War Museum Penang


Sekarang kita sudah berada di Muzium Perang (War Museum Penang) yang terletak di Batu Maung, Penang. Tapak Muzium Perang ini merupakan tapak asal semasa peperangan berlaku suatu ketika dahulu. Tiada apa yang diubah selain pembaikan dan masih mengekalkan bangunan asal untuk kita merasai dan menghayati suasana perang seperti zaman dahulu.


Tiket untuk masuk ke War Museum ini berharga RM20. Kalau bawa kamera, kena cas RM2. Haruslah bawa kamera kan so DN kena bayar cas tersebut.


Inilah route dan check point sepanjang kami berada di dalam War Museum ini.


Are you ready? Welcome back to MALAYA! 


Di tapak inilah para parajurit kita berjuang mempertahankan negara sepanjang berlaku peperangan seperti tertera di atas itu.


Rumah pondok ini sudah cukup selesa untuk mereka diami kerana pastinya yang lebih penting adalah memastikan mereka menang dalam setiap peperangan.


Cakkk!


Fuhhh... Penat ok lepas melalui lorong-lorong kegelapan. Nak masuk kena guna torchlight sebab memang gelap sangat-sangat.


Mengah juga kami dibuatnya sebab kurang oksigen dalam tunnel tu.


Sekarang kita sudah sampai ke replika bangunan ini. Rehat jap. Errr... DN tak ingat lah bangunan apa ni. Huhu... 


Lepas dah ambil tenaga sekejap, sambung berjalan semula menuruni bukit menghampiri kawasan pantai untuk ke sini.


Simpanan air buangan yang dialirkan dari beberapa bangunan di atas. Nak turun ke sini ada pagar berduri sebab dikhuatiri masih ada bom yang aktif. Risau je dibuatnya tau. Takde apa dibawah ni, kami naik ke atas semula.


Sampai kita ke terowong empat tingkat pula.


Gayat juga bila tengok dari atas. 


Tidak jauh dari tunnel bertingkat, terdapat pill box yang digunakan untuk memantau keadaan persekitaran. Mana tahu pihak musuh nak serang so dari sini askar kita akan bagi warning pada semua.


Inilah pill box tersebut. Askar yang berada di sini haruslah mempunyai ketinggian lebih 6 kaki.


Bersebelahan dengan pill box tersebut, terdapat kawasan yang besar ini.


Kami tak pasti apakah kegunaannya tapi selesa untuk duduk dan tangkap gambar di sini.


Selain itu terdapat juga ruang-ruang yang sudah tidak berpintu ini.


Rupa-rupanya ini adalah kubu di mana tembak menembak berlaku. Ruang-ruang yang tidak berpintu itu adalah tempat menyimpan senjata.


Juga tempat simpan senjata bawah tanah. Berani masuk dalam ni? DN tengok dari luar je. Hee...


Selesai di kubu dan tempat menyimpan senjata, kami perlu patah balik untuk ke tempat-tempat ini.


Nak ke sana kena naik tangga ye. Fuhh... Senaman betul jalan-jalan kat sini.


Jumpa lagi tempat besar macam tadi. Tempat di mana terdapat dua buah 15 inci "Monster Gun" seberat 100 tan.


Walaubagaimanapun senjata tersebut telah dimusnahkan semasa peperangan dengan pihak Jepun berlaku suatu ketika dulu. 


Tidak jauh dari kubu tersebut boleh dilihat kesan ini.


Dinding yang pecah kesan bom dari pihak lawan. 


Keluar sahaja dari Penang Battery, kami terkejut tiba-tiba ada kubur ini.


Kubur Sgt John Wolf yang terkorban semasa Perang Dunia II pada tahun 1942.


Kena naik tangga lagi.


Sampai lah kami ke sini. Senjata ini digunakan untuk menyerang pihak lawan yang datang dari udara. Besar kan. Mesti berat. Kagum DN seketika.


Lubang tersebut dikenali sebagai anti air-craft pit.


Tidak jauh dari pit tersebut terdapat trench route ini.


Laluan untuk mengelakkan diri dari ditembak dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain. 


Ok, selepas dah merangkak di trench route. kita pergi ke observation post pula.


Inilah tempat observation post.


Bawah tanah ada.


Atas pun ada.


Tidak jauh dari observation post terdapat replika dimana General Tomoyuki Yamashita digantung.


Kerana beliau didapati bersalah. Selesai di atas tu, kami turun semula.


Jumpa lubang ini.


Difahamkan lubang ini digunakan sebagai laluan kecemasan untuk melarikan diri.


Open theatre?


Untuk mengingati mereka yang telah meninggal dunia. Gulp!


Kemudian kami jumpa pula tempat ini.


Pokok yang dijadikan sebagai store room oleh askar-askar kita.


Errr... Ini... Ini... Menakutkan sungguh.


Tempat untuk memenggal kepala pihak musuh barangkali atau mereka yang didapati bersalah.


Guillotine... Lepas bunuh darah buat minum. Gulp!


