KSL Hotel & Resort Johor


KSL Hotel & Resort Johor baru sahaja dibuka tahun lepas. Di hotel ini terdapat juga shopping complex, hypermarts dan pelbagai jenis entertainment seperti cinema, golf simulator dan billiard. Oleh itu, sangat sesuai untuk mereka yang ingin menginap dan bershopping di satu tempat tanpa perlu keluar ke tempat lain.


KSL Hotel & Resort mempunyai tempat menurunkan tetamu yang luas. Walaupun agak keliru untuk ke sini kerana berhadapan dengan rumah-rumah orang, DN sangat teruja apabila masuk ke ruang menunggu di dalam hotel ini.


Tengok tu? Sangat high class kan laluan untuk ke bilik hotel.


Ruang menunggu pun bukan calang-calang cantiknya dan banyak seat di sini.


DN sampai di sini sudah malam so lepas cek-in di reception counter, ambil kad, DN terus menuju ke bilik hotel. Jom kita tengok suasana bilik pula.


Wowww! Katil sangat tinggi dan empuk ye. Nak kena lompat sikit bila nak naik atas katil. Maklumlah, orang pendek. Hukhuk...


Berdepan dengan katil terdapat ruang untuk meletak beg yang luas, LCD TV dan juga meja solek.


Turut disediakan coffee table mengadap tingkap.


Selain itu, terdapat pantry dan almari meletak pakaian bersebelahan dengan pintu masuk.


Juga terdapat cermin besar dan toilet di sebelah pintu masuk bertentangan dengan pantry. Kemas dan teratur susunatur di dalam bilik ini kan. Jom kita jenguk ke toilet pula.


Basin dengan ruang meletak barang toiletries yang luas.


Serta ruang mandi yang bertutup kaca. Susunatur yang selesa dan pastinya bilik air tidak basah bila diasingkan sebegini. Selain itu, selipar turut disediakan di bilik ini walaupun bilik bercarpet.

Amacam? Nampak selesa kan? Memang selesa sepanjang DN menginap di sini. Harganya pun tidak terlalu mahal. RM174.00 sahaja. Surprise juga DN bila tengok bilik yang cantik tetapi harga less than RM200. Hmm.. Mungkin harga promosi kot.

Serba-serbi di sini DN puas hati cuma di bilik tiada disediakan iron dan arah kiblat. Hair dryer disediakan. Harap DN ada peluang lagi untuk menginap di sini nanti. Berminat untuk menginap di sini, boleh ke website KSL Hotel & Resort atau hubungi tel : 07-2882999 @ 07-2882666. Lokasi hotel ini boleh rujuk seperti GPS koordinat berikut : 1.486196 , 103.76279
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

19 Blue Komen:

  1. Waaaa murahnye noor..Kat tengah Bandar pulak kan hotelnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lh... dr jln tebrau boleh nampak hotel ni...

      Delete
  2. waa.. cambest je hotel ni .. leh try ni .. thanks DN.. tak tau lak kewujudan hotel ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lh.. memang best & selesa. harga pun berpatutan tp xtahu sampai bila dpt harga camni...

      Delete
  3. wahhh...murahnya...bawah RM200 je...ingatkan atas RM250-RM300 mcm tu...serius...mmg cantik...mesti puas hati bila dpt stay kat situ...:D

    > best tu shopping kompleks dekat je..tak payah nak g jauh2 kalau nak g shopping..kan..hee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 ke sini pun xsangka harga camtu. ingat lebih rm200...

      nk shopping & makan pun senang. especially DN yg dtg naik flight ni. xyah g mana2 dah. hee....

      Delete
  4. Suka gambar hotel dia yg dari luar tu.. comel jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr jauh nampak gah tp agak sesak kat sini sebab jalan sempit dan berebut dgn orang keluar masuk rumah serta pergi shopping. hotel, terbaik!

      Delete
  5. Berbaloi-baloi sangat dapat bilik sebagus tu dengan harga tak sampai RM200..

    Nak try jugak la satu hari nanti yang tak pasti lagi bila.. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga promosi rasanya... tp xtahu sampai bila. ada peluang ke jb cubalah stay di hotel ni.. :)

      Delete
  6. Salam Noor,
    nie Noor samuderakan,klu salah maaf ye...Noor kita pernah jumpa Uitm permas jb...bestnya blog awak ye, saya pn Mashitah (TM).

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Pn Mashitah. Saya lah tu... Thanks sudi jenguk ke blog sy. Biasa2 je ni. Sekadar menulis untuk suka2 & mengisi masa yg ada... :)

      Delete
  7. salam DN nk tye skit hotel ni ok ke??sy tgh survey hotel area jb yg ade pakej ke uss so awak rs ok x hotel ni

    ReplyDelete
  8. Salam Dn. hotel ni ok x? kalau area jb hotel mana lagi yg best ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. hotel ini mmg best dan selesa. hotel the zon pun ok tp hotel ksl ni hotel baru so mmg best...

      Delete
  9. dah lama dah tak tido hotel. last sekali masa bercuti kat cameron highland. tu pun tahun lepas punya cite.

    ReplyDelete
  10. @Ladfe Amir tahun ni bwk lh wife & anak2 g bercuti. boleh tido hotel lg..

    ReplyDelete
  11. tulah pasal. hujung bulan dah cuti sekolah. kena tunggu saham kilang naik seperti yg di setting baru ada duit lebih utk bercuti.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^