Menentukan saiz Alatubah Arus (CTs)


Terima kasih kepada insan yang sudi bertanyakan DN. Disini DN sekadar ingin berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini dengan insan yang bertanya, dan seterusnya dapat membantu mereka yang mempunyai masalah yang sama. Harap jawapan dari persoalan ini dapat membantu anda.


DN ambil contoh dari salah satu dari projek yang DN kendalikan. Kehendak maksima (MD) bagi Main Switch Board (MSB) adalah 280.56kW. Persoalan yang diajukan adalah bagaimana hendak menentukan saiz CTs daripada MSB. Beginilah caranya...

Dari MD yang diperolehi, perlu mendapatkan arus pembawa dahulu. Untuk menentukan arus pembawa, kembali kepada formula asas mendapatkan kuasa bagi 3 fasa iaitu :-

P = (√3)VIcosф .......... wattage (W)

di mana;

V = 415V
cosф = 0.85 (power factor)

maka;

I = P / (√3)Vcosф .......... ampere (A)

Oleh itu, arus pembawa MSB dapat ditentukan seperti berikut :-

I = (280.56 x 1000) / (1.732 x 415 x 0.85)
= 459.21 A

Untuk pengetahuan, jenis jangka (CT) yang didapati di Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan terdapat di Malaysia adalah seperti berikut :-

100/5 , 150/5 , 200/5 , 300/5 , 400/5 , 600/5 , 800/5 , 1000/5 , 1200/5 , 1500/5 , 2000/5

Dengan itu, dari arus pembawa yang diperolehi, kita boleh menentukan saiz CT = 600/5.

Ingin Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Input mudah : untuk menentukan arus pembawa dengan lebih mudah adalah seperti berikut:-
I (1ф) = 4.9A
I (3ф) = 1.64A
Contoh :- P (MSB) = 280.56kW x 1.64
            = 460A
                              ~ Saiz CT = 600/5
Itu sahaja. Harap membantu! ^_^

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

  1. thanks DN...=)..sgt membantu sy...if kte nk tentukan gne EF/OC slps TNB meter (as per drawings)cmne ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan arus terpelantik 150% utk 1minit dan arus kerosakan ke bumi 10%. Pastikan arus nominal (In) lebih besar dari arus beban (Ib).... :)

      Delete
  2. Replies
    1. xfaham boleh tanya. DN sudi membantu semampu DN.. :)

      Delete
    2. Asalamualaikum..mcm
      ana DN..menentukan I=4.9 dan I=1.64 untuk 3 fasa..minta ilmu di kongsi bersama

      Delete
  3. hye DN...cmne kte nk calculate voltage drop if gne underground cable...?

    ReplyDelete
  4. Maaf di atas kelewatan kerana kekangan waktu. DN baru sahaja dapat menerangkannya disini

    http://deqnoor.blogspot.com/2012/07/pengiraan-voltage-drop.html

    harap membantu....

    ReplyDelete
  5. SAlam DN.. boleh x share macam mana atau bile kite boleh guna EF/OC, ELR, dan sebagainya? adakah perlu melihat pada arus tertentu? sekian..

    ReplyDelete
  6. @Anonymous masih menggunakan formula sama, P=VIcos@ tetapi V haruslah constant 415V utk 3phase (ambilkira cert3) manakala 240V utk 1phase. cos@ pula ambil 0.85... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^