Museum Keraton Surakarta Hadiningrat

Ya.. Ya.. Ya... DN pun perasan dah lama DN tak update blog. Memang busy sangat-sangat sampai nak rehat pun tak cukup masa tahu. Hari ini DN gagahkan juga untuk meng'update' sikit supaya tak sunyi teratak DN ini.


Masih lagi bercerita di Solo sebab masih belum selesai cerita DN di sana. Kalau ada yang dah bosan untuk mengikutinya, DN minta maaf ye. Apa yang DN kongsikan di sini harap boleh menjadi panduan mereka yang bercadang untuk ke Solo.


Inilah satu-satunya tempat bersejarah yang DN pergi semasa di Solo. Museum Keraton Kasunanan Surakarta Hadiningrat yang terletak tidak jauh dari Pasar Klewer. Untuk masuk ke sini perlu membeli tiket berharga Rp. 10.000. Pak Wisno menjadi peneman setia DN sepanjang berada di sini.


Beginilah suasana di dalam museum ini. Keraton Kasunanan Surakarta Hadiningrat ini merupakan istana jawa yang didirikan pada tahun 1744.


Untuk memasuki keraton ini perlu berkaki ayam jika menggunakan selipar. Mujur DN menggunakan kasut jadi DN tidak perlu berkaki ayam. Ini kerana pasir halus yang diambil dari Gunung Merapi dan Pantai Parangkusumo ini tidak dibenarkan dibawa keluar. Walaupun kami masuk menggunakan kasut, kami perlu mengibas kasut kami sebelum keluar dari kawasan ini.


Inilah pasir yang dimaksudkan DN. Keliling keraton ini memang dipenuhi oleh kawasan berpasir sebelum tiba di istana jawa tersebut.





Beginilah serba serbi suasana istana jawa yang dapat DN kongsikan bersama kalian. Pengunjung tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan ini. Oleh itu hanya dapat tangkap gambar di luar istana sahaja.


Berhadapan dengan istana terdapat ruang lantai yang dibina pada tahun 1782. Ruang ini dikatakan menjadi tempat meditasi raja-raja dan juga berfungsi sebagai menara pertahanan untuk mengawal keliling istana. Selesai berjalan di sini, kita masuk ke museum pula.

















Hihi... Tergelak Pak Wisno tengok gelagat DN tahu. Selesai sudah DN berjalan-jalan melihat apa yang ada di dalam museum ini. Seperti yang kalian dapat lihat, di dalam museum ini kita dapat menyaksikan pelbagai peninggalan Keraton Kasunanan Surakarta dan beberapa fragmen candi yang ditemukan di Jawa Tengah. Koleksinya adalah seperti alat masak abdi dalem, senjata-senjata kuno yang digunakan keluarga kerajaan dan juga peralatan kesenian. Koleksi menarik lain adalah seperti kereta kencana, topi kebesaran Paku Buwana VI, Paku Buwana VII, serta Paku Buwana X.


Inilah DN di pintu masuk ke museum Keraton Surakarta Hadiningrat. Sampai-sampai nak tangkap gambar, ramai orang so dah nak balik baru dapat tangkap gambar di sini.


Selesai sudah... Jom Pak Wisno sambung shopping. Kali ini DN nak ke Pasar Klewer, Kampoang Batik, Pusat Grosir Solo (PGS) dan Beteng Trade Centre (BTC). Banyak lagi kan nak shopping. Haha.... Memang seronok shopping di sini tau.

Lepas ni DN nak share tempat makan DN di sini. Tunggu..... ;)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

8 Blue Komen:

  1. sonok nye jalan2....p negera org :D

    insyaAllah sy pon akan ke negara org wat kali pertama tklama lg...insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok...

      yeayy!! selamat berjalan2 ke negara orang nanti... share tau... :)

      Delete
  2. paling suka baca entry makan2 n shopping...hehe
    cepat2..update

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi! ni mesti suka jalan2 cari makan kan. sabaq no.... will be continued.. ;D

      Delete
  3. macam seram je istana keraton tu. tapi kan dgr cerita wanita keraton sume lawa lawa. diorang punya adat dan rawatan tradisional mmg ketat dan mujarab sbb pakai herba herba. sayang xdpt masuk istana tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lh.... xtau nape xkasi masuk. mungkin sgt berharga barang2 dlm tu. tengok je lh dr luar walaupun xnampak....

      Delete
  4. apasal patung raja lelaki tu lagi seksi dari patung ratu ye...

    nak tunjuk badan tegap kot

    ReplyDelete
  5. @Ladfe Amir maybe... jd org2 dulu kena badan tegap lah kan...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^