Pada Jumaat yang lepas DN telah dijemput untuk menikmati burger di Selayang oleh saudara Bro Framestone. Tanpa banyak pertanyaan lebih lanjut, DN bersetuju untuk menghadirkan diri hanya DN memerlukan address untuk ke sana sahaja.
Sampai sahaja di sana, DN terus duduk di kedai dan order air sambil menunggu burger "Selayang Burger Grill" sampai. Maklum sajalah, lapar kan.... Tak sabar nak tunggu burger sampai.
Makanan pertama yang sampai di meja kami adalah Meatball yang berharga RM6 sahaja. Meatball ini adalah home made tau. Memang sedap dan lembut sahaja dagingnya bila dimakan. Brown sos ini juga home made oleh sos chef yang merupakan salah seorang dari tauke di sini.
Ini pula adalah Burger Lapis yang berharga RM13. Burger lapis ini menggunakan daging lembu home made juga. Baru rasa roti sahaja dah lembut dan sedap tau. Bila rasa daging home made ini dengan brown sos + cheese + mayonis.... Fuhhh... Terbaik!
Ini adalah Double Cheese Beef Burger berharga RM13 sahaja. Nampak beef burger ini tebal kan tapi lembut sahaja bila dimakan. Sedap wooo.... Seperti yang diberitahu, daging dan brown sos semuanya home made ye.
Seterusnya adalah Double Chicken Burger berharga RM15. Chicken ini tiada tulang dan di grill sebelum dilapis dengan roti yang lembut, cheese dan sayur-sayuran serta setiap lapis dituang dengan home made brown sos. Kepada mereka yang tidak gemarkan daging lembu, boleh makan burger ayam ini kerana menggunakan ayam sebenar, bukan ayam burger yang biasa kita makan. Sedap juga tau Chicken burger ini.
Burger terakhir yang kami rasa adalah Fish Burger yang berharga RM7. Fish burger ini menggunakan dory fish dilapis dengan sayur, roti dan disimbahi mayonis. Pasti membuka selera sesiapa sahaja yang menikmatinya. DN suka sangat Fish Burger ini tetapi disebabkan terlalu banyak burger dah masuk perut ni, tak larat nak makan keseluruhannya.
Pudding ini hanya didapati pada hari Jumaat sahaja. Jika mahukan sesuatu sebagai pemanis mulut, datang lah pada hari Jumaat. Hari lain, beli burger, dapat burger sahaja ye. Hehe...
Sesuatu yang menarik tentang Selayang Burger Grill ini adalah terdapatnya coupon yang akan dicop setiap kali pembelian burger dibuat. Cukup 5x cop, akan dapat free meatball. Cukup 10x cop, dapat free burger satu. Hoho... Menarik kan!
Perut pun dah kenyang, so masa untuk membuat kerja. Inilah menu yang disediakan di "Selayang Burger Grill" ini. Jom kita interview tauke-tauke kedai ini yang telah menyajikan kami kesemua burger di atas tadi.
Eh, malu-malu pulak nak tangkap gambar tauke ni. Sabar je lah. Hehe....
"Bang, itu ayam kan...", sengaja DN memulakan perbualan bersama mereka.
Abang tauke ini tengah grill ayam dan daging di atas hood. Daging home made yang DN ceritakan awal tadi dibuat sepenuhnya oleh beliau. Hanya beliau sahaja yang tahu recipe ini. Orang lain tak tahu ye. DN tertanya-tanya dari mana brother ini mendapat cetusan idea untuk membuka kedai burger ini, so DN bertanyakan salah seorang dari mereka.
Inspirasi untuk membuka kedai burger ini bermula apabila beliau menetap di luar negara dan susah untuk mendapatkan makanan halal. Kerana kesukaran itu, ibu beliau berusaha membuat makanan sendiri untuk mempelbagaikan makanan mereka sekeluarga. Percubaan demi percubaan, akhirnya ibu beliau berjaya menghasilkan daging burger yang sedap ini dan menurunkan recipe ini kepada beliau. Pastinya recipe ibu memang terbaik kan.... Daripada situlah bermulanya keinginan untuk berkongsi dengan semua home made recipe ini. Maka dengan itu, wujud lah "Selayang Burger Grill" pada 21hb April 2012 yang lalu.
