni. DN tak pasti pula nak buat apa sebab takde signage projek kat sini. Nak tahu, kena datang lagi sekali ke sini 3-4 bulan lagi. Dah siap kot nanti.


Selain foodcourt berhampiran dengan The Owl Museum, terdapat David Brown's Restaurant di atas ni. Cuma agak confuse bila tertera at strawberry hill, bukan Penang Hill. Hmm... 


Masa DN datang sini kedai ni masih tutup. DN tak pasti pula pukul berapa kedai ni buka sedangkan matahari dah terpacak atas kepala. Tapi tak tahu lah kalau memang dah buka cuma takde orang yang duduk makan kat atas tu. Entah lah. Whatever...


Bosan.. Takde apa yang menarik atas ni so tak sampai 1jam kami di atas ni, kami turun semula. DN pun tak pasti kenapa bila datang Penang orang mesti tanya, dah pergi Bukit Bendera ke belum. Bila DN dah pergi, takde apa yang menarik pun. Tapi kalau ada yang nak cuba train baru tu boleh lah datang ke Penang Hill ni.


Itu sahaja dan cukup lah DN merasa sekali naik ke Penang Hill ni. Nak datang lagi takde kot unless ada kawan-kawan yang teringin mengidam gila nak naik ke sini pastu nak DN teman. Tolong lah cari orang lain kalau boleh ye. Hee...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. dh mcm naik komuter pulak yer..bersesak-sesak. x best lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe. xde ape pun kt atas tu..

      Delete
  2. i like u ols nyer posing....
    jalan sakan selagi masih single mingle nie kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah kak...
      posing mesti over. haha... :p

      Delete
  3. hihihi..hari tu pun aku gi penang jugak. kat penang hill ni experince pegang ular sawa. hubby aku ambik gambar letak ular kat leher aku kat sebelah sentuh guna satu jari pun dah rasa nak nanges. hahaa

    DN tgh cuti cuti mesia la ni ye..wuwuwu..next pegi mana pasni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak ular sawa masa kt penang hill tu tp xpegang pun. geli! huhu...

      haritu cuti2 m'sia, pastu last week g singapore, pasni nk ke solo pulak :)

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^