Sibuk Bukan Alasan

 Semasa DN mengupdate blog ni, DN sedang berada di ofis. Hari ahad ye tapi atas rasa tanggungjawab dan amanah, DN gagahi juga. Cuba untuk menyiapkan kerja-kerja yang bertangguh walaupun takkan siap, tetapi sekurang-kurangnya berkurang jugalah.


Schedule DN penuh sepanjang bulan Julai kan. Walaupun sudah memasuki bulan puasa, schedule tetap seperti biasa dan DN perlu memastikan badan sentiasa cergas. Sahur sudah pastinya DN takkan lepaskan untuk memastikan DN dapat bekerja secara aktif macam selalu. Hari-hari yang tiada meeting DN pasti akan berada di ofis termasuk hujung minggu seperti hari ini.


Walaupun jam sebegini kebanyakan orang lain sudah berada di rumah untuk menunggu waktu berbuka.


Tetapi DN di dalam flight dan berbuka hanya berbekalkan ini sahaja. At least ada daripada tak ada kan.


Perkara yang sama akan berlaku minggu depan di mana DN akan berbuka di dalam flight lagi. Begini lah kehidupan DN dan kerjaya. Sibuk ke DN? Memang sibuk dan padat jadual DN. Bagi mereka yang tidak suka kerjaya sebegini pastinya akan merungut dan silap-silap letak jawatan terus. Tapi perkara sebegini sudah sebati dengan DN dan DN sukakannya. 

Walau sibuk macam mana pun DN, itu bukan alasan untuk DN tidak berpuasa dan bertarawih. Tidak ke masjid boleh sahaja buat solat sunat tarawih di rumah atau di hotel. Alhamdulillah sehingga hari ini puasa dan tarawih DN masih terjaga. Pastinya jemputan berbuka puasa juga banyak yang perlu DN tolak disebabkan kekangan waktu. Maaf atas jemputan yang tidak dapat DN hadiri. 

Bagaimana dengan kalian? Sibuk juga? Jangan jadikan alasan sibuk dan penat untuk tidak berpuasa dan bertarawih ye. Ramadhan hanya setahun sekali dan jangan sia-siakan kehadirannya kerana belum pasti kita akan bertemu lagi Ramadhan akan datang. Apapun, DN nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua... ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. Sibuk-sibuk jangan lupa dekat bro...

    Jom buka sama hari ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih belum nyanyuk untuk lupa bro... :p

      harini mcm buka kt opis je. kalau bro ada ke sek.13, boleh lah buka sama sekejap. nak sy ke sana x kot sbb kerja belum siap... :(

      Delete
  2. Replies
    1. errr... kerja jalan-jalan.. :p

      mechanical & electrical consulting engineer...

      Delete
  3. La... bro baru je baca komen kamu nie.... Kalau tahu tadi, dah kesana bro tadi.

    erm bagaimana pula dengan esok.

    Nak ikut bro x dekat mid valley bersama rakan blogger yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu... memang xde rezeki nak berbuka sama. Sy sudah di johor. sobsob...

      Delete
  4. Busy sungguh DN... keje2 jugak tau.. kesihatan kena jaga.. :)

    ReplyDelete
  5. penuh schedule DN kan...kalau ezad mcm tu..da pengsan da...hee...kej kat consulting engineer mmg byk kerja sikit...kan..hee..

    ReplyDelete
  6. sebab baca entrilah..saya tulis entri pasal DN pandai uruskan masa.
    paling penting..kesihatan kena jaga. amal ibadah kena diutamakan. baru kerja yg dilakukan akan bertambah berkat.


    saya pun biasa solat terawih di rumah sahaja atau sendirian di surau kilang kerana kekangan masa berkerja shift.

    ReplyDelete
  7. @Ladfe Amir hee... tetap pengurusan masa sy tidak terlalu baik kerana masih ada kerja yg tertangguh.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^