Melaka River Cruise



Beberapa minggu lepas DN dan family telah datang ke sini. Sebenarnya tiada dalam perancangan pun tetapi disebabkan keluarga sepupu DN pun bercuti di tempat yang sama, kami decided untuk berjumpa di sini.



Kenapa tak datang waktu siang? Siang panas ye, so malam lah syok boleh rasa angin malam dan tengok lampu-lampu. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah beli tiket dahulu.



Inilah harga yang perlu dibayar untuk menaiki river cruise ini. Dewasa RM10, kanak-kanak RM5. Mahal ke? Hmmm.... Ok kot... Selesai beli tiket, kami beratur untuk menaiki bot...



Takde lah beratur sangat kan... Bersepah je. Hihi... Inilah cousins dan adik-adik DN.



Ramai kan kami... 4 kereta kami datang ke Melaka River Cruise ni tau. Mana DN? Mestilah yang pegang kamera DN, so pastinya gambar DN tiada. Sobsob...



Tak lama menunggu, kami dapat menaiki bot bernombor 36. DN difahamkan bot ini boleh dimuatkan sehingga 40 orang. Nampak kecik je kan tapi memang betul, ramai boleh muat dalam bot ni.



Maka, bermulalah perjalanan kami menikmati angin malam sambil melihat lampu-lampu di sekitaran sungai ini.



Boleh nampak Eyes On Malaysia dari sungai ini. Tengok je lah... DN tak pernah pergi lagi.



Lalu bawah jambatan yang dipenuhi dengan lampu-lampu.



Melihat ukiran-ukiran yang pelbagai di dinding-dinding bangunan sepanjang sungai ini...



Dan banyak lagi boleh dilihat sebenarnya. Salah satunya adalah kincir air ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30min sejauh hampir 7km. Kelajuan bot sederhana, sesuai untuk menikmati udara malam sambil menikmati pemandangan. Tenang je rasanya tapi sejuk. Huhu....

Mereka yang merancang untuk berkunjung ke Melaka, boleh pertimbangkan untuk menaiki Melaka River Cruise ini. Sekali-sekala naik bot camni best tau....
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. bila pergi malam2 la baru best kan DN...pemandangan pun cantik dengan lampu2...hee..

    P.S - tak pernah pergi sini pun lagi...gaya komen mcm da pernah pergi je kan..hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe... g lh jln2 melaka... :)

      Delete
  2. wah.. memang menarik la.. nanti kalau sampai sana boleh try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik... boleh tengok orang dating. oppsss! hehe.. :p

      Delete
  3. sungai tue ade buaye kan...hihihi

    nenek awek pun ajak gi naik bot tue..tp tak sempat laa nak bawak dia...hihi..

    i'll go..mcm best jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. buaya??? biar betul!!!! xtahu pun....

      pergi lh nanti. mesti nenek awek happy.. :)

      Delete
  4. Replies
    1. itu lh... tengok malam memang cantik. siang, xtahu lh camne rupanya. hee...

      Delete
  5. da lma nk pgi cni tpi xbpeluang lgi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa.. yeke. xpe2, ada peluang nanti pergi ye... ^_^

      Delete
  6. eh dah ada pula Mata Malaysia tu? dulu masa pergi tak de pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan gak haritu xde sekejap. skrg dh ada semula..

      Delete
  7. hai...(sambil lambai tangan ;) hehe )
    first time dayah kat sini..
    hihi...salam perkenalan..

    melaka river cruise waktu mlm nmpk cantik la ..
    last dyh pegi dyh naik petang..
    tak dapat tgk lampu..

    harap2 ada la next time utk dyh rasa naik waktu malam..
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sudi singgah di sini... :)

      next time pergi lh malam... tengok lampu dgn kesejukan malam sgt best.. :)

      Delete
  8. kak sha bila balik umah parents di mlk jarang nk ronda2 sgt kota mlk...so far pernah naik eye on malaysia jek...itu pun 2 thn yg dulu..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. DN xpernah naik eye on malaysia kak. hihi... ada peluang, naik lah river cruise ni kak. best gak malam-malam beraktiviti camni...

      Delete
  9. I did the same cruise in Melaka and I must say that it was an amazing experience.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True.. We both experience & enjoy ourself there. I hope more people will love to do the same as we are.

      Delete
  10. cuma sampai tepi sungai melaka je. berjalan bawa isteri dan anak2 satu hari suntuk lps menghadiri satu kenduri kahwin.

    kembali semula ke tempat cinta mula berputik iaitu Taman Buaya

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^