Pengalaman di Bilik Operasi

Gagaga... kena makan pil lagi. Kena monitor selama 3 hari if infection makin worse, isnin kena datang semula. Sobsob..... Harap selama tiga hari ini semuanya akan berubah. DN kembali seperti biasa. No more pills, no more hospital, nada...

Teringat kembali pengalaman di bilik operation beberapa hari yang lepas. First time DN kena masuk bilik operation tau. Selama ini sakit ke apa ke jumpa doktor, ambil ubat terus balik. Ini.... 

Masuk wad, DN ada katil sendiri untuk berehat sebelum ke bilik operation. Sebelum tu, DN kena tukar baju. Kena pakai baju yang nurse bagi. Lepas dah tukar baju, DN pun baring kat katil. Termenung... Takut sebenarnya. Huhu... Nak makan tak boleh sebab bila nak operate doktor dah pesan kena puasa. Phone pun takde kat tangan. So apa yang DN boleh buat hanya baring sahaja. 

Rasa macam masa berlalu terlalu pantas. DN dibawa ke bilik operation. Suasana dalam tu sejuk. DN tak suka tempat sejuk ok. Benci! Huhu... Lepas tu nampak macam-macam tray ada macam-macam jenis medical equipment. Gulp! Menggigil DN dibuatnya. Takut + sejuk...

DN berbaring kat katil tapi kali ini bukan katil di wad tapi katil di operation room. Doktor pasang lampu bulat-bulat atas kepala DN. Silau juga dibuatnya lampu ni so DN memalingkan muka ke kanan untuk mengelak cahaya lampu tersebut. Doktor ambil tangan kanan DN dan suruh DN genggam tangan kuat-kuat. DN pun buat apa yang disuruh. Nampak doktor pegang jarum suntik berisi cecair yang DN tak pasti ubat apa itu. Beberapa kali doktor tekan-tekan tangan DN. Rasanya untuk mencari urat dan selepas dah jumpa, DN disuntik dengan cecair tersebut. Sakit ke? Hmm... DN kan kuat, mana sakit. Hee... Tapi tengok jarum tu berdebar juga lah sebab dah lama tak kena suntik-suntik ni. 

Lepas dah suntik tu, DN dengar nurse minta DN tarik nafas. DN buat apa yang disuruh. Tiba-tiba DN dah tak ingat apa-apa. DN pun tak tahu apa yang berlaku. Sedar-sedar, DN sudah kembali di katil wad, tempat DN mula-mula ditempatkan. Itu pun bila nurse kejutkan untuk sedarkan DN. Terpinga-pinga juga DN dibuatnya. Blur~ Selepas beberapa ketika, baru DN teringat apa yang berlaku dan DN sedar DN masih di sini. Apa yang terlintas di fikiran DN adalah, syukur alhamdulillah.. DN masih diberi kesempatan untuk terus berada di dunia ini. 

Alhamdulillah.... Itu sahaja perkataan yang terlintas di fikiran DN masa tu. Menitis juga air mata ini bila teringat semua yang perlu DN tempuhi. Jika bertanyakan DN, DN tidak mahu ke bilik operasi untuk kali kedua. Cukup lah sekali pengalaman yang DN tempuhi ini. 
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. errr.awak sakit apa? operation tu operation ape yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. operate utk keluarkan sesuatu yg perlu dikeluarkan..

      Delete
  2. Replies
    1. itu lh.. memang berdebar masa tu..

      Delete
  3. ala kesiannye, dn sakit ape. get well soon dn! :)

    ReplyDelete
  4. ahh.. DN jaga kesihatan betul2. risau gak masa baca entri ni semalam. tp tak sempat nak komen.

    taknak sakit2 ye. nanti ada orang yg risau. but don't worry..ada gak yg akan doakan DN sentiasa supaya DN sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah.

    jangan lupa untuk senyum selalu. senyum pun kan ubat.

    ReplyDelete
  5. @Ladfe Amir thanks.. alhamdulillah sekarang dh ok.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^