Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Rakyat

 

Beberapa hari yang lepas telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Rakyat sempena lawatan kerja YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 


Penyampaian sumbangan ini telah diadakan di tapak projek Cadangan Pembangunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.


Para tetamu yang hadir telah dibawa menaiki bas UiTM menuju ke site office. Selepas selesai acara di site office nanti, para tetamu akan dibawa melihat-lihat kawasan tapak projek dengan menaiki bas sebelum ke khemah utama.


Tiba sahaja mereka di site office, kami menunggu di pintu masuk untuk mengalu-alukan kehadiran mereka. 


Pihak klien menerangkan serba sedikit berkaitan pembinaan projek UiTM Pasir Gudang sebelum ke bilik mesyuarat untuk sedikit taklimat.


Inilah sebahagian barisan konsultan projek yang terlibat secara langsung dalam menjayakan projek ini. 


Tidak dilupakan sebahagian Resident Architect (RA), Resident Engineer (RE) dan Clerk-of-Work (COW) yang bersama-sama memastikan projek berjalan dengan lancar di tapak bina.


Projek UiTM Pasir Gudang insyaallah akan beroperasi sepenuhnya pada tahun depan. Ada yang akan ditempatkan di sini ke? Sabar ye. Kami berusaha menyiapkan projek ini sebaik mungkin.


Selesai acara di atas, acara di khemah utama iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Rakyat pun bermula.


Itulah serba sedikit mengenai acara yang DN hadiri. Doakan projek ini berjalan dengan lancar dan berjaya disiapkan mengikut tempoh yang diberikan.

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

  1. terima kasih pada bdk2 site yg bertungkus lumus....terutama cd ...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... big clap to all site staff... :)

      Delete
  2. Replies
    1. Haha.... First time masuk site pakai baju kurung batik...

      Delete
  3. Wah... Masuk site gitu... Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kerja kena masuk site sana sini. layan~ :)

      Delete
  4. wah mesti byk preparation yg DN ngan team kena buat utk projek ni
    all the best DN..kim slm kat aweks baju kurung hijau tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. DN xbuat ape pun. menghadirkan diri je... hihi...

      awek baju hijau yg comel tu ye. bisa diatur... haha.. :p

      Delete
  5. assalam...saya nak tanya ada info tentang pelajar2 yang akan ditempatkan disini ke x??? adakah pelajar2 daripada uitm pulau pinang kampus bukit mertajam akan dipindahkan ke sini???

    ReplyDelete
  6. tonyoh mata kejap bila tgk awek pakai baju kurung hijau tu.

    cantik cantik

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^