Sari Bundo ~ Masakan Padang


Hari pertama DN di Solo, DN dinner di kedai Sari Bundo (SB) yang terletak di Jalan Gajah Mada. Tak sampai 2 minit perjalanan dari tempat penginapan DN.Senang cerita, seberang jalan je. Dekat kan...


Ingat McDonald je ada delivery. Sari Bundo Masakan Padang ni pun ada delivery juga tau. Tahu ada delivery, DN call je suruh hantar ke bilik hotel tapi xbest pulak tak dapat rasa suasana makan di kedai ni. Hmmm... Jom kita jengah ke dalam kedai.



Wow! Ramai juga orang makan di sini ye. Mesti sedap. Tempat pun ber'aircond' dan ada free wifi. Pastu ada TV pasang bola lagi. Terbaiklah!


Inilah menu makanan yang terdapat di Sari Bundo ini. Banyak kan... Macam mana nak pilih lauk ni ye. Hmmm...


Alamak! Banyaknya lauk yang dihantar. DN tak order pun lagi. Harus lah DN tak mampu nak habiskan semua ni kan so DN makan lauk yang DN rasa nak makan je. DN pilih 3 jenis lauk dari semua yang mereka letak depan DN ni. Nyum-nyum.... Sedap wooo.... Memang puas hati. Alhamdulillah, lepas dah kenyang panggil lah waiter untuk kira. Rupanya dia kira lauk yang dimakan sahaja. Ooo... Camtu rupanya. Ok, dah tahu. Next time ada rezeki ke Solo lagi DN dah tahu macam mana nak makan di Sari Bundo ~ Masakan Padang ini.

Dah kenyang, kembali ke hotel dan pergi meng'spa'kan diri di spa yang terletak bersebelahan dengan Hotel Ibis. DN tak ada ambil gambar di spa sebab sampai je terus masuk. Rugi sungguh kan. Insyaallah ada rezeki ke Solo lagi DN pastikan gambar spa tu DN tangkap. Hee....

To be continue...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. kalau first time dtg sana tetiba dia hantar lauk mcm tu terkejut jugak ni DN...oh..dia kira mcm tu rupanya ye..hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg terkejut masa diorg hantar tu tp buat2 cool sbb tengok meja org lain pun penuh. hihi...

      Delete
  2. hahaha lawak pulak baca entri nih..
    kalau benda yg sama jadi kat diera, mahu terjojol mate keluar..
    hahaha :)
    nasib baik deqnoor tak rasa semua..kalau tak, menangis lah time nak bayar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe... mujur berhemah sikit masa makan tu. kalau tak memang nayo. hee...

      Delete
  3. Wah makanan dia nampak sedappp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap nurul... rasa nak pergi lagi...

      Delete
  4. Replies
    1. masakan jawa ke? bukan kot... jawa nasi ambeng. ntah lah. hihi... nasi padang ni memang glamor kt indon...

      Delete
  5. lepas dah makan tu macam mane diorang kira? kira mana yang makan? mahal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorg kira apa yg kita makan je. xmahal pun.... lepas tu lauk yg kita xmakan xtahu dia buat ape. hee...

      Delete
    2. love nasi padang...mana2 nasi padang mmg mcm tu...dia akan kira apa lauk yg kita sentuh je...tapi best sbb byk pilihan...paling rindu kalau nasi padang ni, rindu kat sambal hijau dia tu...tu yg buat selera sgt mkn...

      Delete
    3. betul3x! sambal hijau dia... memang sedap. tetiba rindu terus nak cari nasi padang... :D

      Delete
  6. wawawawaw..byk nya lauk. sedap tak masakan padang ni.dgr kata sume tmpt mkn kat sana serve cenggitu.kite pilih lauk yg kite nak makan je.

    masa nak masuk spa tak ambik gamabr, masa kuar spa tak ambik gambar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak sampai xtahu nak makan mana satu. masakan padang memang serve camni rupanya... dah cuba baru tahu.. :)

      tahu xpe... xteringat langsung. masuk terus masuk, keluar terus balik bilik hotel.. :D

      Delete
  7. alaa..gambar kecik sangat..tak berapa nampak..

    nak tegur skit.... comment moderation melambatkan proses mengomen

    p/s : dah email? umm,saya blom terima email tu..ble resend tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade comment moderation lg ye? sori, mungkin DN tak alert. rasa dah tukar haritu. thanks inform.. DN cek semula :)

      dh email.. dah dapat your reply. tq... ^_^

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^