Luahan Hati Ibu Tunggal @ Alia Haryanie

Selepas bersahur pagi ini, DN membuka laptop untuk membuat kerja sementara menunggu waktu masuknya azan Subuh. Sambil membuat kerja, sambil DN jenguk ke entry kawan-kawan. DN tertarik dengan entry saudara Eyriqazz lantas membacanya sehingga habis. Mengalir air mata DN membacanya. Di sini DN ingin kongsikan dengan kalian semua....


************************************************

Petang tadi saya terima mesej dari Alia Haryanie @ Ibu Tunggal yang menghidap penyakit saraf yang diceraikan oleh suami yang tidak berperikemanusian . Inilah ringkasan mesejnya :

"Encik Eyriqazz, boleh bantu saya? Akaun maybank saya tak boleh digunakan semula. Sekarang dah tukar account. No akaun lain sekarang. Yang dulu dah tak digunakan...

Serius, saya agak terkilan dengan tindakan Maybank. Baruje Ahad lepas, bersusah payah Alia Haryanie ke branch utk unblockkan accountnya, tak sampai seminggu di blok kan kembali. Saya terus tweetkan ke @MyMaybank :

Serius, saya terkilan dengan Maybank
Maybank, please read this entri : Di Sebalik Derita dari Alia Haryanie


Sebagai manusia biasa yang pernah kehilangan seorang ayah beberapa tahun lepas, mengajar saya betapa beratnya dugaan yang dialami oleh Alia Haryanie :

Bertarung nyawa disamping membesarkan sendiri anak-anak..


Saya balas mesejnya dan minta no. akaun yang baru semoga dapat saya updatekan di blog. Saya tahu ramai yang prihatin dan masih mempunyai ehsan sesama manusia :

Yup, Ramai yang Prihatin..
Gambar dikongsikan di Facebook dikongsikan kembali Insan Prihatin


Jawapan balas dari Alia Haryanie :

"Terimakasih banyak-banyak. No. Akaun baru, 553104558862. Ada dua nama akaun ni. Nama saya Haryani Mat Hussin dan nama mak saya Asiah Bt Haron. Pegawai bank suruh letak dua nama, kalau ada apa saya tak perlu datang ke bank.

Mak saya juga uzur tapi saya bertambah uzur. Makin terlantar. Apa apa saya minta tolong mak yang uruskan walaupun mak sendiri bergantung dengan ubat dan kudrat kami (Alia dan anak-anak). Mak saya mengalami penyakit anxiety disorder. Tidak boleh sebarang tekanan dari masalah. Dah hampir 3 tahun lebih, bergantung kepada ubat tidur. Ada masanya waktu siang pun perlu ambil ubat tidur. Tapi sejak kebelakangan ini, mak nampak lebih bangkit bila encik eyriqazz dan sahabat2 yang lain membantu. Selepas arwah ayah meninggal, satu persatu ujian yang datang. Tapi saya bersyukur sgt diatas segala bantuan dan jika terjadi apa-apa pun pada saya, ada jaminan untuk anak-anak saya meneruskan kehidupan tanpa saya. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan.

Menitik air mata saya bila membaca mesej dari Alia Haryanie. Teringat kat arwah ayah. Ketika susah, time sebegini kita tahu siapa rakan kita yang sebenar.

Tiada apa yang saya pinta, sama-samalah kita bantu. Hari ini hari dia, besok lusa,siapa yang menjangka. Sama-samalah kita membantu :

Maybank Acc No :553104558862)
(Akaun bersama dengan Ibunya, Asiah bt Haron)
RHB Acc No : 16213900067447
Nama : Haryani Binti Mat Hussin


Tidak dapat bantuan kewangan, sama-samalah membantu dengan sebarkan dan kongsikan entri ini. Semoga lebih ramai yang tampil. InsyaAllah, akan hadir lebih sinar buat Alia sempena Hari Raya yang semakin hampir menjelma.

***********************************************

Sesungguhnya setiap orang pasti akan diuji Allah s.w.t dan pasti ujian yang dihadapinya sangat-sangat menguji kesabarannya. Allah menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya dan pasti beliau seorang yang sangat tabah. Sama-samalah kita membantu insan yang memerlukan ini bagi meringankan beban dan sekurang-kurangnya memberi sinar harapan atas keprihatinan kita dengan rakan-rakan di sekeliling kita. 

Buat Alia Haryanie, teruskan bersabar dan tabah mengharungi dugaan ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga sinar kebahagiaan menantimu satu hari nanti. Insyaallah...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

11 Blue Komen:

  1. sedey DN , mengalir air mata saya membacanya ... teringat arwah mak dgn ayah saya ... thanks DN for this touching entry .. insyallah sama2 kita membantu mana yg termampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lh... kita xmampu utk menanggung kesakitannya. kita bantu lah semampu kita dgn cara yg lain....

      Delete
    2. ya Allah, saya juga menerima ujian yang maha hebat. Saya juga sedang menderita penyakit misteri dan akan menjalani pembedahan pada bulan November ini dan suami saya juga dalam proses menceraikan saya.
      Apabila pergi membuat rawatan memang ada unsur gangguan sihir. Saya redha dengan ujian dari Allah dan saya mohon Allah memberi saya kekuatan untuk terus hidup dan berjuang. Mujurlah ada ibu dan ayah yang membantu di saat saya mengalami kesusahan dan penderitaan ini.. Tawakkal padamu ya Allah. moga dipermudahkan segalanya untuk Alia dan kita semua...

      Delete
  2. Sedihkan.. Sayu hati masa baca entry Eyriqazz tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah nurul... sama-sama lah kita bantu semampu kita...

      Delete
  3. tak mampu nak bagi banyak..bagi sikit pun memadai..asalkan beban yang ditanggungnya anak beranak dpt dikurangkan...sebak pulak baca entri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ezad... dlm pada kita mengeluh dugaan diri, ramai lag insan yg diuji dgn lebih hebat. bantu lah semampunya...

      Delete
  4. polisi polisi polisi.. jangan lah nak skema sangat.. kalau dah masuk bab2 yang macam ni, maybank rasany boleh gunakan budi bicaranya.. geram pulak dengan Maybank ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini yg kita dapat tahu. pasti ada ramai lg orang lain yg menghadapi masalah dgn polisi sebegini kan....

      Delete
  5. dh transfer no acc lama la..mcm mana ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. merujuk kepada alia, wang di akaun lama dpt dikeluarkan. boleh refer komen alia disini...

      http://www.eyriqazz.com/2012/08/luahan-hati-ibu-tunggal-alia-haryanie.html

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^