Meragam di Bulan Puasa


Beberapa minggu lepas sebelum puasa, 2 minggu kereta masuk workshop sebab repair kereta accident. Melayang RM2k... Takpe lah. Memang nak repair pun.


Beberapa hari lepas kereta meragam lagi, berhenti tiba-tiba masa hendak meeting di Putrajaya. Kereta tak boleh gerak so kena call tow truck. Yang paling best, call Am Insurance sebab DN diberitahu bahawa boleh dapat tow free bila kereta breakdown dari syarikat insurans. Lepas lebih 30 minit call...

 Call Ambank, DN disuruh call no. lain dan no. diberi. DN call no. yang diberi, DN diberitahu no. tersebut adalah untuk insuran nyawa sahaja sebab no. insurans kereta sudah bertukar so diberi no. lain lagi. Yang terakhir baru no. yang betul. 

Lepas dapat bercakap dengan department yang betul, DN diberitahu dalam insurans DN tak cover untuk tow breakdown, yang boleh untuk tow accident sahaja. Haha... What the....!!! (puasa DN. Sabar...) Selama ini DN bayar insurans kereta beribu-ribu tapi tak cover? Baik DN ambil insurans 3rd party je. Terima kasih sangat-sangat untuk perkhidmatan yang diberikan.

Call abang DN beritahu insurans tak boleh tow, mengamuk dia sebab insurans lain boleh bagi. Hmm... Apa boleh buat. Lastly, kawan abang DN datang tow kereta ke bengkel. Melayang Rm120. Huhu... Lepas ni nak renew insuran confirm DN tak ambil AM Insurance dah. Rejected! Any suggestion insurans apa yang ok, boleh advice DN ye. Tq!
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

15 Blue Komen:

  1. Kurnia punya towing service so far the best la. Cepat je sampai. Dulu kite pernah pakai UniAsia tp service lembap sgt2.. Kete breakdown, dekat 2 jam baru sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurnia ye ayu.... teringat dulu masa belajar guna insurans kurnia gak. cepat je proses dia masa eksiden. thanks for your advice ayu. akan dipertimbangkan... :)

      Delete
  2. Ambik je Allianze insurans..cover 400km..kalo breakdown kat JB bleh bwk blk KL..keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius sejauh 400km? wahhhh! thanks for your suggestion. sgt2 dihargai... :)

      Delete
  3. untuk breakdown aku x tau la ade kdidmat tow ke tak.. tapi kalau Takaful Malaysia, setiap tahun kalau xde claim ape2 nanti dorang bagi balik 15% dari premium yg kita bayar. Kalau bayar 1k, dapat balik 150 la... Beter than tak dapat ape2 langsung.. Hanya kalau tak ada excident atau tuntutan la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo... takaful malaysia bg service camtu pulak ye. menarik gak... thanks berkongsi di sini.. :)

      Delete
  4. Bro tak tahu sangat pasal benda nie...

    Tapi masa dekat Ipoh dulu, just roger rerakan je. dalam la dalam rm50-70 je he..23x harga memember.

    Dalam masa yang sama buat business tow truck

    ReplyDelete
    Replies
    1. ipoh boleh dpt lg kot harga tu. sini confirm xdapat dah....

      Delete
  5. kalau dah macam tu servis yang awak dapat, tukar je terus insurans tu.. hurm, saya bab2 insurans ni tak pandai sangat.. tapi awak leh dapatkan pandangan kawan2.. then buat research kat internet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lh... kena buat survey & insurans mati bulan 10 nanti nak tukar lain...

      Delete
  6. Sabo jelah deq noor dugaan bulan puasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe.... let it be. layankan aje. huhu...

      Delete
  7. dugaan kan DN..sbr je la k..

    takaful ikhlas?hehe..ira pn br lagi so xtau sgt..hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lh... byk dugaan bulan puasa tahun ni. perlu hadapi dgn sabar & tenang...

      Delete
  8. sorry Cik DN.

    part insuran ni saya memang buta kayu. sorry tak dapat tolong

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^