![]() |
Mika dok puas hati? Mari... |
Filem ini mengisahkan tentang Afik (Zizan Raja Lawak) mengalami trauma setelah berlaku kemalangan maut di hadapan mata melibatkan adik angkatnya. Disebabkan trauma ini, Afik telah dimasukkan ke hospital bahagia selama seminggu. Perkara ini menambah lagi tekanan pada Afik sehingga menyebabkan beliau akan melenting apabila perkataan 'Baik Giler' ditujukan padanya. Bagi Afik, perkataan tersebut adalah ejekan dan sindiran padanya yang baru sahaja keluar dari hospital mental.
Afik menjalani kehidupan seperti biasa selepas itu dengan sentiasa menghabiskan banyak masa dengan teman baiknya, Yap (Justin Choo). Dalam pada mereka berdua keluar bersama, mereka telah menyelamatkan Pak Pejol (Tamrin Ibrahim Pendek) dari disamun. Selepas insiden tersebut, Afik bertemu dengan anak Pak Pejol, Suraya (Farawahida) dan akhirnya mereka telah menjalin cinta.
Bukan mudah untuk Afik menjalani kehidupan biasanya. Afik perlu berhadapan dengan Kimi (Awie) yang berdendam dengannya apabila beliau diterima bekerja semula. Kimi sangat tidak berpuas hati dengan Afik. Beliau telah berpakat dengan Joe (Esma Daniel) dan kekasihnya Diana (Siti Fazurina) untuk menjatuhkan Afik. Apa yang berlaku selanjutnya? Boleh terus ke pawagam berhampiran.
Kekasih dan sahabat menjadi teman setia... |
Watak-watak yang terlibat di dalam filem ini seperti berikut :-
Zizan Raja Lawak : Afik
Farawahida : Suraya
Awie : Kimi
Sharifah Shahirah : Pn. Hasniza
Abon : Tok Mat
Justin Choo : Yap
Kencana Dewi : Diva
Esma Danial : Joe
Siti Fazurina : Diana
Tamrin Ibrahim Pendek : Pak Pejol
Kamarool Hj Yusoff : Pak Man
Ibu (Sharifah Shahirah) dan bapa (Abon) Afik... |
Pendapat DN tentang filem ini adalah percubaan yang sangat berani dari mereka yang pertama kali mencuba bidang perfileman dan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Scene yang terdapat didalamnya kebanyakannya tiada motif yang jelas dan terlalu banyak watak pelakon yang tidak diperlukan. Jika scene tersebut tiada, ia tetap tidak menjejaskan jalan cerita kerana mesej sepatutnya jelas, tidak perlu meleret sehingga penonton bosan untuk mengikuti setiap babak tersebut. Genre komedi sepatutnya lebih membuatkan penonton banyak gelak ketawa tetapi genre tersebut tidak sampai ke penonton sepenuhnya. Buat Farawahida, tahniah kerana melebarkan cabang seni ke layar perak. Cuba perbaiki lakonan dengan tidak menggunakan ayat skrip kerana percakapan nampak kekok dan tidak bersahaja. DN cuma boleh bagi 2/5 untuk filem ini. Teruskan berkarya dengan kreatif dan terima komen penonton secara positif untuk memperbaiki seterusnya berani mengetengahkan karya yang lebih baik.
Peminat tegar Zizan Raja Lawak? Saksikan trailer di atas dan terjah di pawagam berhampiran 28 Jun 2012 ini.
ps : Thanks Bro Framestone atas jemputan ini
macam syiok jak :D
ReplyDeleteMinat Zizan ye.... :)
Deletezizang ?ofkos lah :P
Deletenampak macam rugi je pergi tgk wayang.. nampak seolah2 drama kat tb je..hehehe
ReplyDeletepercubaan pertama mereka.. sebab itu banyak lagi yang perlu diperbaiki.. :)
DeleteBosan... Cuma ade zizan jer yg best..
ReplyDeletepeminat tegar zizan memang begitu. hee...
Deletehurrmm...tgu kuar youtube.hahahahha....
ReplyDeletekalau free aku pegi tgk.#tak support langung.. (=.=)'
sbb aku ni bekira kalau nak spend duit.kene pastikan movie tu betul betul berbaloi tgk baru pegi tgk kat panggung.
xpe. pilihan di tangan penonton. penonton berhak untuk memilih. xbegitu hanie? ;)
Deletepandora jewelry
ReplyDeletecoach outlet online
adidas nmd r1
coach factory outlet online
swarovski crystals
mont blanc pens
cheap jerseys
true religion jeans
christian louboutin
birkenstocks
170517yueqin