Hi dearie, DN dah kembali dari bercuti di Solo. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik sepanjang DN di sana. Untuk beberapa entry di sini akan DN berkongsi dengan kalian pengalaman sepanjang DN di sana so siapa yang sudi membaca, terima kasih DN ucapkan...
Pagi Sabtu yang lepas housemate menghantar DN ke LCCT airport.
Sampai di LCCT, hmmm... masih awal. Disebabkan DN sudah web check-in dan tiada luggage nak check-in, DN layan breakfast di Theobrama Chocolate Lounge dahulu.
Lepas dah breakfast, masuk lah DN ke ruang menunggu bagi menunggu flight AK 1336 ke Solo City di Gate T9. Sekitar jam 10.00 pagi, DN dibenarkan menaiki pesawat. Walaupun dapat menaiki pesawat awal, take off tetap lambat sebab kena beratur. Banyak lagi flight lain nak take off sama. Ingat kat jalan raya je jam, naik flight pun jam sekarang. Hihi...
Perjalanan KL-Solo mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Kena ingat, waktu di Solo berbeza dengan Malaysia selama 1 jam tau. Contohnya seperti di gambar yang DN ambil pukul 11.24 pagi, di Solo baru jam 10.24 pagi. Sebelum tiba di airport, kami diberi borang ini di dalam flight untuk diisi. Senang nanti, bila turun, terus sahaja ke imigresen. Tak perlu nak bersesak-sesak tulis di aiport nanti.
Jam 12.41 DN selamat mendarat di Adi Sumarmo Airport. Sepatutnya DN tiba jam 11.50 pagi, tapi DN tiba lewat satu jam dari sepatutnya. Dah lah sampai lewat sejam, di imigresen juga lambat sebab hanya 2 kaunter antarabangsa sahaja yang buka. Penuh orang sampai lepas 1jam menunggu baru DN dapat keluar dari imigresen. Mujur sehari sebelum DN ke Solo, DN dah call hotel tempat DN menginap untuk ambil DN di airport (Bandara) so DN cuma perlu tengok sepanduk orang pegang nama DN sahaja bila keluar dari imigresen tu.
Alhamdulillah, DN sudah berada di bandar Solo. Masa ini DN dalam perjalanan menuju ke hotel tempat DN menginap di Jalan Gajah Mada. Selepas lebih kurang 30minit perjalanan, sampai lah DN ke tempat dituju.
DN menginap di Hotel Ibis Solo. Bila sampai di hotel, baru DN tahu servis ambil DN di Bandara tadi free of charge je. Haha.. Terbaik lah! Lepas dah check-in dan letak bag, DN mencari tempat untuk menjamu selera berhampiran dengan hotel tempat DN menginap ini.
Selanjutnya, DN akan ceritakan di entry yang seterusnya ye. Tunggu.... ;)
best nyer boleh jalan jalan dan melancong...
ReplyDeleteawak pun boleh je nak jalan-jalan melancong macam DN kan.. :)
Deletechocolate drink! YUMM!!!
ReplyDeletesedap... nyum! :D
DeleteWah g holiday... Jangan lupa ole2.. hehehe ;)
ReplyDeletesaje merehatkan diri... ada ole-ole utk mereka yg bertuah. tunggu... ;)
Deletewahh....bestnya jalan2...tak pernah lagi keluar dari Malaysia ni...hee~
ReplyDeleteada rezeki jalan2 pergi tengok negara orang tau. memang best.. :)
Deletezuan xpaham langsung prosedur naik kapal terbang ni..huhu lookin forward to read next entry :D
ReplyDeletexpe.. ada peluang nanti boleh experience prosedur naik flight camne. xsusah pun.. :)
Deletebtw, thanks sudi membaca.. ^_^
Free ek.. awat mata bro nampak macam Iblis ke berbanding dengan Ibis?
ReplyDeleteerm pelik pelik
@Bro Framestone haha... itu yg kena baca betul2. kalau x, mmg salah baca
ReplyDeletebila lagi nak pegi ke Solo Cik DN?
ReplyDelete