Tune Hotels.com Downtown Penang


Tune Hotels.com ini terletak di Jalan Burma, Penang. Di tingkat bawah hotel ini terdapat Segafredo Espresso Cafe dan juga 7eleven. 


Beginilah laluan masuk ke Tune Hotels.com. Hotel ini 24 jam dikawal oleh guard. Rasanya meja ssebelah kiri pintu masuk itu dikongsi oleh guard dan juga taxi counter sebabnya bila lalu siang, orang lain yang duduk, malam guard pula yang duduk. Hmm... Tak kisah lah yang penting security itu ada.


Lobby Tune Hotels.com terletak di level 2.


Keluar dari pintu lif di level 2 dah boleh nampak kaunter register.


Di lobby Tune Hotels.com ini telah disediakan ruang untuk melayari internet berbayar dan juga kerusi urut berbayar.


Selain itu, terdapat ruang menuggu dan berehat yang luas. Ruang ini tidak berbayar ye. Hee...


Apa-apa hal tunjuk IC dulu, baru boleh masuk bilik. Dah dapat access card bilik, jom kita jenguk suasana dalam bilik pula.


Buka-buka pintu bilik, dah nampak katil queen yang empuk ni. Syoknya penat-penat jalan boleh tidur di katil camni kan. Pastu ada cermin besar lagi. Bilik ni memang banyak cermin tau. Selain cermin atas katil, ada cermin panjang dekat dengan pintu masuk. 


Nampak pintu yang ada tulis Tune Hotels.com tu? Itu adalah pintu toilet yang tak boleh dikunci tau. Glass door pulak tu. Risau je kalau ada orang intai. Huhu... Boleh nampak ada aircond dalam bilik tapi aircond ini kena bayar kalau nak guna. Taknak bayar, guna je lah kipas yang ada dalam bilik ni macam kami. Ok, jom tolak pintu glass tu dan tengok apa di dalamnya.


Buka je pintu glass, boleh nampak tandas ni sebelah kanan.


Berdepan dengan pintu adalah bilik mandi yang boleh ditutup dengan glass juga. Haishh... semua nak glass ye.


Sebelah kiri pintu pula terletak basin, cermin dan hair dryer. Hair dryer ni nak guna kena bayar lain tau. Toiletries dan towel memang takde ye. Kena bawa sendiri atau kalau taknak bawa, kena bayar. 

Yayaya... Memang semua benda kena bayar di sini so pandai-pandai lah kalian nak book bilik di Tune Hotels.com ni. Kalau tanya DN, DN memang bawa semua sendiri sebab kulit sensitif dan tak boleh guna sebarangan. Rugi pula kalau hotel bagi pun. 

Sepanjang 4hari 3 malam DN stay disini, DN hanya perlu membayar total penginapan RM185.60 (plus service charge & tax). Agak-agak kalian berbaloi tak? Jika berminat boleh terus ke website Tune Hotels.com ye... Booking awal kalau nak dapat murah tau.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. tune hotel ek, ingatkn tune talk je ada..

    ReplyDelete
  2. murah tu memang murah. tapi, tak best betul kalau nak pakai hair dryer pun kena bayar. baik campur sekali jeh dalam pakej. -_____-

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak camne.. konsep dia sama macam Air Asia. Layan...

      Delete
  3. supportlah tune !!! hehe... follow dnor blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu lah hubby kerja AA.. Kawan2 pun kena support ye. Hee... thanks follow blog DN.. ^_^

      Delete
  4. ingatkan boleh guna free je air cond tu..kena bayar rupanya..hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa boleh buat... xnak bayar, pakai je kipas yg disediakan tu

      Delete
  5. semua kena bayar tmbhan pulak yer..aircond, towel etc.
    tapi hrga tu okey dah kot dgn service yg kita dpt..nak tido je pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah wida... nak service lain, kena bayar lain gak. tp untuk tidur je memang berbaloi harga tu

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^