Rutin Kerja Memenatkan

Erkk! Dah lama tak update di sini rupanya. Rasanya macam baru je 2-3 hari lepas, tapi dah hampir seminggu. Cepat sahaja masa berlalu kan. Itu lah yang berlaku pada DN disebabkan kesibukan kerja yang menyebabkan hari-hari DN berlalu dengan meeting di sana sini setiap hari. Hari ini, macam biasa DN berada di ofis menyiapkan kerja-kerja di ofis. 

Rutin kerja DN bukan sahaja perlu menghadiri mesyuarat di sana sini malahan banyak lagi perkara lain yang perlu DN buat. Contohnya seperti ini :-

Lokasi : SMK Taman Sea
Testing & commissioning...

Lokasi : Puncak Saujana Kajang
Site inspection

Lokasi : General Electric (GE) Shanghai, China
Factory acceptance test

Lokasi : UiTM Pasir Gudang, Johor
Site evaluation

Lokasi : office
Documentation, Correspondent and etc....

Bayangkan bagaimana untuk DN arrange semua ini. Time management sangat penting dan disebabkan itu DN dan organizer memang tak boleh dipisahkan. Rutin kerja DN memang memenatkan tetapi DN puas hati dengan apa yang DN buat. Banyak cabaran dan karenah manusia yang DN perlu hadapi dan DN suka berhadapan dengan semua ini. 

Ok lah. Tak boleh membebel panjang-panjang kerana DN perlu bergerak ke Johor Bahru sekejap lagi untuk ke Singapore dan menghadiri mesyuarat keesokan harinya. Jumpa lagi nanti. Insyaallah...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. sama lah..wida pon banyak kerja..waaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wida cuti lama haritu... sebab tu banyak kerja kan. kerja elok2 ye... :)

      Delete
  2. ezad masa praktikal dulu pernah jugak ikut g site inspection, FAT semua ni...nak tahu mcm mana mereka buat kerja...mmg nampak memenatkan...lagi2 kalau kena time bulan puasa..da merasa dulu...takpe DN..walaupun penat..tapi berbaloi apa yg diusahakan selama ni kan....kerja tu kerja jugak...kesihatan kena jaga..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. dulu ezad praktikal kt consultant firm ye.. mesti best kan... insyaallah DN akan pastikan kesihatan ok sentiasa... :)

      Delete
    2. aah...best tapi penat la..hee..tapi takpe..pengalaman semua tu utk masa depan nanti...hee..:D

      Delete
    3. betul tu... pengalaman yg akan menjadikan kita lebih yakin & matang dlm membuat keputusan masa kerja nanti... :)

      Delete
  3. adoi. awak ni keje apa sebenarnya ye.. konpius saya.. awak keje sebagai arkitek ye?? dasyatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan arkitek tp engineer electrical... :)

      Delete
  4. Dah nak masuk tension mood dah hari ni... Tambah plak badan penat..

    Kalau keje cam DeqNoor ni lagi bertambah penat kan.. Take care Deq Noor..

    ReplyDelete
  5. Deq Noor lupa... Al Quran Deq Noor ade ngan Nurul tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lh... xtahu bila dpt jumpa nurul. nurul simpan dulu ye. sori susahkan nurul....

      Delete
  6. Bz pun masih ada masa nak lepak dengan bro kan he..23x

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... kena manage time betul2 baru boleh lepak dgn bro... :) bila entah nak jumpa bro lg. hmmm....

      Delete
  7. DN Enginneer pun banyak kerja juga. Dah baca beberapa entri Deq Noor cerita pasal kerja. Tapi asalkan Deq Noor gembira. sepatutnya tiada masalah pasal suasana di tempat kerja kan.

    Sentiasa jaga diri dan kesihatan diri. Safety First.

    Semoga Allah sentiasa jaga dan pelihara Deq Noor sentiasa. in shaa Allah. aamiin.

    ReplyDelete
  8. satu lagi..

    semoga Deq Noor Shafawati bertemu jodoh dengan lelaki yang memahami kerjaya Deq Noor. in shaa Allah. aamiin. tiada yg mustahil.

    ReplyDelete
  9. Jaga kesihatan kak :-),superwoman akak ni.walau penat dan busy kalau kita minat kerja dilakukan,pasti rasa seronok.May Allah bless u.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^