Bersabarlah Dengan Dugaan Dari Allah

Hari ini DN dikejutkan dengan suatu berita yang amat menyedihkan. Kawan baik DN kehilangan isteri dan anak yang dikandung isterinya selama hampir 6 bulan. Usia perkahwinan mereka masih belum mencecah setahun. Beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kajang selepas cuti berhari raya di Terengganu. 

Begitu besar dugaan yang perlu dihadapi oleh sahabat DN ini. Semoga beliau tabah mengharungi hidup mendatang. Yang telah pergi, sedekahkan Al-Fatihah supaya arwah tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Yang masih hidup, teruskan perjalanan hidup ini kerana yang pasti Allah sentiasa menguji hamba-Nya sebagai tanda kasih sayang dan supaya kita sentiasa mengingati-Nya.


Semasa perkahwinan mereka dahulu, DN tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di luar kawasan. Hari Raya tahun ini DN juga tidak berkesempatan untuk menziarahi mereka sebagai sebuah keluarga. Memang terkilan, sedih dan sebak hati DN ini tetapi Allah lebih menyayangi beliau. Hanya doa dan Al-fatihah dapat DN sedekahkan sebagai mengingati beliau yang sudah tiada.


Mari kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk arwah Norhafezza. 
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. al-fatihah untuk arwah.. smoga ditempatkan dikalangan orang beriman, amin..

    ReplyDelete
  2. Alfatihah buat arwah..... semoga mereka berdua ditempatkan ditempat orang2 yang beriman dan beramal di sisi Allah...dan semoga roh mereka dicucuri rahmat.. amin... harap suami akan bersabar untuk dugaan dari Yang Esa ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...

      suami beliau sgt tabah menerima dugaan ini. syukur...

      Delete
  3. Al-Fatihah...sedih dengar berita macam ni...yea la nak2 plak lepas raya ni kan...semoga suami arwah tabah menghadapi dugaan Allah ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah... suami arwah memang seorang yang tabah..

      Delete
  4. Al-fatihah buat arwah..semoga ditematkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh.. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas iringan doa... :)

      Delete
  5. Replies
    1. betul tu... Ujian Allah untuk menguji kesabaran & keimanan hambaNya...

      Delete
  6. pernah ada rakan sekerja saya yg kemalangan dan meninggal di tempat kejadian waktu ingin ke tempat kerja. sangka kami beliau lambat datang..rupanya beliau kemalangan.

    paling tak best. lab saya antara yg terakhir menerima berita malang tu.

    ReplyDelete
  7. @Ladfe Amir kita yg hidup ini perlu selalu ingat bahawa kematian akan menjemput kita bila2 sahaja apabila sampai masanya

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^