Raya Pertama Bersama Keluarga Tercinta

 Selepas Solat Idulfitri pada Hari Raya Pertama, pastinya kami sekeluarga akan berkumpul dan bermaaf-maafan.


Inilah keluarga DN. Dari kiri Ikhwan, Mama, Abah, Hidayah, Anwar, DN dan Abang Hairul.


Kami sekeluarga bersama Embah (nenek) sebelah Mama. Agak-agak umur beliau berapa? Percaya tak dah lebih 100 tahun? Pernah keluar surat khabar antara warga tertua tapi DN tak sempat nak dapatkan akhbar tersebut. Alhamdulillah beliau masih sihat walafiat.


Kami sekeluarga bersama Embah sebelah Abah pula. Alhamdulillah beliau juga sihat walafiat. Hari raya pertama ini Embah hanya duduk di rumah menunggu kepulangan anak-anak tercinta.


Inilah sebahagian keluarga besar Abah. Cuma 3 keluarga sahaja ni. Itupun tak semua anak-anak mereka ada. Adik-beradik Abah ada 11 orang tau. Ramai lagi yang belum pulang. Kalau nak masuk semua, confirm penuh. Hmmm... Mesti seronok kan kalau dapat bergambar complete semua orang ada. Harap satu hari nanti berjaya berkumpul kesemuanya.


Ini pula adalah sepupu-sepupu DN bersama Embah. Anak-anak arwah makcik DN seramai 10 orang. Ada yang dah kahwin dan masing-masing dah besar. Cantik-cantik belaka mereka kan. DN dan mereka berjumpa hanya di Hari Raya sahaja kerana selepas arwah makcik DN meninggal, kami tidak serapat zaman kanak-kanak dahulu.

Inilah sebahagian gambar-gambar DN bersama sebahagian besar keluarga DN. Insyaallah kita akan berjumpa lagi di Aidilfitri tahun hadapan. Salam sayang dari DN untuk semua.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

22 Blue Komen:

  1. meriahnya raya!!! wah.... awak, awak boleh minta petua kat embah tu.. apa rahsianya nak kekal sihat walaupun berumur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. xpernah tanya pulak. kena intebiu ni. hee... tp kalau petua xnak nyanyuk, embah kata kena rajin baca al-qur'an... :)

      Delete
  2. Yang warna sama je tue....

    Eh.. jom buat team bola nak x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat raya nak pakai sedondon.. camtu lh bro. hee...

      buat team bola? xmo saya. huhu...

      Delete
  3. alhamdulillah! walaupun dah cecah 100 masih sihat :)

    ReplyDelete
  4. Buat masa ini beraya dengan keluarga pada masa akan datang beraya rumah mentua pula. Ameen. :-)

    ReplyDelete
  5. Meriahnyer.. Selamat hari Raya Deq Noor.. Maaf zzahir & batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya nurul.. maaf zahir batin.. :)

      Delete
  6. suka tgk gmbr yg pakai baju merah tu..meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah kan wida... DN pun suka gak tengok mereka... :)

      Delete
  7. raya tahun ni buat rumah terbuka ye. ada orang nak datang beraya.

    ReplyDelete
  8. @Ladfe Amir xpernah lg rakan blogger dtg beraya rumah DN.. :)

    ReplyDelete
  9. oklah tu. biar saya n keluarga jadi blogger pertama bertandang ke rumah DN.

    in shaa Allah

    ReplyDelete
  10. Kim salam sama sepupu2 deq noor ek...

    terutama yang paling comel he..23x

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^