Layan tengok brother ini masak roti dulu... Serius makan roti sahaja pun dah sedap tau. Sebab tu teruja tengok beliau masak roti ini...
Inilah kedai mereka yang terletak di No.1, Jalan SJ6, Taman Selayang Jaya, Batu Caves, Selangor. Landmark kedai ini adalah di belakang Maybank Selayang Jaya dan di depan Old town Selayang.
Lebih tepat lagi "Selayang Burger Grill" ini terletak di Restoran Cawan, Selayang Jaya, Selangor.
Inilah brother-brother yang telah berjaya membuka "Selayang Burger Grill" yang sedap dan sehingga menjilat jari ini. Brother cap biru merupakan sos chef yang menghasilkan brown sos tersebut, brother cap hijau pula menghasilkan home made meatball manakala brother cap merah menghasilkan home made beef dan ayam burger.
Masing-masing mempunyai kepakaran masing-masing kan. Jika kalian ingin merasai sendiri keunikan rasa burger buatan sendiri ini, kalian boleh terjah ke kedai mereka seperti di alamat yang diberitahu tadi; juga seperti informasi di bawah ini :-
Facebook : SelayangBurgerGrill
Twitter : @SlgBurgerGrill
Contact : 019-6276686 @ 012-2850664
![]() |
Kredit picture to Bro Framestone |
So apa lagi? Jom kita menikmati kelazatan "Selayang Burger Grill" ini. Semasa DN berkongsi dengan kalian pengalaman DN merasai burger di sini, rasa sedapnya masik terngiang-ngiang dalam kepala DN tau. Ada juga yang ke Selayang harini semata-mata nak beli burger ni nanti. Hehe.... Memang sedap so jangan lepaskan peluang kalian untuk menikmatinya.
Dari kiri, Boni Zack, Nurul, DN, Bro Framestone dan ketiga-tiga tauke kedai "Selayang Burger Grill". Tiada dalam gambar adalah Iera yang dipaksa mengambil gambar kami. Hee...
Oooo
ReplyDeleteKt Cawan ni pon ada grill burger
Bndr Baru Selayang pon ada satu kat tepi stadium
itu lah... lepas jumpa korang haritu, diorang bawa DN gi makan kat sini rupanya. DN pun baru tahu ada kedai burger kt situ..
Deletetengok pun dah terliur...belum makan lagi...terpaksa la terjah kedai ni nanti suatu hari nanti.. :)
ReplyDeletebetul tu... memang sangat menyelerakan. jom kita terjah sama2... :D
Deletekonsep lebih kurang burger bakar kat wangsa maju jugak.byk burger grill/bakar sekrg ni.dan sume nye dah homemade.tergugat kah ramly burger di pasaran malaysia.sama sama kita nantikan. XD.
ReplyDeletedekat je dr umah aku tmpt ni.
tu la terima kasih sgt kat org org yg like pix kitrg kat lipice ari tu.
cuma burger bakar wangsa maju tu kering, xde brown sos melimpah camni...
Deletedekat dgn rumah? cuba lah. pasti tidak mengecewakan.. :)
sama-sama. DN akan sentiasa support apa yang you all lakukan... ;)
tu la hanie...dkt sgt kan selayang grill burger ni kan...tapi tak pernah terjah lagi....haha~
Deleteapa lagi? buat lh gathering makan burger kt sana. jgn lupa ajak DN ok! Hee... ;)
DeleteNakkkkk memang nampak yummehhh! Wajib try ni nanti =P
ReplyDeletememang yuuuummmm.... yuummmm.... licin kami makan tau. dah cuba sekali, pasti nak lagi nanti.. ^_^
Deletelooks yummy but how do you eat such a thick burger? :D
ReplyDeleteWe are not using our big mouth but we use fork and spoon.. ;D
Deletenyummi .. sedapnya nampak .. kat ofis ni pun ada gerai yg jual grill beger , sedap sgt ! , nk kena cuba nih :)
ReplyDeletecuba lah nanti... pasti tidak mengecewakan... :)
Deletehuh!! mencik! mencik!! pergi tak ajak!!
