- Bulan Diturunkan Al-Qur'an
Al-Qur'an mula diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada Malam Al-Qadr 17 Ramadhan tahun ke-40 dari kelahiran baginda s.a.w. Ketika itu baginda Rasullullah s.a.w. berada di Gua Hira'.
- Bulan Kemenangan
- Kemenangan di dalam peperangan Badar Al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan.
- Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah berjaya menakluki Kota Mekah yang sebelum ini dikuasai oleh orang Quraisy.
- Bulan Penuh Barakah
Pada bulan ini juga Allah melimpahkan (7) Rahmah (kasih-sayang). (8) Maghfirah (keampunan) dan (9) 'Itqun minan-nar (dibebaskan dari api neraka), sebagaimana sabda Nabi s.a.w. maksudnya: "Ramadhan itu awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah dan diakhirnya pembebasan dari api neraka." Kesemuannya ini disediakan untuk orang-orang yang berpuasa dan menghayati Ramadhan dengan sebaik-baiknya).
Umat Islam digalakkan melakukan pelbagai ibadah, iaitu seperti bertadarus Al-Qur'an, Solat Tarawih, membanyakkan Istighfar, Zikrullah dan Do'a, membanyakkan sedekah dan sebagainya.
Amalan fardhu yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan pahalanya menjadi 70 kali dan amalan sunat diberi pahala amalan fardhu, istimewa apabila beramal pada Malam Al-Qadr diberi pahala lebih baik dari beramal selama seribu bulan.
- Bulan untuk Berpuasa
- Bulan Penghapus Dosa
Dan sabdanya lagi maksudnya: "Sesiapa menghidupkan bulan Ramadhan, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Sohih Riwayat Ashab Al-Sunan Al-Arba' daripada Abi Hurairah).
**************************************************
Bacaan dari : Puasa dan Penghayatan Ramadhan oleh Ustaz Safwan Fathy
banyak kelebihan bulan Ramadhan ni..sama2 la kita merebut pahala dgn memperbanyakkan ibadah kepadaNya..
ReplyDeletebetul tu... kehadiran Ramadhan setahun sekali jadi jgn kita sia-siakan kehadirannya...
Deletenice sharing..
ReplyDeletesalam ramadhan.. semakin bertambah murah rezeki dan dikurniakan keredhaan dariNYA :)
Insyaallah... Salam Ramadhan... :)
DeleteBanyk kelebihan bulan ramadhan.. Cuma kita perlu kejar jer..
ReplyDeletebetul tu nurul.. :)
DeleteSalam..t.kasih..saya singgah membaca dlm pencarian pengisian sempena Nuzul Quran..Tkasih atas perkongsian. Semoga Allah kurniakan kebaikan duniawi jg ukhrawi buat saudari dan kita semua umat islam sejagat..Salam ukhwah..:)
ReplyDeletew'salam... alhamdulillah. semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yg membaca. salam ukhuwah.. :)
Delete