Brisik Restaurant, Jaya One PJ


Beberapa hari yang lepas DN telah dijemput oleh saudara Bro Framestone untuk menghadiri acara Ramadhan promotion di Brisik Restaurant yang terletak seperti alamat tertera di atas. Restoran ini mengetengahkan makanan Indonesian Siamese cuisine.


Kenapa Brisik? Segalanya telah diterangkan oleh Puan Nusmawati Yunus selaku A&P Manager di sini. Restoran ini dimiliki oleh Pn Zarina Asyikin Zainan.



Waktu operasi Brisik Restaurant ini adalah sepeerti berikut.



Banyak perkara yang boleh dilakukan di restoran ini. Kapisiti sebanyak 100 orang boleh dimuatkan dalam sesebuah majlis di sini. Brisik Restoran juga menyediakan khidmat katering di mana menerima tempahan dari 35 hingga 1000 orang. Selain itu, terdapat khidmat home chef servis dengan kapasiti 2 hingga 12 orang.


Beginilah suasana outdoor di Brisik Restaurant ini. Tenang sahaja dan sesuai untuk mereka yang sukakan suasana makan yang tenang.



Ini pula suasana di dalam Brisik Restaurant. Suasana terasa seperti berada di rumah sahaja.



Semasa DN berada di sini, kami telah disajikan dengan makanan steamboat ini.



Selain itu, terdapat demo masakan oleh chef-chef yang terdapat di Brisik Restaurant ini.



Sedang dalam proses untuk membuat sos...



Sedang menggoreng daging. Baunya sungguh sedap kerana telah diperap dengan pelbagai rempah.



Macam sate kan tapi dicucuk dengan serai. Ada ayam dan daging...



Juga kami disajikan dengan spegeti ini. Yana Yassin masak tu. Hihi....



Kesemua sos yang digunakan adalah dari jenama Heinz. Paastinya jenama yang sangat dikenali dan sudah diketahui umum dengan rasanya yang sedap.



Dan juga popcorn hashbrown dari Simplot. First time DN makan popcorn hashbrown ini. Rasanya memang sedap bila dicicah dengan sos Heinz yang dibuat oleh Chef Wati.



Selesai demo masakan, inilah hasilnya. Nampak sedap kan....



Jom kita rasa.




Hmmm... Semua sedap kecuali spegeti agak masam. Mungkin terlalu banyak sos yang digunakan. Boleh cuba kalau nak tahu kesedapan masakan yang dimasak oleh chef-chef di atas.



Kesemua mereka yang terlibat menjayakan acara ini. Jadi, apakah menu yang disediakan sepanjang bulan Ramadhan ini?



JUADAH @ MAGHRIB 
(23 July 2012- 15 Ogos 2012)

Harga : RM45.00 (dewasa) ; RM22.50 (kanak-kanak 8 hingga 12tahun)

Menu yang disediakan :

Starter
rojak buah
grilled veggies
fried honey chicken
gado-gado
fruit salad
keropok
tahu bakar
pasta salad
fried mee

Main Course 1
Ikan bakar (kembung pepes/pari/talapia/bawal/lele/seafood/etc)
Nasi dengan lalapan

Main Course 2
Steamboat (each table)
tomyam & chicken sup

Minuman
Kopi 'o' panas
teh 'o' panas
Nescefe 'o' panas
air kosong
air selasih
air cincau soya

Dessert
Pelbagai jenis kuih-muih

Berminat untuk berbuka puasa di sini? Boleh terus ke sini atau hubungi nombor yang tertera di bawah.

SELAMAT BERPUASA!


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

15 Blue Komen:

  1. Replies
    1. memang santai & xsesak disini... :)

      Delete
  2. wahh mcm best je DN...:)

    dah try ke berbuka kat situ?hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sbb diorang semua happening...

      buka puasa belum try lg. insyaallah akan ke sana lg.. :)

      Delete
    2. hehehe..nmpk mmg meriah okay..hehe

      okay nt try la pastu review :)

      pss : ada org rakam tp xmampu nak tgk sbb rs maluuuuuuuu..ahah :p

      Delete
    3. xjauh pun. kat pj je... :)

      tahu2 diorg upload kt youtube you... :p

      Delete
  3. pergi tak ajak pun.. huh.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang lain dh ajak dulu. sori.... :p

      Delete
  4. Rindu plak dekat tomyam seafood dia.. sedappp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lh kan... lg2 bulan pose ni. terliur je bila teringat tomyam. huhu...

      Delete
  5. ada lagi tak agaknya restoran ni?

    ReplyDelete
  6. Owh..yeke,tgk food dia mcm sdap je,nk try g sne nnti.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^