Bakso Alex


Sampai sahaja di Solo, makanan pertama yang masuk ke perut DN adalah bakso di Bakso Alex. Bakso Alex terletak di Jalan Gajah Mada, 2 minit perjalanan dari Hotel Ibis Solo. Dimudahkan cerita, keluar dari Hotel Ibis jalan kaki menuju ke Jalan Gajah Mada, turn left, jalan sikit, sampai lah ke kedai Bakso Alex ini. Tak jauh kan nak cari makanan...


Pelbagai jenis bakso terdapat di kedai ini. Bakso Urat, Bakso Halus, Bakso Komplit.... Makanan di sini halal ye. Tak perlu diragui lagi.


DN ambil bakso bihun sahaja dengan teh ais. Rasa memang terbaik lah. Sedap sampai DN tambah satu lagi. Haha... Tembolok kan!


Mereka yang bekerja di sini lengkap berpakaian uniform batik so kita tahu siapa yang pekerja dan siapa yang pengunjung. Faham-faham saja lah, mereka di sini semua cakap jawa so tak boleh nak bezakan. Bila dibezakan dengan pakai uniform begini, senang lah nak tahu. Advantage untuk DN juga sebab DN boleh berbahasa jawa. Mereka tak kekok dengan kehadiran DN... :)


Simple je kan kedai Bakso Alex ini. Kalau kalian nak tahu sepanjang DN berada di sini, kedai Bakso Alex ini lah menjadi tempat DN breakfast setiap hari. Sedap punya pasal sampai dah balik ke Malaysia terngiang lagi rasanya. Silap-silap, ada yang ke Solo lagi sebab nak pekena Bakso Alex ini lagi. Hehe...  Serius sedap so siapa-siapa yang berpeluang ke Solo, jangan lupa singgah di kedai Bakso Alex ini ye.

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. dah lama x mkn bakso! hehe u ni memang pro bab makan2 ni la..hehe tau je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakso kt sini xsesedap kt sana. xtahu lh klu ade bakso yg sedap kt sini. sebelum ke sana kena study dulu makanan apa yg ada.. ;)

      Delete
  2. Nampak sedap.. Take care DN.. ;)

    ReplyDelete
  3. ingat kat malaysia tadi....kat malaysia susah laa nk cari yg sedap kannn....


    hotel ibis...bukan iblis kan...alamak..salah baca da...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt solo ni.. mmg kt malaysia xjumpa lg bakso yg sedap..

      tahu xpe. sepintas lalu macam iblis kan. haha...

      Delete
  4. hahaa..bakso ade yg sedap..de yg tak sedap..bau daging lembun nyer..
    herm.....bakso yg pedas2 n suhun..sedap..
    nak mkn bakso..nak mkn bakso...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mane nk dapat bakso sedap kt sini kak.. klu ade, xde cari smpai solo. hihi..

      Delete
  5. onie bakso tak ley masak paseipa tatau,huhu

    ReplyDelete
  6. sedap kan bakso indon!!! tapi i tak suka teh botol dia.. uhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sangat! teh botol yg free tu ye. sedap je.. hihi..

      Delete
  7. hee...lama tak merasa makan bakso ni..kat sini susah nak cari yg betul2 sedap..kan DN..hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe... bakso kt indon lg kaw rasanya. terbaik!

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^