Alololo... Comelnya motor vespa kuning ni. Hantar delivery pakai motor vespa, tak ada lagi kat Malaysia ni. Hihi.... DN rasa motor ini sebagai penyambut tetamu je kat depan kedai. Tak bergerak kot.
Malam terakhir DN di Solo, DN makan di O-Solo-Mio Galeria & Ristorante. Restoran ini terletak di Jalan Slamet Riyadi, tak sampai 5 minit berjalan dari Hotel Ibis. Tak jauh kan. Sepanjang DN di Solo memang DN berjalan kaki je nak makan kat mana-mana. Memang best dan mudah.
Inilah special menu untuk bulan April. Depan pintu sebelum masuk ke dalam diletaknya menu special ini. Hmmm.... Menarik... Kita masuk dulu ke dalam sebelum order makanan ye...
Amacam? Cantik kan.... Tempat yang sesuai untuk ber'dating' ni. Romantik je suasana.
Terdapat juga ruang yang lebih santai untuk mereka yang tidak mahu menikmati heavy dinner. DN? Mesti lah nak makan banyak-banyak. Lapar ni lepas seharian bershopping. Hehe...
DN terus lagi ke belakang kedai dan rupanya banyak lagi tempat yang boleh diduduki.
Ruang ini lebih casual dan tidak sejuk seperti di dalam kerana pasang kipas sahaja. Haruslah DN memilih untuk duduk di sini kan... Lepas duduk, DN order makanan special menu bulan April tu tapi dengan sedikit perubahan.
Fuiyooo! Berapi-api terbang diorang ni masak. Terhibur gak boleh tengok mereka masak secara life camni.
Sementara tunggu makanan sampai, DN dihidangkan dengan keropok ini. Apa entah namanya. Free je keropok ini tau sebab bila DN tengok bil takde pun cas tambahan yang dikenakan.
Ini adalah appetizer, Nicoise Salad. DN memang suka makan sayur-sayur ni so memang habis licin lah DN makan.
Lepas tu DN memilih my favorite drink ever, vanila milk shake. Rasa sama je macam biasa DN minum.
Ini pula adalah fettucini verde carbonara. Warna hijau? Haha... Mula-mula sampai terkejut juga tapi waitress beritahu DN, fettucini ini mereka buat sendiri, sebab tu berbeza dari fettucini biasa dijual di kedai. Oooo.... Ok. Rasanya... Hmmm... ok, cuma muak sikit. Fettucini agak tebal dan bila dicampur dengan creamy carbonara memang cepat muak lah. DN tak habis makan makanan ni.
Last sekali adalah desert blueberry cheese cake. Cake ini sedap dan kurang manis. DN suka. Air dah manis kan so dapat sesuatu yang kurang manis memang habis DN makan tau. Keseluruhan DN makan berharga Rp. 160.000. Berapa dalam RM tu? Lebih kurang dalam RM50. Ok lah kan....
Hmm... Dah habis rasanya cerita pasal Solo ni. Tak tahu nak cerita apa dah. Hehe.... Lepas ni nak ke mana pula ye. Any idea? ;)
DN..mehlah cuti2 trgnu pulak.gi pulau ker
ReplyDeleteala... nanti g ganu kena masuk ofis sane. tu yg xmo tu. huhu......
DeleteCantik & kemas jer restoran ni..
ReplyDeletekannn... memang selesa..
Deletewah macam seronok ke. DN ni melancong makanan je nampaknya.ehehhe..tapi err DN, menu april tu aku ada nampak 'wine'?
ReplyDeletefettucini verde carbonara nampak menyelerakan tp mmg muak sbb aku tgk byk giler. huh..kalau spaghetti ok kot kan.
ooo... yg bawah tu wine promo bulan april. kedai ni ada serve wine...
Deletetahu xpe. dah lah sebelum tu makan nicoise salad dulu. mana xkenyang kan...
RM50 deq noor sorang je makan... wowww....!!!
ReplyDeleteErm bro macam minggu depan nak ke indonesia selama seminggu... boleh cadangkan berapa banyak duit yang patut bro bawa
ala... bukan selalu spend makan utk diri sendiri harga camtu... :)
Deleteseminggu tu.. lamanya! bawak RM1k (Rp3juta++) pun dah cukup kalau setakat utk makan & shopping je....
aku sgt suka entry yg ade cite psl mknan! haha nice entry beb..sgt berinfo..dgn adenye gambo mmg senang nak tau camne rupe..kopok tu pun nmpk sdap..aku kalau salad neh mmg lemah skit hoho
ReplyDeleteooo... ini kes xmakan sayur la ni ye. rugi wooo...
Delete