Shopping di Solo


Solo memang terkenal dengan batik ye. Pergi mana-mana mesti nampak ramai yang pakai batik. Peniaga kedai makan, pemandu teksi, pekerja hotel dan ramai lagi. Pendek kata pakaian batik ini sudah menjadi pakaian rutin mereka. 


Apa lagi, shopping la DN. Hihi.... Batik.. Batik.. Batik... Murah pulak tu.


Masuk dari satu kedai, ke kedai lain... Dari satu jenis batik, ke jenis-jenis batik yang lain...


Tengok tu? Macam-macam ada...


Memang rambang mata dibuatnya kan.


Ini salah satu kedai yang DN pergi. DN sewa satu teksi dan dibawanya DN merata-rata kedai sekitar Solo ni. Memang best...


Dah penat jalan dari satu kedai ke kedai yang lain, minum teh botol ni dulu. Free je ye so minum lah berapa banyak botol pun yang nak minum. Jangan risau, sepanjang DN di sini, toilet mana-mana kedai memang bersih. Sebab tu nak minum berbotol-botol pun tak kisah.


Dari pagi sampai petang DN berjalan untuk shopping je tau. Haha... Memang puas hati dan alhamdulillah DN dapat Pak Wisno yang baik hati bawa DN dari satu tempat ke tempat lain, tolong jagakan barang-barang yang DN beli dan sanggup tunggu DN bershopping. Sampai kena beli extra bag untuk isi semua barang-barang ni tau. 

Dah penat shopping, Pak Wisno hantar DN kembali ke hotel. Ehem2... Ada ke present untuk kalian? Insyaallah ada untuk mereka yang bertuah. Nanti sampai masa DN beritahu ye... ;)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

3 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^