Pengiraan Voltage Drop

Bulan lepas, ada seseorang bertanyakan DN macam mana hendak mengira voltage drop. DN berusaha untuk membalas pertanyaan tersebut lebih awal tetapi disebabkan kekangan waktu (meeting sana sini setiap hari), baru hari ini DN berkesempatan untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa nak banyak ini. Harap jawapan yang DN berikan ini membantu dan jika terdapat sebarang kesilapan, maaf atas kekurangan diri kerana banyak lagi yang perlu DN pelajari.


Tujuan mengira voltage drop ini adalah untuk menentukan saiz kabel yang perlu digunakan dalam merekabentuk sesebuah sistem elektrik. Nilai voltage drop yang direkabentuk haruslah <4%. Untuk mengira voltage drop, formula ini yang akan DN gunakan :-

Voltage drop, Vd = [(cons) x I x L] / 1000

di mana

cons = Approx. Vd/A/m (mV)
I = current (A)
L = length (m)

Apabila nilan Vd sudah diperolehi, untuk mendapatkan peratus Vd < 4%,

(Vd / Vp) x 100%

di mana

Vp = Voltage phase
415 (3 phase)
240 (1 phase)

Constant berbeza mengikut :-

1. Jenis fasa (1 fasa @ 3 fasa)
2. Jenis kabel (Contoh : XLPE/SWA/PVC Cu @ PVC/SWA/PVC Cu)
3. Kaedah pemasangan kabel (Contoh : undergroud @ overhead)

Nilai constant boleh merujuk kepada buku ini. Jika tiada, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran anda...


DN ambil contoh salah satu projek DN untuk mengira voltage drop ini. 


DN tunjukkan pengiraan voltage drop untuk No.1 : MSB to SSB'A (3 fasa). Untuk makluman, maximum demand (MD) untuk SSB'A adalah 114.14kW. Maka, 114.14 x 1.64 = 187A. Sekarang kita sudah mengetahui jenis fasa, jenis kabel yang digunakan, jarak dan arus. Kini kita ingin mendapatkan nilai constant. 

Jika merujuk kepada buku tersebut, nilai constant bagi 3 fasa dan jenis kabel XLPE/SWA/PVC adalah seperti berikut :-


Nota : Arus SSB'A = 187A maka kita memilih 215A dengan 50mmsq saiz kabel, maka constant adalah 0.87. 

Segala maklumat yang diperlukan terdapat di sini, maka voltage drop dapat dikira seperti berikut :-

Vd = [cons (I) (m)]/1000
= (0.87 x 187 x 160)/1000
= 26.03V.

Untuk memastikan Vd <4%, 
(Vd/Vp) x 100% = (26.03/415) x 100
= 6.27% (> 3%). 

Bil Elektrik Terlalu Tinggi? Klik Disini!

Oleh kerana nilai Vd > 4%, jenis kabel ini tidak boleh digunapakai. Ini menunjukkan bahawa jarak kabel mempengaruhi kejatuhan voltan maka beberapa perkara berikut boleh dilakukan :-

1. menggunakan saiz kabel yang sama tetapi menambah bilangan kabel (Contoh : 1 x 50mmsq 4C XLPE/SWA/PVC Cu menjadi 3 x 50mmsq 4C XLPE/SWA/PVC Cu)
2. Menukar saiz kabel (Contoh : 50mmsq menjadi 70mmsq)

DN memilih untuk menukar saiz kabel kepada 70mmsq (const. = 0.61). Maka,

Vd = [cons (I) (m)]/1000
= (0.61 x 187 x 160)/1000
= 18.25V.

Untuk memastikan Vd <4%, 
(Vd/Vp) x 100% = (18.25/415) x 100
= 4.39% (> 4%).


Penggunaan kabel 1 x 70mmsq 4C XLPE/SWA/PVC masih mendapat Vd > 4%. Oleh itu, DN memilih untuk menambah bilangan kabel yang sama menjadi 2 x 70mmsq 4C XLPE/SWA/PVC. Maka,

4.39/2 = 2.2% (<4%)

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, pengiraan voltage drop ini digunakan untuk menetukan saiz kabel. Ia sangat penting supaya saiz kabel yang digunakan dalam sesebuah rekabentuk bersesuaian dengan arus yang diperlukan.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

21 Blue Komen:

  1. huwargh!!! awak berjaya membuat saya hilang pertimbangan otak dengan rumus2 ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.... sy pun rasa hampir hilang pertimbangan otak nk terangkan semua ni. huhu...

      Delete
    2. Salam, boleh saya join group ini @ kena daftar dulu ? maaf saya budak baru. TQ

      Delete
  2. tolong email kat saya nama, alamat awak kat emel putra.z.boni@gmail.com

    saya nak bagi kad raya.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh! rasa nostalgia sungguh bila nk dpt kad raya ni. okies.... sy dh email. thanks boni... ^_^

      Delete
  3. erk...agak blur tgk formula pengiraan ni la DN...sbb tu dulu masa study tak ambil electrical..takut tak boleh nak survive...heee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe... tahu basic pun dh cukup... :)

      Delete
  4. tu buku akta ke..? klasiknya....

    ReplyDelete
  5. Salam..mcm mn calculate if we use multiple cable like 2x 4C 300mm X/S/P

    ReplyDelete
  6. nak tanya...max demand awak darab dengan 1.64...sebab 3 phase atau apa...

    budak baru nak blaja elektrik...
    sebab dah tangkap shock...

    ReplyDelete
  7. Salam puan blog,
    saya budak baru. camne nak join group ini?
    kena daftar dulu @ apa2 ?
    TQ

    ReplyDelete
  8. @Anonymous gunakan step yg DN terangkan di atas tetapi kena tahu berapa constant utk saiz cable tersebut

    ReplyDelete
  9. @Anonymous sbb 3 phase. kalau 1 phase kali 4.9A

    ReplyDelete
  10. @Anonymous xperlu daftar pun.. boleh baca apa sahaja yg dikongsi disini.. :)

    ReplyDelete
  11. saya pun budak baru belajar juga.

    kalau nak kira kehilangan Watt mcmmana lak?

    ReplyDelete
  12. @Anonymous114.14kW x (1.64 x 10⁻3) = 187A
    Untuk pengiraan untuk 1.64 x 10⁻3,
    1.64 x 10⁻3= 1 /(√3 x 415V X 0.85), di mana cos Ѳ = 0.85

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas kenyataan dan pengiraan yang amat berguna pada kami...saya harap dapat luaskan pengetahuan dalam bidang elektrik dalam blog ini...terima kasih deq noor atas penerangan diatas...jasamu akan dikenang...

    ReplyDelete
  14. salam DN, kalau cable 25mm mampu tampung beban berapa ye?

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^