ReplyDeleteeh, emo pulok dah.... jangan benci2, tak baik untuk kesihatan tau... :D
Deletehaha..patutnya aq yg ckp mcm tu boni...pergi tak ajak aq...haha~
Deleteboni saje xnak ajak. nanti dia xboleh nak makan banyak2.. :p
Deletewah boni n nurul pn ad skali.. :)
ReplyDeletehantu burger xkn tglkn peluang mkn burger ni.. :D
itulah, zuan yang xde. huhu...
Deletehaa.. hantu burger sila datang sini bila dah balik dari arau ye.. :p
tempat ni dekat sangat dengan rumah aq zuan...haha...tapi aq baru tahu selayang grill burger ni baru buka...heee~
Deletenanti bawaklah zuan ke sini ezad.. :)
Deleteinsyaallah...:D
Deletegood! :)
DeleteSedap kan.. teringat plak Burger Ayam dia.. :)
ReplyDeleteitu lh... bila lg nak repeat kan. sedap sampai harini rindu nak makan lagi. huhu...
DeleteYa ampunnn, terliuq. Harus terjah 1 day nieee,..
ReplyDeleteDah depan mata xsempat nak terliur dah. hihi.... jangan lupa terjah! pasti tidak mengecewakan... :)
DeleteBila baca penulisan Deq Noor... Terasa macam nak ajak Deq Noor makan dekat sini lagi la :)
ReplyDeleteSaje lah tu nak gemukkan orang lain. Hee... :p
Deletetgk cheese melimpah yg tak tahan tu...huhu...
Deletetahu xpe.. confirm terliur dibuatnya kan..
Deletesedapnya!!! mesti try ni...
ReplyDeletememang sedap! cuba lah nanti.. :)
DeleteDeq Noor mana ada gemuk la..
ReplyDeleteLain la macam bro nie kan. Memang gemuk
errr... xcakap. bro yang cakap sendiri.. :p
Deleteerk...dekat sangat da dgn tempat ezad ni...huhu...nanti nak terjah la..sbb baru tahu selayang grill burger ni dibuka...hee...
ReplyDeletehaa... dah dekat sgt tu, terjah lah sini. sedap tau... rugi xcuba. dah cuba, pasti nak lagi.. :)
Deletehee...dlm masa terdekat ni akan cuba makan burger ni...tak sabar da ni..hee~
Deleteapa lagi? dengan pantas! :D
Deleteemmm... tgk je da nmpk sedap .. apatah lagi kalo menjamahnye .. insyallah kalo free nk g try la.. thanks DN!!
ReplyDeletesesuatu yg sedap harus dikongsikan bersama.. ^_^
Deleteselamat mencuba! :)
sedpnye
ReplyDeleteMemang sedap... :)
Deleteselayang dkat mna nie...
ReplyDeletemana lagi sedap? yang ini ke atau yang Meru punya Cik DN?
ReplyDelete@Mail Ahmad update terkini sudah bertukar lokasi ke damansara damai...
ReplyDelete@Ladfe Amir hmm.. kedua2nya ada keistimewaan tersendiri...
ReplyDeleteKat selayang jaya masih buka lagi ke....?
ReplyDelete@Anonymous mmaf, sudah tutup... lokasi bertukar ke damansara tak silap DN...
ReplyDeleteyeezy shoes
ReplyDeletejordan retro
balenciaga
jordan shoes
moncler jackets
kyrie 6 shoes
supreme hoodie
yeezy shoes
paul george shoes
nike air max 2019