Disini lah kejadian itu berlaku.


Tidak jauh dari guillotine, sampai kita ke bilik ini.


Alat-alat penyeksaan yang digunakan oleh pihak jepun.


Serius sedih dan kesian tengok gambar-gambar ni. Ada gambar yang dirogol,kemudian ditebuk-tebuk di badan tapi muka kami gembira je dalam ni. Apakah?


Tempat gantung diri. DN yang berjalan-jalan dalam ni memang rasa terseksa tengok semua ni, inikan pula mereka yang berada di zaman peperangan berlaku. Tak mampu nak bayangkan. Huhu... Kita jalan lagi.


Eh? Toilet bucket?


Pakai baldi je tu...


Faham.. Darurat..


Sampai kita ke kuarters tentera.


Ini adalah kuarters asal yang hanya dipelihara oleh mereka. Bukan bina semula tau.


Jap, tangkap gambar dulu. Hee..


Ini mesti kalian tahu kan.


Lokap menenpatkan tentera-tentera yang didapati bersalah. Salah apa? DN tak tahu.


Dekat lokap pun ada tempat untuk duduk-duduk? Confuse tiba-tiba. Hehe...


Dekat lokap ini juga ada tempat masak. Walau berada di dalam lokap, mereka tetap diberi makan ye.


Tempat masak untuk mereka di lokap dan tentera lain berbeza tau.


Mungkin makanan mereka juga berbeza.


Ini pula adalah bilik pegawai tentera.


Segala maklumat tentang perancangan ketenteraan dan sebagainya pasti ada di sini.


Sampai kita ke bilik gelap ini. Apakah bilik ini? 


Terowong asal yang masih kukuh sehingga kini. Jom kita masuk. Apa ada di dalam? Macam-macam tapi kami tidak dibenarkan mengambil gambar dalam ni. Tengok dengan mata sendiri sahaja nampaknya.


Finally, selesai sudah penjelajahan dalam museum war ini. Tengok gambar bunga atas tu untuk menenangkan mata yang dah tengok macam-macam. Memang berperang kami dalam ni. Penat tu. Berjalan, naik tangga, turun tangga, merangkak, lalu lorong-lorong kegelapan, semua ada. Banyak lagi bilik-bilik lain seperti kuarters tentera mengikut bangsa, tempat di mana mereka menyimpan perempuan simpanan dan juga bilik-bilik pegawai tapi nak letak semua gambar di sini jenuh juga. Banyak sangat. Pastinya pengalaman yang tidak akan dapat DN lupakan. 

Mereka yang meminati sejarah dan berminat untuk heritage trail, boleh datang ke sini. Syukur alhamdulillah, kita tidak hidup dalam peperangan lagi.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. mcm seram jer tmpt ni yer..erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seram. rassa macam ada orang folo kat belakang. huhu...

      Delete
  2. Replies
    1. orang merangkak senapang kat bahu, DN merangkak bawak handbag. haha.. :p

      Delete
  3. ada perasaan seram tak? memang bersenam betul kalau singgah sana. tapi, serius nampak best. saya ni pun minat lah gak sejarah. heee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram gak tapi kena kuatkan semangat datang tempat camni. orang yg xkuat, siap demam2 balik dari sini. alhamdulillah, DN takde apa2...

      Delete
  4. seronok jugak dpt tgk tempat2 bersejarah mcm ni kn DN..:D

    > ada berapa banyak tunnel la agaknya kat sana kan...huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe.. baru ada semangat patriotik. hee....

      tunnel byk sgt tapi tak berani nak masuk semua. gelap! huhu..

      Delete
  5. that's why la onie suka penang :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. onie dah pernah sampai sini belum?

      Delete
  6. 1-lady's baju puteh tu nampak chubby
    2-best..walau g penang..tp takde nyer nak g tempat2 mcm ni..nengok gambo sudah lah..
    3-banner pic antu tu....lubang hantu ker? hehee
    4-korang bab posing memang terbaekkk lah
    5-de pic yg de gambo2 org kena seksa tu ..korang happy sbb dlm tu de ekon..sejuk...ehhee..kat luar panas..hangat weyy
    6-tahnih dpt imbas kembali sejarah kita yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuiyoo... banyak sungguh komen akak ye. tq... ^_^

      nanti kita plan coti2 samudra pulak. mesti best! :)

      Delete
  7. fuuhh...aku yang baca ni pun ikut sama penat. huhuhuhu..

    errr aku rasa seram la tempt tu..nape sunyi je. xde orang punggg???

    bagi peminaat sejarah mmg dioran akan enjoy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke... haha. mmg penat.

      mmg xramai org & sunyi. ramai orang balik demam tp alhamdulillah kami xde apa2..

      betul tu. org xminat sejarah pun boleh minat bila pegi tempat camni

      Delete
  8. menarik nye...tetiba rasa teringin nak pegi melawat jugak..terpaksa la buat cuti2 msia ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi? apply cuti utk jalan2 menjejak sejarah. mmg best! :)

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^