Bulan lepas, ada seseorang bertanyakan DN macam mana hendak mengira voltage drop. DN berusaha untuk membalas pertanyaan tersebut lebih awal tetapi disebabkan kekangan waktu (meeting sana sini setiap hari), baru hari ini DN berkesempatan untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa nak banyak ini. Harap jawapan yang DN berikan ini membantu dan jika terdapat sebarang kesilapan, maaf atas kekurangan diri kerana banyak lagi yang perlu DN pelajari.
Tujuan mengira voltage drop ini adalah untuk menentukan saiz kabel yang perlu digunakan dalam merekabentuk sesebuah sistem elektrik. Nilai voltage drop yang direkabentuk haruslah <4%. Untuk mengira voltage drop, formula ini yang akan DN gunakan :-
Voltage drop, Vd = [(cons) x I x L] / 1000
di mana
cons = Approx. Vd/A/m (mV)
I = current (A)
L = length (m)
Apabila nilan Vd sudah diperolehi, untuk mendapatkan peratus Vd < 4%,
(Vd / Vp) x 100%
di mana
Vp = Voltage phase
415 (3 phase)
240 (1 phase)
Constant berbeza mengikut :-
1. Jenis fasa (1 fasa @ 3 fasa)
2. Jenis kabel (Contoh : XLPE/SWA/PVC Cu @ PVC/SWA/PVC Cu)
3. Kaedah pemasangan kabel (Contoh : undergroud @ overhead)
Nilai constant boleh merujuk kepada buku ini. Jika tiada, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran anda...
1. Jenis fasa (1 fasa @ 3 fasa)
2. Jenis kabel (Contoh : XLPE/SWA/PVC Cu @ PVC/SWA/PVC Cu)
3. Kaedah pemasangan kabel (Contoh : undergroud @ overhead)
Nilai constant boleh merujuk kepada buku ini. Jika tiada, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran anda...
DN ambil contoh salah satu projek DN untuk mengira voltage drop ini.
DN tunjukkan pengiraan voltage drop untuk No.1 : MSB to SSB'A (3 fasa). Untuk makluman, maximum demand (MD) untuk SSB'A adalah 114.14kW. Maka, 114.14 x 1.64 = 187A. Sekarang kita sudah mengetahui jenis fasa, jenis kabel yang digunakan, jarak dan arus. Kini kita ingin mendapatkan nilai constant.
Jika merujuk kepada buku tersebut, nilai constant bagi 3 fasa dan jenis kabel XLPE/SWA/PVC adalah seperti berikut :-
Nota : Arus SSB'A = 187A maka kita memilih 215A dengan 50mmsq saiz kabel, maka constant adalah 0.87.
Segala maklumat yang diperlukan terdapat di sini, maka voltage drop dapat dikira seperti berikut :-
Vd = [cons (I) (m)]/1000
= (0.87 x 187 x 160)/1000
= 26.03V.
Untuk memastikan Vd <4%,
(Vd/Vp) x 100% = (26.03/415) x 100
= 6.27% (> 3%).

Oleh kerana nilai Vd > 4%, jenis kabel ini tidak boleh digunapakai. Ini menunjukkan bahawa jarak kabel mempengaruhi kejatuhan voltan maka beberapa perkara berikut boleh dilakukan :-
1. menggunakan saiz kabel yang sama tetapi menambah bilangan kabel (Contoh : 1 x 50mmsq 4C XLPE/SWA/PVC Cu menjadi 3 x 50mmsq 4C XLPE/SWA/PVC Cu)
2. Menukar saiz kabel (Contoh : 50mmsq menjadi 70mmsq)
DN memilih untuk menukar saiz kabel kepada 70mmsq (const. = 0.61). Maka,
Vd = [cons (I) (m)]/1000
= (0.61 x 187 x 160)/1000
= 18.25V.
Untuk memastikan Vd <4%,
(Vd/Vp) x 100% = (18.25/415) x 100
= 4.39% (> 4%).
