Pempek Makanan Dari Palembang


DN berpeluang berjumpa dengan makanan ini di rumah kawan DN beberapa hari yang lalu. First time DN jumpa so DN bertanya ibu beliau. Katanya makanan ini dikenali sebagai Pempek. Pempek? Sekali lagi pertama kali DN dengar namanya. DN dimaklumkan pempek ini berasal dari Palembang. Ibu beliau berasal dari Palembang. DN rasa amat bertuah kerana dapat merasa Pempek ini tanpa perlu ke Palembang.

Tanpa fikir banyak kali DN mencuba pempek ini. Rasanya seperti keropok lekor cumanya ada telur di dalamnya. Pempek ini dicicah dengan sos cuka untuk membangkitkan rasa keenakan makanan ini. Untuk menghasilkan pempek ini, kawan DN kata lebih sedap menggunakan ikan belida. Cara pembuatan pempek dan sos ini boleh rujuk disini :-



Siapa pernah cuba Pempek ini? Sedap kan.... Lupa nak bungkus bawa balik haritu tau. Haha... Harap DN berpeluang makan Pempek ini lagi.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. first time dengar pasal pempek ni

    ReplyDelete
  2. cam kopok lekor la DN .. sedap tak? ape rasenye ek? ... tetibe ade kuning kt tetengh tu.. cm kuning telor lak .. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa memang macam keropok lekor. tengah tu memang ada kuning telur. sedap tau.. rasa nak cari pempek ni kat sini tapi xtahu mana nak cari. sobsob...

      Delete
  3. tak pernah makan pempek ni walaupun saya dikeliling rakan sekerja dari indonesia.

    nampak sedap juga

    ReplyDelete
  4. @Ladfe Amir cuba lh tanya diorg.. tahu x pempek ni...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^