Inilah hotel yang DN menginap sepanjang berada di Solo. Hotel Ibis Solo. Terletak di Jalan Gajah Mada 23, Solo. Hotel ini terletak di tempat yang sangat strategik kerana mudah untuk ke tempat-tempat makan dan beberapa tempat bersejarah serta 2minit perjalanan ke Jalan Slamet Riyadi. Apa yang ada di Jalan Slamet Riyadi? DN akan bercerita di entry yang selanjutnya ye. Kali ini DN ingin berkongsi tentang hotel yang DN menginap ini.
DN ambil package flight + hotel semasa booking di Air Asia haritu. DN ambil bilik standard room with 1 queen size bed without breakfast. Konon-konon nak merasa makan breakfast di bandar Solo, sebab tu ambil package without breakfast. Amacam? Cantik kan bilik ni. Tak terlalu besar tetapi tetap selesa. Dekat tepi tingkap turut disediakan meja untuk membuat kerja dan pantry.
Di bilik ini turut disediakan tempat letak bag, almari disertakan dengan penyangkut baju serta cermin besar. Bilik yang berkonsep moden ini sangat sesuai dan selesa untuk pengunjung yang tak berapa muda seperti DN ini. Hehe..
Berdepan dengan katil terdapat TV kecil yang sesuai untuk ditonton sambil berbaring. Walaupun kecil, channel TV sangat banyak tau. Tak silap DN ada 50 channel disediakan termasuk channel Astro. DN tengok bola malam tu kat bilik je sebab channel ESPN ada. Best!
Bersebelahan dengan meja terdapat ruang duduk yang simple tetapi sangat menjimatkan ruang yang tidak berapa nak besar ini. Kemas dan menarik susun atur di dalam bilik ini. DN sangat suka. Jom kita jengah ke bilik air pula.
Ruang basin yang kecil dan kemas serta disediakan hair dryer di dalam bilik air.
Juga ruang mandi yang kecil tetapi tetap selesa untuk seorang.
Ok, baru DN tahu handuk itu adalah towels ye. Haha... :p Selesai melihat-lihat di dalam bilik dan letak bag, jom kita melihat-lihat ke ruang menunggu pula.
Cantik kan ruang menunggu ini. Serba-serbi berkonsepkan moden dan terkini. Sangat selesa bila turun sahaja ke bahagian lobby dan melihat suasana yang cantik sebegini.
Berdepan dengan entrance dan ruang menunggu ini, terdapat lobby pendaftaran.
Di sebelah kiri lobby pendaftaran, terdapat lif untuk ke bilik-bilik hotel. DN menginap di tingkat 10.
Bersebelahan dengan entrance terdapat bar ini yang sesuai untuk bersantai sambil berbual-bual dengan rakan-rakan.
Masuk ke dalam tidak jauh dari bar terdapat restaurant yang cantik dan moden. DN tak masuk ke dalam sebab DN tak ambil breakfast di hotel so tengok dari luar sahaja.
Lepas dah penat seharian berjalan-jalan, DN lebih selesa memilih bersantai sambil minum kopi di swimming pool. Hotel Ibis ini bersebelahan dengan Hotel Novotel tau so swimming pool inilah yang menyambungkan kedua-dua hotel ini. DN masih belum menceritakan ke mana DN pergi selepas check-in dan apa yang DN makan. Betul tak? Ok... DN akan ceritakan nanti ye. Seperti biasa, tunggu lagi... Hehe.. :p
Sebelum terlupa, package (flight + hotel) 3 hari 2 malam DN berharga RM 339.87 di mana :-
* Flight = RM166 ( 1 guess 2way RM96 + Airport tax RM32 + Fuel Surcharge RM40)
* Hotel 3days 2 nights = RM 173.87 ( RM86.94 per night)
Murah kan! Tips : Rajin-rajin tengok website Air Asia & murah, terus beli. Jangan tangguh-tangguh. Hehe.. :p
wah wah..nak promote ke ni?
ReplyDeletebuat review utk panduan mereka yg nk ke solo... :)
Deletewahh...murahnya pakej ni DN..bilik pun nampak selesa je...lepas tu boleh bersantai kat swimming pool..best2..:D
ReplyDeletekannnn! so rajin2 lh jenguk air asia ye... ;)
Deletemurah..DN g sorg ke..cpt2 le...dtg jb g uma kami lg
ReplyDeleteaah ila.. g sendiri.. :)
Deleteselalu turun jb tp xberkesempatan nak singgah rumah ila lg. insyaallah, ada masa terluang DN singgah ye...
mcm tu la kalau jd blogger. mana2 pegi asyik nak amik gambar je.
ReplyDeletebukan blogger pun sama je rasanya.. mesti nak ambil gambar untuk kenangan.. :)
DeleteBeautiful hotel and looks so serene and clean.
ReplyDeletebeautiful, comfortable and value for money... :)
Deletewow!!
ReplyDeletenampak menarik...
simple tapi memang nampak selesa...
pandai buat bajet percutiaan..
ehehee
memang menarik & selesa...
Deleteperancangan budget perlu supaya cukup ongkosnya untuk shopping! hee...
lawa gak hotel ni ek...
ReplyDeletebetul tu... lawa dan harga berpatutan.. :)
Deleteyg dah tal SOLO tak leh ek..hahaaaaaa
ReplyDeleteboleh tapi kena g solo lah... haha... :p
DeleteMy Real 스포츠중계 Life
ReplyDelete