Bertempat di Chicken Hartz Buffet, Sunway Pyramid, rakan-rakan Slissians 9701 telah berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama. Terima kasih kepada Anuar, Farid, Hanim, Khamisah, Salam, Izzatty, Lon serta keluarga masing-masing kerana hadir memeriahkan buka puasa yang DN anjurkan ini.
Keseluruhannya memang biasa sahaja kerana tempat sempit dan agak panas di dalam. Chicken Hartz Buffet sudah berubah tempat berhadapan dengan J.Co Donut dan bersebelahan dengan entrance ke Sunway Lagoon di LG2 Sunway Pyramid tau. Terkejut juga kami masa mula-mula sampai, pergi ke tempat lama sudah tiada di sana. Bila di tempat baru, menu masih sama cuma DN perasan makin sedikit dari dahulu. Aiskrim juga sudah tiada jadi rasa kekurangan semasa kami berbuka puasa di sana. Hmmm... Kecewa juga lah sebenarnya.
Apapun kami dapat menikmati ayam goreng yang sedap macam biasa. Berpinggan-pinggan kami ambil cuma sebab tempat duduk yang kami ditempatkan sempit dan kebelakang, menyebabkan kami malas nak keluar masuk ambil makanan banyak kali terutama sekali DN. Hee..... Tak lama DN di dalam tu kerana DN tidak suka tempat yang sempit. Rimas tu.... DN bertukar tempat ke Moo Cow mencari aiskrim.
Erkk! The family mempunyai nama yang pelbagai. Siti Maria pun ada. Haha.... Sedap juga aiskrim yogurt ni. Nama pun yogurt jadi mestilah masam sedikit rasanya. So far DN suka cuma tidak banyak flavor yang ditawarkan di sini. Semasa berada di sini, tidak ramai yang turut serta jadi hanya segelintir yang bersama-sama DN ke Moo Cow dan berbual mesra. Maklum sajalah... Entah bila lagi nak jumpa lepas ni.
DN bersama cousin DN, Izzatty. Mommy to be tau... Memang kami cousin tapi jumpa boleh dikira setahun berapa kali. Haha.... Thanks dear for the souvenir from Australia. Love it so much. Hugs~
Farid & hanim's family. Dah besar Faris ni. Dah pandai bermain dan tumbuh gigi. Geram je tengok sebab dah kenal orang jadi asyik nak dengan ibu je. Huh...
Tidak dilupakan bakal pengantin baru, Anwar. Haruslah menghitung hari nak kahwin kan. Hihi... Sebelah Izzatty adalah husband dia. Lucky she get a sporting husband. Boleh hang out dengan kami yang gila-gila ni. Hehe....
Apapun, seronok dapat berjumpa kalian. Insyaallah jika diizinkanNya kita akan berjumpa lagi di baraan Raya nanti. Mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang DN menganjurkan buka puasa ini. DN sayang kamu semua. Hugs~
Bestnya..tp cam x ramai je yg join
ReplyDeletemmg xramai pun.. yg ada ni pun dh cukup seronok... :)
Deletenmpk meriah juga..tapi rasanya kekecewaan tu ketara..gmbr makanan sikit sangat..
ReplyDelete:)
itu lh... walaupun makanan xbanyak, mereka yg datang tu sudah cukup memeriahkan suasana...
Deletesalam ramadhan..
ReplyDeletesalam kenal dan singgah follow sini^^
Salam ramadhan... terima kasih kerana sudi singgah dan follow DN.... :)
ReplyDeleteomai! bestnyeee :D
ReplyDeletebila nak berbuka sama2 ni....
Deletealooo suka bekas the Family tu.. coeml.. :)
ReplyDeletecomel kan... rasa pun not bad. boleh cuba.. :)
Deletewah.. tak ajak pung :P
ReplyDeletextahu sempat lg x nak ajak buka puasa sama. huhu....
DeleteSalam DN,
ReplyDeleteSaya pengunjung setia blog ini, cuma saya banyak baca yang berkaitan elektrik saja la hehe..tapi tak pa kut saya tanya kat sini, walaupun lain topik.
Saya confius fasal Earth leakage relay (ELR) dan earth fault relay (EFR). apa beza depa dua ni, kenapa kdg2 guna ELR dan kdg2 guna EFR.... harap dapat bantu saya..
terimakasih dan selamat berbuka puasa
Tak ajak pun?
ReplyDeletedah jemput all slissians 9701.. :)
Delete