Filem MIG : Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS)

 Metrowealth (MIG) telah berjaya menerbitkan sabuah filem ke-61 bergenre romantik komedi yang bertajuk "Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S)". Filem ini diarahkan oleh saudara Ahmad Rusli Khadri (Ollynn) dan dibintangi oleh barisan pelakon baru dan lama seperti Aeril Zafrel, Nuremy Ramli, Fezrul Khan, Kamal faridz, Mon Ryanti, Elmy Moin, Shima Anuar dan ramai lagi. Filem ini telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Banting. Secara rasmi filem ini akan berada di pawagam pada 21 Jun 2012 ini.

Siapakah dihatinya? Cinta sejenis atau berlainan?

HACKS mengisahkan tentang seorang gadis, Murni (Nuremy Ramli) yang dalam usaha untuk mencari cinta sejati dari seorang lelaki. Murni sudah mempunyai pasangan cinta platoniknya, Mukhlis (Aeril Zafrel) di mana perhubungan ini dibina atas jalinan kasih sayang tanpa sebarang tarikan seksual. Mukhlis dan sahabat baik Murni, Stacy (Mon Ryanti) telah berpakat untuk mencari cinta sejati Murni dengan meletakkan profile Murni di dalam laman sesawang "Meet Soulmate". Kerana kesungguhan mereka, Murni turutkan sahaja dan akhirnya bertemu dengan Iqwal (Fezrul Khan).

Cinta platonik...

Hakikat sebenarnya adalah Murni menyimpan perasaan terhadap Mukhlis kerana bagi dirinya hanya Mukhlis sahaja yang memahami kehendak dan isi hatinya. Tetapi, Murni menerima seadanya diri Mukhlis yang homoseksual dan sedang bercinta dengan Ayim (Helmy Moin). Tanpa pengetahuan Murni, Mukhlis bukan seorang homoseksual dan juga turut menyimpan perasaan cinta terhadap Murni. Mukhlis cuba memberi yang terbaik untuk kebahagiaan Murni sehingga sanggup menemukan Murni dengan Iqwal sedangkan hatinya sendiri tidak merelakannya. 

Antara dua, siapa menjadi pilihan hati?

Selepas beberapa pertemuan, Murni akhirnya telah jatuh hati dengan Iqwal. Sepanjang perhubungan Murni dan Iqwal ini, terdapat pelbagai pergolakan sehingga menyebabkan terbongkar segala rahsia dan isi hati yang terpendam. Murni menjadi tersepit dalam dua persimpangan antara dua insan yang dicintainya. Siapakah yang menjadi pilihan Murni? Saksikan HACKS di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui kesudahannya.

Mengapa mereka bersedih hati?
Pelakon-pelakon yang terlibat :-

Aeril Zafrel     sebagai     Mukhlis
Nuremy Ramli     sebagai     Murni
Fezrul Khan     sebagai     Iqwal
Shima Anuar     sebagai     Zizi
Elmy Moin     sebagai     Ayim
Mon Ryanti     sebagai     Stacy
Kamal Faridz     sebagai     Felix
Sally     sebagai     Jannah
Annabella Sophia     sebagai     Angie
CT Chubby     sebagai     Receptionist

Saksikan trailer di bawah untuk lebih menghayati filem HACKS ini.


Pendapat DN, cerita HACKS ini memang menarik untuk ditonton kerana setiap watak yang dibawa dan jalan cerita memang sesuai dengan genre ini. Kalian yang menontonnya pasti tidak kering gusi dengan watak yang dibawakan oleh mereka. Juga dalam masa yang sama terselit unsur-unsur kesedihan dan romantik di dalam filem ini. Mereka berjaya membawa kita menyelami pelbagai jenis perasaan di dalam filem ini. Secara keseluruhannya, DN boleh berikan 4/5 untuk filem genre ini. Syabas!

Saksikan di Pawagam 21 Jun 2012 ini!
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. Memang best citer nyer, cuma ada ke realiti kawan baik tapi berpeluk bagai eh :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada & it's happen around me cuma istilah kawan baik antara lelaki & perempuan sukar diterima oleh kebanyakan orang kan....

      Delete
  2. bunyi mcm kisah cinta romantik~ hehe zuan skrng jarang tgk movie la dn :(

    cane u dpt free pass filem melayu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... romantik ada, komedi ada, sedih ada.... xpe, dh siap final projek boleh tengok movie puas2 ye...

      biasanya Bro Framestone offer sebab dia selalu dapat extra seats. Thanks to Bro Framestone sebab xserik ajak DN lg.. :)

      Delete
    2. huhu klu nak tgu projek siap, memang october or november la baru siap..huhu :)

      Delete
    3. xpe... time tu nk tengok hari2 pun xpe kan. sabar ye...

      Delete
  3. Replies
    1. Memang best Nurul... Tengok lah nanti.. :)

      Delete
  4. Ada part dalam cerita nie yang mendalam pada diri bro :)

    ReplyDelete
  5. jalan citer ni lebih kurang macam citer Heart

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.. xpernah tgk cite heart. nanti DN tengok ye...

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^