Jalan Slamet Riyadi


Lepas dah kenyang makan di  Bakso Alex, DN berjalan-jalan di Jalan Slamet Riyadi. Di Jalan Slamet Riyadi ini terdapat laluan pejalan kaki yang besar untuk pedestrian jadi tak perlu risau kena lintas jalan atau berhadapan dengan kereta lalu lalang.


Di Jalan Slamet Riyadi ini juga turut terdapat beberapa tempat yang boleh dikunjungi. Ini adalah Museum Batik Danar Hadi. Apa yang ada di dalamnya? Dari apa yang DN study mengenai tempat ini, di sini kita boleh lihat bagaimana pembuatan batik dilakukan selain dari melihat hasil tangan kerja batik di museumnya. DN hanya boleh melihat dari luar kerana masa DN sampai ke sini museum sudah tutup. Sobsob... :(


Begitu juga di Museum Radya Pustaka ini yang merupakan museum tertua di Indonesia. Seawal 2.30 petang tempat ini sudah tutup. DN tak tahu apa yang ada di dalam museum ini tetapi dari pembacaan DN, di dalam museum ini terdapat pelbagai jenis arca, wayang kulit, buku-buku kuno dan adat pusaka. Yang pasti, di depan museum ini terdapat patung Rangga Wasita. Siapa itu Rangga Wasita? Beliau merupakan seorang pujangga Keraton Surakarta yang terkenal pada abad ke-19.


Tak dapat masuk museum lagi. Sobsob... Nak buat macam mana, sambung lah perjalanan di Jalan Slamet Riyadi ini.


Jalan punya jalan, sampailah DN ke Taman Sriwedari yang merupakan sebuah tempat rekreasi warga Solo di mana di sini akan berlangsung acara pertunjukan wayang orang berdasarkan cerita Ramayana dan Mahabarata. 


DN dimaklumkan bahasa yang digunakan keseluruhannya bahasa Jawa dalam pertunjukan ini jadi sesiapa yang tidak memahami bahasa Jawa pasti bosan. Advantage untuk DN kerana memahami bahasa Jawa. Hee... Acara ini berlangsung jam 8.30 malam setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Sekali lagi DN tak dapat menyaksikan acara ini kerana DN disini hari Sabtu dan Ahad. Sobsob...


Keluar dari Taman Sriwedari, meneruskan perjalanan di Jalan Slamet Riyadi. Terdapat beberapa stall di jalan ini dan pertama kali DN nampak warung yang menggunakan hamparan tikar sebagai tempat makan. Menarik melihat suasana di sini tapi DN lalu sahaja. Tak terasa nak mencuba makanan di jalanan seperti ini. Huhu...


Bersebelahan dengan Taman Sriwedari terdapat sebuah Stadion R.Maladi Sriwedari Sala yang merupakan salah satu stadium tertua di Indonesia. Dari pembacaan DN, stadium ini merupakan stadium pertama yang dibangunkan oleh bangsa Indonesia. Kebanyakan stadium lain dibangunkan oleh bangsa Belanda. Pastinya bangsa Indonesia berbangga kerana berjaya membangunkan stadium ini sendiri.


Akhirnya DN tiba di Solo Grand Mall. Ada acara di sini tapi DN tak pasti acara apa. Yang DN tahu ada van untuk menderma darah. Di Solo Grand Mall ini sama sahaja seperti Mall di Malaysia. Tiada apa yang menarik perhatian DN di sini.


Meneruskan perjalanan ke Kampoang Batik Laweyan. Di sini juga dapat dilihat bagaimana pembuatan batik dijalankan dan pelbagai jenis batik dijual dengan harga yang berpatutan. DN hanya lalu sahaja kerana acara untuk membeli belah akan berlangsung keesokan harinya. Setelah lebih 1 jam berjalan, tiba lah DN ke Solo Square. Fuhhh... Memang penat berjalan tetapi puas hati sebab dapat berjalan di negara orang seperti ini. Dari Solo Square DN ambil teksi untuk kembali ke Hotel Ibis.


Keesokan harinya, DN agak terkejut melihat Jalan Slamet Riyadi yang sibuk dengan pelbagai kenderaan sibuk pula dengan ramai orang berjalan dan berbasikal. Acara apakah ini? DN bertanya mereka yang sedang berjalan di sini.


Ooo... Setiap hujung minggu dari jam 5 pagi sehingga 9 pagi Jalan Slamet Riyadi akan ditutup untuk semua kenderaan bagi memberi laluan kepada warga Solo beriadah bersama keluarga dengan berjalan kaki atau berbasikal di sepanjang Jalan Slamet Riyadi ini. Wow! Menarik kan.. DN pun join sama tapi sekejap sahaja. Sebab nak cari tempat untuk bersarapan pagi itu. Kebanyakan kedai makan masih belum dibuka walau jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi, makanya DN kembali ke Bakso Alex untuk pekena bakso lagi. Hehe....

Selesai bercerita tentang Jalan Slamet Riyadi dan tempat-tempat di sekitarannya, next entry DN akan sambung cerita lagi. Jumpa lagi nanti... :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

7 Blue Komen:

  1. hmmm x nmpk bnyk tmpt special di sini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak yg dh tutup... xdapat nak pergi... :(

      Delete
  2. setakat jalan2 kat situ je la ye DN..byk tempat yg da tutup..hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe.. kecewa sungguh. saje suruh dtg lg. hehe.. :p

      Delete
  3. Replies
    1. mmg cantik & bersih.. rasa nak pegi lg.. :)

      Delete
  4. bila nak pegi sini lagi? nak kirim.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^