Shopping di Singapore


Lalala... Singapore lagi? Dah setiap bulan DN pergi Singapore kan. Hee... Bila naik bas dari JB Sentral, bas akan turun di Queen St ini. Kemudian, perlu berjalan kaki sehingga ke MRT Bugis. Tak jauh pun...


Sengih pula makcik ni sampai sepet mata. Hehe... Sekarang ni DN tengah menunggu MRT di Bugis untuk turun ke Farrer Park.


Dalam MRT station, pastikan ikut semua peraturan ini jika tidak mahu didenda. CCTV memang ada merata-rata so beware.


DN sudah berada di dalam MRT untuk menuju ke Outram Park. Sampai Outram Park, perlu tukar train untuk ke Ferrer Park.


Sampai sahaja ke Ferrer Park, terus berada di City Square Mall. DN tak jalan-jalan dalam ni sebab bukan ada sale pun.


Makanya DN keluar dari City Square Mall ini. 


Luar City Square Mall ini terdapat garden yang sangat cantik dan bersih. 


Inilah salah satu sebab kenapa DN suka ke Singapore. Tempat yang cantik dan bersih. 


Ok, sekarang perlu melintas jalan. Mana DN nak pergi ni? Haaa... DN nak pergi ke Mustafa Centre sebenarnya. Disebalik deretan kedai berbumbung merah ini terletaknya Mustafa Centre. Jom kita melintas jalan.


Hoho! DN sudah berada di Mustafa Centre. Memang besar dan banyak barang dijual di sini dengan harga yang murah. Dalam gambar tu DN berada di floor menjual coklat. Banyak sungguh coklat sampai rambang mata nak beli coklat apa. Huhu...


Coklat lagi...


Coklat-coklat lagi... Ok, pilih apa yang nak makan sahaja ye DN. Jangan membazir. Hee...


Keluar dari Mustafa Centre, hujan ke tadi? Haha... Punya lah seronok jalan dalam tu sampai tak sedar hujan. Mujur kami keluar dah berhenti hujan. Kalau tak, melangut je lah tunggu hujan berhenti. Tak pun, masuk semula Mustafa Centre untuk sambung shopping. Hehe..


Kembali ke Bugis Mall. Eh, ada sale kasut? Harus lah cuba kan... Serius sungguh makcik ni pilih kasut kan.


Memang ramai orang mencuba kasut di sini. $17.00 kan. Siapa yang taknak. Vincci pun ada tau.


Keluar dari Bugis Mall, jalan kaki menuju ke Arab St untuk makan.


Dah sampai Arab St. Mana nak makan ni? Jom kita ke kanopi merah seberang jalan tu...


Kampung Glam Cafe yang menjual pelbagai makanan yang biasa kita makan di Malaysia. DN ke sini untuk makan Nasi Goreng Kampung dan air sirap bandung. Haa... Sama kan menu macam kat Malaysia. Lepas makan, shopping cenderamata sikit, selesailah aktiviti shopping DN di Singapore kali ini. Insyaallah ada rezeki DN akan kembali.

DN ada beli sedikit cenderamata untuk teman bloggers DN tau. Sampai masa nanti DN bagi ye. Hehe... ;)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. jln lagi..hr tu baru cuti2 penang.
    nak hadiah....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara bujang lg wida... dah kawin nanti susah nak jalan camni. betul x? hadiah ada. nanti ye... ;)

      Delete
  2. hee...mesti da puas berjalan ni kan DN...:D

    > wahh..coklat..ezad da tak boleh jumpa coklat...hee~
    > cenderamata..sape yg bertuah akan dpt tu..(^^,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat woo.. balik urut kaki terus. hee...

      sama la kita. pantang jumpa coklat. huhu...

      mana tahu ezad yg bertuah kan. tunggu... ;)

      Delete
  3. teringin nak pergi singaporeee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. plan lah dgn kawan2. mesti best.. :)

      Delete
  4. Gi singapore mampu beli keychain jer,.. hihiihih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lh tu.. ada juga sbg kenangan.. :)

      Delete
  5. salam..
    singgah follow sini :)
    jom follow cik iena jugak(^_~)
    www.ienaeliena.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...
      thank sudi singgah sini.. ^_^

      Delete
  6. untung jadi kak DN, luas pemandangan :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je onie nak jalan2 camni kan... :)

      Delete
  7. Teringin nak pergi singapore. Masih tidak berpeluang. Apatah lagi shopping~

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah peluang itu akan dtg satu hari nanti... :)

      Delete
  8. 'kami' bermaksud...byk maksud tu..heeee
    wel..mana cengkelat dr kota singa

    ReplyDelete
    Replies
    1. err.. kami.. err... :p
      xsempat sampai ofis, dah habis dah. huhu..

      Delete
  9. wahhh jalan sakan ea...:)

    heeee..

    DN sll kerja kat JB ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ira, 2 minggu sekali DN akan turun JB.. :)

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^