Penggunaan kabel 1 x 70mmsq 4C XLPE/SWA/PVC masih mendapat Vd > 4%. Oleh itu, DN memilih untuk menambah bilangan kabel yang sama menjadi 2 x 70mmsq 4C XLPE/SWA/PVC. Maka,
4.39/2 = 2.2% (<4%)
Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, pengiraan voltage drop ini digunakan untuk menetukan saiz kabel. Ia sangat penting supaya saiz kabel yang digunakan dalam sesebuah rekabentuk bersesuaian dengan arus yang diperlukan.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
huwargh!!! awak berjaya membuat saya hilang pertimbangan otak dengan rumus2 ni..hahaha
ReplyDeleteheee.... sy pun rasa hampir hilang pertimbangan otak nk terangkan semua ni. huhu...
DeleteSalam, boleh saya join group ini @ kena daftar dulu ? maaf saya budak baru. TQ
Deletetolong email kat saya nama, alamat awak kat emel putra.z.boni@gmail.com
ReplyDeletesaya nak bagi kad raya.hehe
wahhh! rasa nostalgia sungguh bila nk dpt kad raya ni. okies.... sy dh email. thanks boni... ^_^
Deleteerk...agak blur tgk formula pengiraan ni la DN...sbb tu dulu masa study tak ambil electrical..takut tak boleh nak survive...heee~
ReplyDeletexpe... tahu basic pun dh cukup... :)
Deletetu buku akta ke..? klasiknya....
ReplyDeleteSalam..mcm mn calculate if we use multiple cable like 2x 4C 300mm X/S/P
ReplyDeletenak tanya...max demand awak darab dengan 1.64...sebab 3 phase atau apa...
ReplyDeletebudak baru nak blaja elektrik...
sebab dah tangkap shock...
Salam puan blog,
ReplyDeletesaya budak baru. camne nak join group ini?
kena daftar dulu @ apa2 ?
TQ
@Polos yup.. turun temurun tu.. hihi
ReplyDelete@Anonymous gunakan step yg DN terangkan di atas tetapi kena tahu berapa constant utk saiz cable tersebut
ReplyDelete@Anonymous sbb 3 phase. kalau 1 phase kali 4.9A
ReplyDelete@Anonymous xperlu pun.. :)
ReplyDelete@Anonymous xperlu daftar pun.. boleh baca apa sahaja yg dikongsi disini.. :)
ReplyDeletesaya pun budak baru belajar juga.
ReplyDeletekalau nak kira kehilangan Watt mcmmana lak?
@Ladfe Amir kena buat entry baru ni.. :)
ReplyDelete@Anonymous114.14kW x (1.64 x 10⁻3) = 187A
ReplyDeleteUntuk pengiraan untuk 1.64 x 10⁻3,
1.64 x 10⁻3= 1 /(√3 x 415V X 0.85), di mana cos Ѳ = 0.85
Terima kasih atas kenyataan dan pengiraan yang amat berguna pada kami...saya harap dapat luaskan pengetahuan dalam bidang elektrik dalam blog ini...terima kasih deq noor atas penerangan diatas...jasamu akan dikenang...
ReplyDeletesalam DN, kalau cable 25mm mampu tampung beban berapa ye?
ReplyDeleteKalau nak rujuk buku tersebut untuk tengok nilai constant, mukasurat berapa ye?
ReplyDeleteBagaimana hendak menentukan saiz kabel bumi.
ReplyDeleteMcmmana nak tahu nilai constant?
ReplyDeleteklu guna 2 x 70mmsq 4C XLPE/SWA/PVC, mcm mana nak sambung kabel klu utk 1 board shj
ReplyDeleteNak tanya sikit kalau pengiraan drop voltage untuk satu fasa macam mana ye, sebab yang sebelum ini untuk vd untuk tiga fasa. Untuk satu fasa nilai amp dan nilai constant tu dapat di mane? Terima kasih
ReplyDeleteOn the off chance that a little potential contrast exists between two ground focuses, some ground flows may move through a delicate piece of the framework. This may happen just when certain switches are shut, convoluting determination. high voltage resistor manufacturer
ReplyDeleteWhen exchanging a voltage source to various gadgets, it might get important to make up for voltage drops because of switch opposition. Specifically, if the gadgets have low obstruction, the current coursing through the switches may cause a critical voltage drop. China mosfet manufacturer
ReplyDelete